Pages

السلام عليكم

Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Wednesday, August 8, 2012

TARBIYAH RAMADHAN

KITA AMAT MEMERLUKAN TARBIYAH RAMADHAN

Secara jujur kita mengaku bahawa majoriti kita memiliki hati yang sudah 'sakit' dan semakin kehilangan fungsinya. Kita melalui hidup kita seharian tanpa hati. Jika adapun hati kita kering, keras dan kesat. Perasaan-perasaan 'besar' yang Allah SWT sediakan dalam hati kita untuk diutuskan agar dapat membawa kita untuk menikmati kebahagiaan telah di'rampas'
 dan dibawa untuk menikmati tuntutan syahwah dan menikmati dunia. Perasaan seperti cinta yang dikurniakan sebagai jalan meraih kebahagiaan telah banyak membawa kita kepada penderitaan.

Bagi kita yang masih melakukan aktiviti-aktiviti ubudiyyah, kita sujud tanpa kusyu'. Kita bertasbih tapi kita tidak merasai sedang berdepan dengan Allah. Kita memuji Allah dengan tasbih, tahmid tetapi rasa kagum dan hina di depan Allah tidak ada lagi kalaupun perasaan ini mungkin pernah wujud. Bila mana kita membaca Al-Qur'an hati kita langsung tidak tersentuh kerana kita membacanya tanpa hati. Hanya lidah bergerak-gerak dan suara kita yang dapat kita dengari, tetapi fikiran dan perasaan kita tidak hadir bersama.

Hati kita lumpuh tanpa rasa akibat dosa yang bertompok-tompok setiap hari. Taubat yang kita lakukan juga hanya dengan kata-kata tanpa dimulai dengan penyesalan yang mendalam dan kebencian kepada maksiat yang telah kita lakukan.

Allah SWT Yang Maha Mengetahui dan Maha Penyayang amat mengetahui keadaan hamba-hamba-Nya yang sedang menderita kehilangan fungsi hati dan iman yang semakin melemah. Tiba-tiba bantuan Allah SWT kelihatan sudah dekat. Hati yang kering kontang, gersang kerana terlalu kurang disirami dengan air iman sudah mula merasai tanda-tanda bantuan pemulihan dan penyegaran. Hati yang sangat memerlukan nutrisi iman sudah dapat mengesani 'hidangan' yang akan membawa hati menuju kesihatan.

Ya Allah, hati-hati kami memerlukan tazkiyah yang intensif untuk memulihkannya dan memberikan kehidupan yang sebenar kepada hati-hati kami. Tidak ada yang lebih baik dari proses tazkiyah yang disediakan oleh-Mu di sepanjang Ramadhan. Kami telah diajari bahawa proses tazkiyah, sepertimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah, adalah berpusat kepada shalat yang intensif, puasa di hari yang terik, sajian ayat-ayat Al-Qur'an untuk mengetuk-ngetuk hati dan infaq yang meringankan hati dari kuat terpaut kepada harta.

Dalam Ramadhanlah semua ini Engkau bekalkan dan Engkau berjanji akan mengganjari sesiapa yang bersungguh-sungguh dan ikhlas melalui proses ini dengan ganjaran berlipat ganda. Engkau janjikan pelbagai kebaikan dan kenikmatan. Ya Allah, tidak ada yang lebih baik kurniakan selain dari hidup semula hati-hati kami, meningkatnya iman kami dan semakin eratkan hati kami berpaut kepada-Mu.

Ya Allah, kami sangat-sangat berhajat kepada Ramadhan kerana segala keberkatannya dan proses tarbiyah dan tazkiyah yang Engkau sediakan dalam Ramadhan ini.

Ya Allah, bekalkanlah kami dengan kekuatan untuk terus melalui proses ini setelah berlalunya Ramadhan kerana kami tidak ingin menjadi insan Ramadhani tetapi kami sangat berhajat untuk menjadi insan Rabbani.

Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami dan sucikanlah hati-hati kami.

*dipetik drp KAJIAN TARBAWI 19072012 oleh Pc Rosdi Baharom

Friday, January 27, 2012

Kelebihan Jumaat



-         Sabda nabi s.a.w.: “ sebaik-baik hari yang diterbitkan matahari adalah hari Jumaat.”
-         Hari di mana Allah S.W.T penuhkannya dengan kebaikan.
-         Para ulama berkata: “ tiada hari yang lebih baik dari hari Jumaat dalam setahun kecuali hari Arafah, hari raya Aidilfitri, Aidiladha.”
-         Hadith nabi s.a.w. bersabda: “ barangsiapa yang mandi, keluar awal berjalan kaki dan tak menunggang, kemudian menghampiri imam dan mendengar khutbah, maka pada setiap langkahnya, dia dikurniakan ganjaran berpuasa dan bersolat selama setahun.”

Adab bersedia menyambut hari Jumaat:
1-     Mandi. Nabi s.a.w. bersabda: “ mandi Jumaat adalah wajib kepada mereka yang telah baligh.”
2-     Memakai pakaian yang terbaik. Menyimpan pakaian yang terbaik untuk hari Jumaat. Pilihlah warna sunnah.
3-     Berwangi-wangian. Menggunakan atar atau haruman lain.
4-     Memotong kuku, mencukur dan menggunting bulu yang dibolehkan.
5-     Melumurkan badan dengan minyak, losyen atau krim. 

Sunday, November 20, 2011

ZIKRULLAH


Imam Nawawi dalam Az Azkar pada bab Ikhlas dan Niat Baik Dalam Segala Amalan  ada menyentuh tetang perkara ini. Dihujung perbincangan beliau menambah :
“Zikir itu sebaik-baiknya dengan hati, dan boleh juga dengan lisan. Tetapi yang lebih utama ialah berzikir dengan hati dan lisan sekaligus. Kalau hendak memilih salah satu di antara keduanya, maka berzikir dengan hati adalah lebih utama.”

Lalu tidak wajar meninggalkan zikir dengan lisan yang disertai hati kerana khuatir disangkakan adanya riya’, bahkan dibuatkan kedua-duanya sekaligus dan diniatkan semua itu untuk mencari keredhaan Allah Ta’ala. Kata-­kata AI-Fudhail rahimahullah “bahwa meninggalkan amal kerana manusia adalah riya”. Memang sebenamya jika manusia membuka pintu kebimbangan dari hal pemerhatian orang terhadap amal kita, atau memelihara diri dari menarik sangkaan-sangkaan yang batil nescaya akan tertutup kebanyakan pintu-pintu kebajikan.

Ketahuilah keutamaan zikir bukan saja terbatas pada tasbih, tahlil, tahmid, takbir dan sebagainya, bahkan semua amalan yang merupakan ketaatan kepada Allah dikira juga sebagai berzikir kepadaNya sesuai sebagaimana yang dikatakan Said bin Jubair r.a. dan selainnya daripada para ulama.
Meminjam kata-kata Syed Ahmad Semait mengenai riya’ beliau berkata :
“Meskipun kita disuruh beramal tanpa riya’ kepada manusia, namun ini bukan berarti kita mesti meninggalkan beramal bila berhadapan dengan manusia, kerana perbuatan meninggalkan amal kerana manusia itulah pokok riya’, yang betul hendaklah kita terus beramal tidak mengira ada orang atau tidak ada, dan amalan kita itu kita tujukan kepada Allah dengan setulus ikhlas.”

Wednesday, September 7, 2011

'Apabila kesolehan semakin menghilang'

-antara tanda awlnya kemerosotan iman ialah hati menjadi lemah

-kesolehan bukan dilihat dari segi penampilan luaran sahaja

-kelemahan ini akan dilihat dalam kuantiti & kualiti

-"dakwah ini adalah cinta,

apabila cinta menguasai hati,

akan memenuhi perasaan dan akal,

sehingga dalam mimpi kita selalu bermain2 dengan dakwah."

-"bergeraklah wahai Mujahid!, shingga kejemuan itu akan jemu,

beramallah wahai Mujahid, shingga kekufuran itu akan fukur,

bergeraklah wahai mujahid, shingga keletihan itu akan letih."

-setiap muslim inginkan kesolehan, xingin kesolehan itu hilang, sentiasa wujud dalam dalam sahsiah, wujud dalam kemasyarakatan.

-namun, kesolehan & kebaikan ini boleh dtentukan, bergantung kpd keimanan kita.

-"Ya Allah, jgnlah Engkau jdkan lidah ini berinteraksi hanya dgn telinga mereka,

tp Engkau jdkanlah lidah ini berinteraksi dgn hati mereka."

-"Ya Allah, kurniakanlah daku iman yg xkan lenyap selamanya & kemuliaan untuk bangun di

akhirat nanti."

-Iman akn menurun dgn meningkatnya kemaksiatan

-bila lemah iman, maka x akan dapat rasa nikmat iman

-HADIS:

jika seseorang memilikinya akan rasa kemanisan iman:

1-mencintai Allah dan RasulNya melebihi dr yang lain

2-mencintai orang lain kerana Allah

3-benci kepada kekufuran sperti bencinya dbakar api neraka

:- mereka yang ikhlas meneliti realiti umat pada hari ini, pasti akan menangis

Wednesday, July 13, 2011

semut-semut

sy suka tengok dan hayati cara hidup dan komunikasi semut. banyak pengajaran yang boleh diambil dari kehidupan makhluk ciptaan Allah yang kecil ini. walaupun semut merupakan binatang yang kecil namun semut-semut ini tetap sentiasa bersatu dan tidak menjadikan faktor fizikal mereka sebagai alasan untuk bermalas-malasan, malahan semut merupakan antara serangga yang rajin.

cuba perhatikan ayat di bawah ini;

Dan dikumpulkan kepada Sulaiman para tenteranya dari jin dan manusia dan burung-burung maka mereka dibahagi-bahagikan/dibariskan dengan tertib. Sehingga ketika mereka sampai atas/di lembah semut, berkata seekor semut “wahai semut-semut masuklah kalian ke tempat tinggal/sarang-sarang kalian agar tidak dipijak (oleh) Sulaiman dan bala tenteranya”, sedangkan mereka tidak merasakan/menyedari(nya).  (An-Naml : 17-18 )

masa kecik-kecik dulu, selalu jugak dengar orang tua-tua cakap semut ni macam manusia jugak. boleh berkomunikasi, cuma kita je yang tak faham. kalau tak percaya, tengok bila semut jumpa semut, mesti semut-semut ini akan berhenti. nampak rupanya cam bersalam pun ada. mungkin saling bertanya khabar. bagus kan. tak pernah pulak tengok semut gaduh-gaduh. kalau dalam keadaan susah sekali pun, semut tak akan tinggalkan semut yang lain bersendirian. tak percaya? cuba perhatikan. boleh dikatakan susah senang bersama la.

pada masa lalu, mungkin ada orang yang mempersendakan al-Quran, menganggapnya sebuah buku yang penuh dengan cerita-cerita dongeng dan cerita yang direka-reka. namun, sekarang telah banyak penyelidikan yang di buat yang menunjukkan dan membuktikan bahawa al-Quran bukanlah sebuah buku yang menceritakan kisah-kisah dongeng. tapi ianya adalah sebuah kitab suci, kalam Allah, yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. ianya juga jelas menunjukkan semua yang tercatat di dalam al-Quran adalah benar-benar belaka. sebagai seorang muslim yang beriman, wajiblah kita mempercayai al-Quran.

pada masa kini pelbagai penyelidikan telah dibuat yang menunjukkan kepada kita beberapa fakta mengenai cara hidup semut-semut ini. tahukah anda, penyelidikan menunjukkan binatang atau serangga yang paling hampir menyerupai cara hidup manusia adalah semut. 

ini boleh dilihat dari penemuan-penemuan berikut mengenai semut:

1) semut-semut mengebumikan semut-semut yang mati seperti manusia melakukannya.

2) semut-semut mempunyai sistem pembahagian tenaga kerja yang canggih, mereka mempunyai pengurus, pekerja, penyelia dan lain-lain lagi.

3) sekali sekala bertemu antara mereka, mereka berbual.

4) semut-semut juga mempunyai kaedah komunikasi yang agak maju.

5) mereka juga kerap mengadakan pasar-pasar, di mana mereka bertukar barangan.

6) mereka menyimpan bijirin untuk tempoh yang panjang di musim sejuk; dan jika bijirin mula bertunas, mereka memotong akarnya seolah-olah mereka mengetahui jika dibiarkan tumbuh ia akan rosak. jika bijirin yang disimpan ini basah akibat hujan, mereka akan mengangkutnya keluar ke cahaya matahari untuk dikeringkan. setelah kering mereka membawanya kembali ke dalam se olah-olah mereka mengetahui bahawa kelembapan akan mengakibat pertumbuhan sistem akar dan seterusnya kerosakan bijirin.

ini adalah kajian yang telah dilakukan. mungkin betol. apa-apa yang baik, boleh diambil pengajaran, kita ambil dan aplikasikan dalam kehidupan seharian.

subhanallah... sungguh banyak rahsia alam. Allahuakbar, yang menciptakan semuanya. Alhamdulillah.....


Monday, May 2, 2011

MaSiH TeRkEsAn..

Jangan pernah hidup di bawah payung gelap masa silam. Kamu boleh dan mesti berubah. Menyelak kembali lembaran masa lalu yang hitam akan melunturkan semangatmu untuk bangkit.

Umurku mungkin hanya tinggal hari ini. Maka, hidupku hanyalah hari ini. Pasti ia sesuatu yang merisaukan andainya waktu itu luput sebelum sempat untukku bersedia menghadapinya. Pasti sekali akan ku lakukan amal yang terbaik. Mati adalah ingatan dan pengajaran yang terbaik kepada setiap insan. Justeru itu, lakukanlah amal yang terbaik yang mampu dilakukan seolah-olah tiada lagi hari esok untuk jasad ini. Tiada lagi teman-teman yang akan menemani, tinggallah satu jasad yang bersemadi kaku yang hanya ditemani amal dunia. Maka berlaku lah soal jawab. Andai baik amal di dunia, damailah disana, tapi andai ia sebaliknya, bersedialah untuk menerima akibatnya. 

Seorang anak kecil bertanyakan ku, apakah soalan-soalan yang bakal bertamu tatkala di dalam sana. Persoalan itu dijawab dengan batas ilmu yang ada. Setelah mengetahuinya serba sedikit, anak kecil itu mengatakan dia akan menghafal jawapan-jawapan itu. Senyum pahit terukir di bibir saat mengimbau dosa-dosa yang pernah dilakukan. Kerana amal sepanjang hayat di kandung badan lah yang akan menjadi jawapannya. Tiada lagi suara yang kedengaran lahir dari mulut yang berkata-kata di kala hidup di dunia. Andai ia semudah itu dik..... 

Goreskanlah di hatimu, "HARI INI ADALAH HARIMU"  bersedialah menghadapinya..

Sudahkah diri bersedia untuk malam pertama di alam kubur..??


di sinilah kita nanti

Ingatan khusus untuk diri yang menyayangi diri sendiri...

Friday, April 15, 2011

SiApA LaGi KaLaU bUkAn KITA???



risau, bimbang, khuatir, cemas, kacau, apa lagi perkataan yang sesuai digandingkan dengan keadaan umat Islam sekarang terutama di negara ini, Malaysia?? 
Malaysia, walaupun ianya sebuah negara Islam (betul ke negara Islam? andainya betul, dimanakah di letakkan Islam itu?) tapi ia hanyalah Islam pada kulitnya sahaja tidak pada isinya. sistem yang berjalan sekarang tidak mengikut sistem yang disyariatkan dalam Islam. Apa dah jadi??













Hakikatnya, Islam dan politik itu tidak boleh dipisahkan, tetapi tidak semua perkara dalam Islam itu boleh dipolitikkan. Hampir 70%  daripada berita boleh dikatakan membicarakan mengenai politik. Juga hampir semua media massa seperti akhbar, tv, radio dan lain-lain lagi membicarakan mengenainya. Sehinggakan kadang-kadang rasa muak, jemu dengan berita2 yang  boleh dikatakan tak berkesudahan & tak berpenghujung itu. Siapa yang kuasai media sebenarnya? fikir-fikirkan..
Apakah benar semua yang dinyatakan oleh media? 
Dari manakah sumbernya diperolehi?
Semuanya harus diperhatikan dan diteliti..




Rasulullah s.a.w bersabda;


 حَدَّثَنَا شَيْبَانُ بْنُ فَرُّوخَ حَدَّثَنَا أَبُو الْأَشْهَبِ عَنْ الْحَسَنِ قَالَ
عَادَ عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ زِيَادٍ مَعْقِلَ بْنَ يَسَارٍ الْمُزنِيَّ فِي مَرَضِهِ الَّذِي مَاتَ فِيهِ قَالَ مَعْقِلٌ إِنِّي مُحَدِّثُكَ حَدِيثًا سَمِعْتُهُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْ عَلِمْتُ أَنَّ لِي حَيَاةً مَا حَدَّثْتُكَ إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا مِنْ عَبْدٍ يَسْتَرْعِيهِ اللَّهُ رَعِيَّةً يَمُوتُ يَوْمَ يَمُوتُ 
وَهُوَ غَاشٌّ لِرَعِيَّتِهِ إِلَّا حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ

maksudnya: Abu ja’la (ma’qil) bin jasar r.a berkata: saya telah mendengar rasulullah saw bersabda: tiada seorang yang diamanati oleh Allah memimpin rakyat  kemudian ketika ia mati ia masih menipu rakyatnya, melainkan pasti Allah mengharamkan baginya surga.                                        (sahih muslim. J.1. no.203)



pendatang asing

Tanpa kita sedari, melayu menindas melayu atau orang Islam menindas saudara sendiri? zalim kan.
kenapa saya berkata sedemikian, hampir beribu-ribu pendatang asing dari Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Nepal dll di bawa masuk ke dalam negara ini secara haram pada setiap bulan. ramai kan?? kalau setahun jadi berapa ramai ye? no wonder la Melayu tak ade kerja. Hakikatnya bukan Melayu yang malas, memilih kerja sangat tapi tak diberi peluang untuk bekerja. di stesen-stesen minyak, pasaraya-pasaraya, kilang-kilang, siapa yang paling ramai bekerja di situ? semestinya pendatang-pendatang asing. bila melayu mitak kerja di kilang-kilang contohnya, apa jawapan yang diterima, NO! kenapa? sebab dah ada pekerja-pekerja asing.


rumah berkos rendah




rumah berkos tinggi 


begitu lah juga kaitannya dengan tempat tinggal @ kediaman @ tanah. kenapa lah dijual mahal sangat? kenapa tidak dibantu saudara sendiri? kenapa perlu dijual kepada bukan yang selayaknya, itu Tanah Melayu. Kalau keadaan ini tidak diubah, sistem ini tidak diperbetulkan, maka percayalah akan datang kita akan merempat di negara sendiri, dimanakah generasi kita nak tinggal, alangkah sedihnya apabila keadaan ini terjadi. apakah kita sekarang belum sedar keadaan yang berlaku sekarang??



rasuah


lumba haram


dadah

begitulah juga keadaannya dengan jenayah-jenayah yang berlaku di negara ini. andai pihak pengadilan juga menerima rasuah, dimanakah terletaknya keadilan? 
kenapa terjadinya lumba haram, masalah sosial, rasuah, lepak dsb. Lumba haram, jika disekat atau dihalang motosikan berkuasa tinggi di negara ini, mungkin gejala ini dapat dielakkan. kenapa tidak terjadi pada negara-negara lain seperti jepun dan korea meskipun negara ini merupakan pengeluar utama kenderaan. mereka di sana mengamalkan disiplin yang tinggi sehinggakan nak ke mana-mana hanyalah menaiki skuter @ basikal di samping dapat mengurangkan kadar pencemaran udara, dan mereka tidak dibenarkan memandu laju, disebabkan itulah kurangnya kadar kemalangan jalan raya di sana. sampai ke telinga ini cerita mengenai pelancong Jepun yang melancong ke negara ini, pelancong itu berkata, kalau bukan di Malaysia, di mana lagi kita boleh memandu laju-laju, tak ikut undang-undang, undang-undang Malaysia apalah sangat, kalau kena saman, kita bayar je la.. (^ - ^) ?? apa yang anda fikirkan? siapa yang perlu dipersalahkan?
ke mana hilangnya undang-undang @ disiplin di Malaysia, & kenapakah kita menjadi antara orang-orang yang tak berdisiplin. fikir-fikirkan..

jika dilihat jenayah-jenayah yang berlaku sekarang, mereka adalah antara remaja-remaja yang berumur belasan tahun, dan awal 20-an kebanyakannya. jom undur balik... mereka ini adalah anak kecil 20 tahun yang lalu, apakah yang berlaku pada 20 tahun yang lalu sehinggakan mereka jadi seperti ini? justeru itu, kalau nak lihat bagaimanakah umat Islam @ generasi akan datang, lihatlah apa yang kita lakukan sekarang. percayalah, kalau kita tidak mengubahnya jadilah generasi akan datang lebih teruk dari remaja sekarang. siapa yang perlu mengubahnya dan apa pula yang perlu diubah? fikir-fikirkanlah, bukalah minda kita dan gunkanlah sebaiknya.


sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Thauban r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda, mafhumnya; 
"setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir  akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama".

maka para sahabat r.a. pun bertanya, "apakah ketika itu umat Islam sangat lemah dan musuh sangat kuat?"

baginda s.a.w bersabda:
"bahkan masa itu mereka lebih ramai, tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. mereka ibarat buih di lautan"

sahabat bertanya lagi "mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?"

baginda s.a.w menjawab;
"kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-wahn? "

sahabat bertanya lagi "apakah itu al-wahn?"

Rasulullah s.a.w bersabda;
"cintakan dunia dan takutkan kematian"

berdasarkan hadis ini umat islam yang lemah itu adalah kita, umat akhir zaman. tanpa disedari, umat Islam telah dipergunakan oleh musuh-musuh Islam yang meyebarkan ajaran mereka. kerana kejahilan dan cintakan dunia umat Islam kian lalai dan asyik dengan mimpi-mimpi dan janji-jani mereka yang berhasrat menghancurkan Islam. apa yang lebih menyedihkan dan mengundang kemarahan apabila ilmuan Islam telah ditolak dan musuh-musuh Islam tetap terbela, dibela oleh umat Islam sendiri!

sabda Rasulullah s.a.w ini memang jelas, terang lagi bersuluh. kekuatan umat Islam sekarang sangat lemah jika dibandingkan dengan musuh-musuh Islam. lihatlah di Malaysia ini, berapa ramai yang menjadi mat rempit, merokok, menyalah gunakan dadah, pengkhianat negara dsb. sedangkan peratus umat Islam di negara ini adalah paling tinggi. betapa lemah dan nipisnya iman serta ilmu kita sehingga tidak mampu menepis godaan musuh Islam & syaitan laknatullah.

adakah mereka ini yang akan membela Deen Allah s.w.t? 
Ya, umat Islam akhir zaman sekadar buih di lautan, begitu banyak terapung-apung di permukaan lautan, tetapi 
 hancur bila disentuh.

ayuh la kita bangkit wahai saudara-saudaraku!
sesungguhnya bukti-bukti akhir zaman telah jelas diperlihatkan kepada kita, sampai bila kita akan terus leka & lalai dalam permainan musuh-musuh Islam? sampai bila?? ingatlah! jikalau bukan kita (umat Islam) mempertahankan Islam, siapa lagi??

Allah s.w.t telah berfirman;
 “Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia.”
 (ar-Ra'd: 11)


justeru itu, saya menyeru kepada diri sendiri dan saudara-saudara seislam, marilah kita mengubah kedaan ini. siapa lagi yang akan mempertahankan Islam kalau bukan kita sebagai orang Islam. bangkitlah dari lena yang melaghokan!!

wallahua'lam.. segala yang baik itu datangnya dari Allah & segala yg buruk itu adalah dari kelemahan diri saya sendiri..

Wednesday, March 23, 2011

Penjara Hawa

Ya Allah, Ya Rabbi! Selamatkan diriku, ahli keluargaku, keturunanku, sahabat2ku di mana sahaja dari menjadi banduan di penjara hawa dan dirantai oleh syahwah.

Ya Allah,Ya Rabbi! putuskan rantai ini dan merdekakanlah kami kerana tidak ada yang lebih membinasakan diri kami selepas syirik selain dari terpenjara dan terantai oleh hawa dan syahwah.

Amru Khaled telah menulis tentang bila kita sepatutnya merasa hina.  Antaranya:
1. ketika kita menyerah kepada syaitan.  Syaitan telah berjanji untuk menyesatkan kita dan mengheretkan ke dalam kehidupan yang hina dina.  Bila kita menyambut ajakan dan pujukannya maka kitapun melenyapkan kemuliaan diri kita dan melemparkan diri kita kepada kehinaan.
2. ketika kita mengikut hawa nafsu.  Ini berlaku apabila hawa nafsu menguasai dan menghiasi watak kita dalam seluruh urusan kehidupan.  Hawa nafsu akan memimpin kita dalam urusan kita dengan manusia mahupun harta.

Ibnu Taimiyyah telah berkata:
“Orang yang ditawan adalah orang yang membentengi hatinya dari Rabbnya.  Orang yang dipenjara adalah orang yang hawa nafsunya memenjarakan dirinya.  Maka dia menjadi hina kerana dia dipenjara dan ditawan (oleh hawa nafsunya)”

moga2 Allah pelihara kita semua dari terperangkap di dalam penjara hawa nafsu.. 

Friday, January 7, 2011

i'll TrY..

do all the good that you can
to all the people that you can 
in all the ways that you can
at all the places that you can 
at all the time that you can
as long as ever you can.....


perjalanan seribu batu pun perlu dimulakan dengan langkah pertama
kita seharusnya mencari jalan atau membuat laluan baru
jangan takut kalau bergerak perlahan
yang perlu ditakuti ialah berdiri kaku....

Thursday, July 15, 2010

MuRoQoBaH (merasa kebersamaan Allah )

adakah kita tergolong dalam golongan orang yang merasa kehadiran Allah bersama..?


ayat al-Quran yg berkaitan dengan muroqobah terdapat di dalam surah Asy Syura iaitu dalam

firman Allah yg bermaksud:


"Yang melihat kamu ketika kamu berdiri dan melihat pula perubahan


gerak badanmu di antara orang orang yang sujud" ( asy Syura:218-219)



Muroqobah sebagaimana dinyatakan dalam Al-Quran dan hadith ialah

merasa keagungan Allah Azza wa Jalla pada setiap waktu, keadaan dan tempat

serta merasai kebersamaanNya saat bersendirian atau ramai.



Sebelum melakukan suatu pekerjaan dan ketika mengerjakannya hendaklah

seorang itu memeriksa dirinya..

Apakah setiap apa yg dilakukan itu

untuk kepentingan

peribadi atau mencari nama (popularity) atau kerana inginkan redha Allah

Jika redha Allah yg dicari, maka ia akan melaksanakannya

walaupun hawa nafsunya tidak bersetuju dan ingin meninggalkannya.



Ada beberapa jenis muroqobah:

a) muroqobah dalam melaksanakan ketaatan adalah dengan ikhlas

    kepadaNya.

b) Muroqobah dalam kemaksiatan adalah dengan taubat,penyesalan

    dan meninggalkannya.

c) Muroqobah dalam perkara yang harus adalah dengan menjaga adab

    adab terhadap Allah dan bersyukur.

d) Muroqobah dalam musibah adalah dengan redha kepada ketentuan

    Allah dan memohon pertolonganNya dengan sabar.


diambil drp tulisan: Dr. Abdullah Nashih Ulwan


Sheikh Yusuf Al-Hasani: “Garis pemisah yang membezakan antara zikir dan kelalaian ialah: kehadiran hati bersama Allah s.w.t. (hudur ma’a Allah).”

Imam Ibn ‘Atho’illah As-Sakandari r.a.: “Kamu zikir dengan lisan tanpa kehadiran hati bersama Allah s.w.t. itu lebih baik daripada kamu meninggalkan zikir sama sekali. Boleh jadi, dengan zikir lisan tanpa kehadiran hati tersebut, akan membawa kepada zikir dengan kehadiran hati setelah itu.”

akal: menjaga kebersamaan

hati: menyebut namaNya (zikir)

lidah: menguatkan rasa kebersamaan ketika menyebut namaNya

kehidupan ini berada di antara kelalaian dan kehadiran hati bersamaNya,
setiap kelalaian akan menjauhkan diri kita daripada Allah,
dan setiap kehadiran hati akan menghampirkan kita kepadaNya.

Bacalah Al-Qur’an selalu, dengan niat untuk mendengar apa yang Allah s.w.t. ingin sampaikan atau bicarakan kepada kita setiap hari. Dengan niat tersebut, bukalah lembaran Al-Qur’an dan bacalah di mana sahaja lembaran yang dirasakan kuat keinginan untuk membacanya. Pada ketika itu, dengan niat sebegitu, insya Allah, lafaz-lafaz Al-Qur’an yang kita baca, menjadi permulaan bagi interaksi antara kita dengan Allah s.w.t.. Akhirnya, Allah s.w.t.-jika Dia kehendaki- akan mencampakkan perasaan atau zauq yang lebih mendalam, terhadap kefahaman ayat-ayat yang dibaca, seolah-olah ayat-ayat tersebut ditujukan khas untuk kita yang membaca.


When we want to talk to God,we pray and say prayers.
When we want to hear God talking to us,we read the Quran.

“…Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang”.

wallahua'lam....

Monday, April 5, 2010

Tudung / jilbab

Sekarang ni,,, untok para muslimah, mari kita tingkatkan ketaatan kita pada ALLAH dengan memperbaiki tudung/jilbab kita yg kurang betul.



Mari kita tengok Qur'an soalan ini:



Qs.24 Nuur:31. Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka MENUTUPKAN KAIN KERUDUNG KE DADANYA



Qs.33 Ahzab:59. Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya KE SELURUH TUBUH MEREKA". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.



Qs.7 A'raaf:26. Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup AURATmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.



Dari Ayat diatas, paling kurang boleh ditarik beberapa point:

1. PAKAIAN HARUS LONGGAR KE SELURUH TUBUH


2. TUDUNG/JILBAB KENA MENUTUPI DADA


3. BENTUK TUBUH TAK BOLEH NAMPAK


4. RAMBUT IALAH PERHIASAN WANITA MAKA TAK BOLEH NAMPAK



Tambahan 1 lagi ialah disarankan agar gunakan warna yg tak menarik/memikat... sederhana lagi disukai ALLAH daripada berlebihan. Untok guna pakaian ini pun tak perlu yg mahal sangat, kerana membazir dalam harta ialah sesuatu yg disuka sangat oleh Syaithan.



Qs. 17 Israa':27. Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.



Dan dibawah ini ialah tulisan soalan WAJIBNYA TUDUNG/JILBAB BAIK DALAM QUR'AN MAUPUN ALKITAB CHRISTIAN kat wall post beberapa hari lalu

--------------------------

Seringkali, umat kufar tak suka & menghina muslimah yg bertudung/jilbab, bahkan selalunya mereka berlaku tak adil pada muslimah itu, meski di kerajaan/negeri dengan mayoriti Islam.



Ada pulak Islam Liberal, dengan mengaku muslim tapi membenci Islam, mengatakan jika tudung/jilbab itu tak wajib, rambut itu bukan aurat, demi kebebasan wanita, hak azasi dan hal lainnya.



Kita tak payah risau dengan segala celaan orang yg mencela, kerana dia orang kufar lah yg tak membaca alkitab christian mereka dengan hati kecil mereka yg jujur.



Jika tudung benar, apa buktinya???

Jika tudung salah, apa buktinya???



Tudung/jilbab pun diwajibkan oleh alkitab christian. Sy cakap seperti ini bukan menurut hati sy, tapi sy selalunya cakap dengan BUKTI TERKUAT, yaitu dari kitab masing-masing agama kerana kitab itu diakui "katanya" sebagai perkataan TUHAN.



Tudung pun diwajibkan oleh alkitab christian.



1 Korintus 11:5 Tetapi tiap-tiap perempuan yang berdoa atau bernubuat dengan kepala yang tidak bertudung, menghina kepalanya, sebab ia sama dengan perempuan yang dicukur rambutnya.



11:6 Sebab jika perempuan tidak mau menudungi kepalanya, maka haruslah ia juga menggunting rambutnya. Tetapi jika bagi perempuan adalah penghinaan, bahwa rambutnya digunting atau dicukur, maka HARUSLAH IA MENUDUNGI KEPALANYA.



11:7 Sebab laki-laki tidak perlu menudungi kepalanya: ia menyinarkan gambaran dan kemuliaan Allah. Tetapi perempuan menyinarkan kemuliaan laki-laki.



11:8 Sebab laki-laki tidak berasal dari perempuan, tetapi perempuan berasal dari laki-laki.



11:9 Dan laki-laki tidak diciptakan karena perempuan, tetapi perempuan diciptakan karena laki-laki.



11:10 Sebab itu, PEREMPUAN HARUS MEMAKAI TANDA WIBAWA DI KEPALANYA oleh karena para malaikat.



11:11 Namun demikian, dalam Tuhan tidak ada perempuan tanpa laki-laki dan tidak ada laki-laki tanpa perempuan.



11:12 Sebab sama seperti perempuan berasal dari laki-laki, demikian pula laki-laki dilahirkan oleh perempuan; dan segala sesuatu berasal dari Allah.



11:13 Pertimbangkanlah sendiri: PATUTKAH PEREMPUAN BERDOA KEPADA ALLAH DENGAN KEPALA TIDAK BERTUDUNG?



Ayat diatas diambil dari surat pertama Paulus kepada jemaat di korintus.

Tapi ajaran yg sudah hilang, ditinggalkan & tak diikuti lagi oleh ummat terdahulu, dimurnikan lagi oleh ALLAH dalam Qur'an:



Qs.33 Ahzab:59. Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya KE SELURUH TUBUH MEREKA". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.



Qs.24 Nuur:31. Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka MENUTUPKAN KAIN KERUDUNG KE DADANYA, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.



Qs.24 Nuur:60. Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haid dan mengandung) yang tiada ingin kawin (lagi), tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan, dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Bijaksana.



Qs.7 A'raaf:26. Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.



Dan kenyataannya, ummat Islam-lah yang mengamalkan kewajiban tersebut sehingga masa ni. Lalu, jika tudung/jilbab diwajibkan oleh alkitab christian, mengapa mereka membenci muslimah bertudung?



Bagi saudari muslimah yg belum bertudung, mari kita bertudung, apa mau ditunggu lagi??? Ramai muslimah cakap belum siap, masih merasa tak baik, dan lainnya. Jika kena tunggu baik, maka sampai mati pun tak kan pernah merasa baik kerana manusia akan selalu merasa berdosa kerana kesilapan di masa lalu, kita ni manusia memiliki nafsu, bukannya malaikat yg selalu berbuat benar kerana tak ber-nafsu.



Dan bagi saudari muslimah yg sudah bertudung, mari perpaiki tudung kita dengan MENUTUPKAN KAIN TUDUNG KE DADA & MENGULURKAN KERUDUNG KE SELURUH TUBUH seperti yg perintahkan oleh ALLAH (bukan diperintah oleh manusia) dalam Qur'an.



Bagi saudari yg tudungnya sudah baik, mari kita ajak sekitar kita, rakan & saudari kita untok bertudung sahaja dahulu. Untok awal pertama, tak payah menutupi dada pun tak apa. Semua kena dilakukan bertahap, pelan-perlahan.



Ratu kecantikan yang ikut "Miss Universe Contest" pun tak tahu malu & tak ber-adab. Bahkan tak ber-adab sama sekali kerana maksiat yg dia lakukan di syiar-kan pada ramai orang sekali, bukan 1-2 negara, tapi syiar maksiat itu menyebar ke seluruh dunia.



Jadi menurut budaya barat, mengenakan bikini "2 pieces" itu masih biasa sahaja, masih sopan. Ada lagi yg teruk iaitu Lelaki, wanita, remaja, tua, muda, budak kecil pun lari sama-sama dengan telanjang bulat!



Bukan dalam gedung, tapi di jalan raya sekali..!!! Masok televisien pulak!!



Jika saudara mempunyai istri & anak gadis, bolehkah jika mereka menjumpai acara lari massal telanjang berkenaan???



Sekarang, ingin disukai para kufar dengan tak guna tudung? atau... ingin disukai ALLAH kerana bertudung?



Jadi,,, 1 bukti lagi... ISLAM TERBUKTI BENAR....



Qs.3 Ali Imran:85 Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka SEKALI-KALI TIDAK AKAN DITERIMA daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi



Qs.3 Ali Imran:19 Sesungguhnya agama disisi Allah HANYALAH Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, karena kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya

Tuesday, November 10, 2009

masa



mase... sgt cepat berlalu.. kalu kita xjage mase, mase akn makan kite dan kite akn jd org yg rugi. pejam celik 2x da nk cuti mid sem. rase cm bru jer masuk. pe yg aku tlh bt spnjg start masuk n hampir nk cuti dh.. rase xde bt satu pn.. sedih sgt bile teringat mase2 yg berlalu gitu jer.. ruginye....
xtau la knp ngn sem ni, smgt nk bljr tu ade.. tp emosi cm lbh kuat.. ssh nk kawal emosi.. rase mcm hati kosong.., hanyut skrg.. kat mane hati ku skrg..?? kene cepat2 cari dan bg ubt.. huhuhu.. tertekan ke..?? xkot.. knp ngn diri ku skrg..?? rase cm lain je..
 ni  1 hal, hmm letih rase di uji ngn laki.. xlarat la, da la mggu.. huhuhu..  sume emosi brcampur kat cni...
huhhu..

Sunday, September 27, 2009

solat istikharah

apakah mimpi manusia biasa boleh dijadikan sandaran atau boleh menjadi isyarat kepada jawapan yang dicari? Benarkah solat sunat istikharah boleh menjadi medium atau pengantara untuk menentukan sesuatu keputusan seperti menentukan jodoh seseorang atau baik buruk takdirnya?
Istikharah sebenarnya berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud meminta pilihan yang baik. Biasanya solat istikharah dilakukan apabila seseorang itu ingin melakukan sesuatu perkara tetapi dia tidak pasti apakah perbuatan atau tindakannya itu membawa kebaikan ataupun tidak kepada dirinya.
Maka untuk itu, dituntut baginya supaya melakukan solat sunat istikharah. Pelaksanaannya sama dengan solat-solat sunat yang lain. Dalam sebuah hadis daripada Jabir bin Abdullah berkata, Rasulullah s.a.w. pernah mengajar kami cara untuk meminta petunjuk Allah Taala dalam beberapa urusan yang penting.
Baginda bersabda, Apabila salah seorang di antara kamu menghendaki pekerjaan, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian ia berdoa: Ya Allah, sesungguhnya aku minta petunjuk yang baik dengan pengetahuan-Mu, dan aku minta diberi kekuatan dengan kekuatan-Mu. Aku minta kemurahan-Mu yang luas, kerana sesungguhnya Engkau yang Maha Kuasa sedang aku tiada berkuasa. Engkau mengetahui sedang aku tidak tahu, dan Engkau Maha Mengetahui yang ghaib.
Sesungguhnya manusia diciptakan oleh Allah Taala dalam keadaan lemah. Kelemahan yang ada pada manusia itu menyebabkan apa jua rancangan dan tindakan yang kita lakukan kadang-kadang sudah diyakini baiknya, tetapi belum tentu baik bagi Allah Taala. Begitu juga apa yang kita rancang dan kita lakukan sudah diyakini kesan buruknya, tetapi belum tentu buruk menurut penilaian Allah. Dalam hal ini kita harus mengakui bahawa daya fikir dan akal manusia sangat terbatas. Untuk itu kita dianjurkan beristikharah.
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Kamu diwajibkan berperang, sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi (pula) kamu suka kepada sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah jualah yang mengetahui, sedang kamu tidak mengetahuinya. (Al-Baqarah: 216)
Sebenarnya amal ibadah yang mengandungi unsur-unsur tilikan dan bergantung kepada mimpi semata-mata bukanlah daripada ajaran Islam. Malah Nabi s.a.w. tidak pernah mengajar umatnya agar mencerap petunjuk Allah menerusi mimpi. Fenomena menilik nasib atau jodoh melalui mimpi di kalangan masyarakat kita, lebih-lebih lagi bagi sesetengah wanita perlu diperbetulkan semula. Amalan ini dikhuatiri boleh menyebabkan berlakunya dosa syirik kepada Allah s.w.t.
Hal ini kerana manusia bukanlah tuhan yang boleh meramal apa yang berlaku. Perbuatan meramal atau menilik mimpi adalah amalan dan budaya jahiliah yang sangat ditegah oleh Islam. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
Wahai orang yang beriman, bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib adalah semata-mata amalan kotor daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (Al-Maidah: 90)
Perlu dijelaskan di sini bahawa tidak semua mimpi manusia itu benar. Mimpi manusia biasa pada kebiasaannya adalah mainan tidur yang berpunca daripada pengaruh iblis dan syaitan yang datang mengganggu.
Kita tidak boleh menyamakan antara mimpi manusia biasa dengan mimpi para nabi dan rasul-rasul. Mimpi bagi nabi dan para rasul adalah wahyu dari Allah Taala. Kisah Nabi Ibrahim a.s. sebagai contoh, telah diperintah oleh Allah untuk menyembelih anaknya, Ismail a.s. yang datang melalui mimpi baginda. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
Maka apabila anak itu sampai (kepada peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi, bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai bapaku, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insya-Allah ayah akan mendapatiku daripada orang-orang yang sabar. (Al-Soffat: 102)
Kesimpulannya mimpi kita itu tidak mengandungi kebenaran mutlak. Kemungkinan kebenaran yang terlihat itu lebih berdasarkan kepada kebetulan sahaja atau unsur-unsur daripada mainan syaitan yang bertujuan untuk menyesatkan manusia. Itulah sebabnya, jangan menyandarkan segala keputusan kepada mimpi. Sebaliknya berfikirlah dengan lebih rasional.
Dalam kes di atas, seandainya pertimbangan akal diletakkan pada tempat yang sewajarnya, maka memadai dengan sedikit soal selidik dan mengkaji latar belakangnya sudah dapat menentukan ciri-ciri pasangan yang menepati kehendak Islam. Maka ketika itu, dia tidak perlu lagi beristikharah dan terus menerus menunggu mimpi. Atau sekiranya beliau berada dalam situasi antara dua pilihan, yang satu berakhlak mulia sedang yang kedua kurang baik agama dan akhlaknya, maka pilihannya ketika itu sewajarnya kepada yang pertama. Kaedah pertimbangan dan penilaian seperti itu tidak perlu melalui solat sunat istikharah.
Mimpi itu bukanlah satu-satunya jalan yang memimpin manusia kepada petunjuk Allah s.w.t. Kadang-kadang petunjuk Allah Taala datang melalui buah-buah iman yang masuk menyerap ke dalam hati sehingga menerbitkan keyakinan dan rasa hati yang kuat melalui keyakinan untuk memilih salah satu di antara beberapa pilihan.
Jika kita mempunyai kecenderungan untuk memilih salah satunya, maka itu merupakan isyarat kuat daripada Allah. Pilihlah dulu terimalah seadanya, kemudian solatlah istikharah dan ketika itu pohonlah kepada Allah Taala moga pilihan kita tersebut tepat dan terbaik yang boleh membawa kebaikan dunia dan akhirat. Hal ini diperjelaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam sebuah doa yang bermaksud:
Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa pekerjaan ini, baik bagi agama dan kehidupanku dan hari kemudianku, maka berikanlah ia kepadaku, dan mudahkanlah ia bagiku, dan berkatilah ia kepadaku. Jika Engkau mengetahui bahawa pekerjaan ini buruk bagiku, buruk bagi agamaku, penghidupanku dan hari kemudianku, maka jauhkanlah aku daripadanya, dan berikanlah bagiku kebaikan di mana pun juga adanya, kemudian jadikanlah aku orang yang redha dengan pemberian itu. - (Riwayat Bukhari)

Friday, June 26, 2009

org mu'min yg dengki pdnya

Rintangan perjuangan dlm kehidupan pendakwah

"sesungguhnya Allah s.w.t apabila mengasihi sesuatu kaum, dicubanya mereka itu (dgn pelbagai cubaan), barangsiapa yg rela dgn cubaan itu maka mereka mendapat kerelaanNya (ALLAH), barangsiapa yg benci (marah) maka baginya kemurkaan Allah s.w.t."

Dlm meniti liku dan lurah2 perjalanan ini, kalaulah ssorg da'i tidak berada d bwh lindungan Allah, tidak berhubung terus dgnNya, tidak berpegang pd kitabnya dan tidak mengikuti sunnah nabiNya, maka dia sdg berada di ambang bencana dan musibah yg besar.

Rasulullah s.a.w. tlh meramalkan cabaran dan dugaan2 yg dihadapi oleh para mu'min, da'i dan mujahidin di jln Allah.
sorg mu'min sentiasa di ambang 5 dugaan yg susah:
  1. mu'min yg dengki padanya
  2. munafiq yg benci padanya
  3. kafir yg memeranginya
  4. syaitan yg menyesatkannya
  5. nafsu yg sering bertarung untuk mengalahkannya

[hadith ini tlh ditakhrijkan oleh Abu Bakar Ibnu Lal dr hadith Anas dlm tajuk; "akhlak yg luhur"]

ikutilah sambungannya untuk melihat rintangan2 ini 1 per 1, mengkaji bahayanya dan juga kesannya. supaya kita dapat menenui cara2 untuk melepasakn diri drpnya.

Tuesday, March 24, 2009

TANDA-TANDA HATI YANG MATI

Di antara tanda-tanda hati yang mati, ialah tiada rasa sedih apabila telah kehilangan kesempatan untuk melakukan taat kepada Allah, tiada juga rasa menyesal atas perbuatan kelalaian yang telah dilakukannya.

Hati yang di dalamnya hidup keimanan akan merasa sedih apabila iman dan taat itu hilang daripadanya. Hati yang beriman itu sangat menyesal apabila ia melakukan dosa. Hati ini sangatlah senang apabila ia melaksanakan ketaatan.

Perbuatan manusia yang dikendalikan oleh hati yang beriman pasti selalu menjurus kepada ketaatan dan bergegas meninggalkan kemaksiatan, sehingga hatinya tidak gelisah oleh dosa, dan jiwanya tidak resah oleh maksiat. Kejahatan yang selalu mencari peluang merobek benteng hati insan, mampu menghancur-luluhkan benteng itu, apabila pertahanan Iman yang menjaga benteng hati itu lemah.

Sebaliknya, benteng hati itu akan kukuh kuat, walaupun dengan serbuan dan robekkan apa pun, apabila iman yang menjadi perisai di dalamnya kukuh kuat bagaikan batu karang di tengah samudera. Seorang hamba yang Mukmin akan senantiasa terus-menerus mencegah masuknya kemaksiatan dan kekotoran di dalam hatinya, membentenginya dengan amal ibadah. Dia harus merasa susah ketika dihinggapi dosa, dan gembira apabila melakukan kebaikan. Dalam sebuah Atsar; “Barang siapa merasa SENANG menjalankan kebaikan, dan merasa SEDIH menjalankan kejahatan, maka dia adalah orang yang beriman.”

Sebaliknya, hati yang suka dihinggapi kotoran kemaksiatan, tidak merasa sedih ketika menjalankan perbuatan maksiat (dosa) dan kotoran jiwa, maka itulah hati yang mati dan buta.

Tanda-tanda Allah Taala redha terhadap seorang hamba, maka hatinya akan terang benderang menerima kebajikan, dan mampu menghindari dosa.

Kearifan hati itu dapat dilihat dari perbuatan manusia dalam hidupnya. Hati yang hidup dan arif nampak pada wajah pemiliknya. Cahaya wajah dan perilaku seperti mimik pada raut wajah pemiliknya, hati yang jauh dari dosa dan bentuk maksiat, akan tampak dalam pembicaraannya. Ucapan seseorang terkias dengan jelas dalam setiap susunan kata-katanya. Hati yang terbuka oleh Iman akan menunjukkan bunyi pada kalimat yang diucapkan seseorang.

Halus, jujur, ikhlas. Sebaliknya, hati yang hitam tertutup oleh noda akan terbias dan semua kalimat yang diucapkan tidak mampu ditutup-tutup. Itu semua adalah gambaran tentang hati orang beriman. Hati yang beriman adalah hati yang hidup, sedangkan hati yang jauh dari keimanan adalah hati yang mati. Hati yang hidup oleh keimanan akan menumbuhkan kebaikan dan ketaatan, hati yang tertutup dari keimanan akan menumbuhkan kejelekan dan kemaksiatan.

Sahabat Ibnu Mas’ud mengatakan; “Orang yang benar-benar beriman, ketika melihat dosa-dosanya, seperti dia sedang duduk di bawah gunung. Dia khuatir kalau-kalau puncak gunung itu jatuh menimpanya. Adapun orang yang munafik, dia memandang dosa-dosanya seperti menghalau lalat di hujung hidungnya.”

Orang beriman selalu memandang dosa dan kesalahan yang pernah dia perbuat, seperti beban yang sangat berat rasanya, dia khuatir dosa dan kesalahannya akan membawa akibat yang sangat jelek, serta menyeksa di hari akhirat. Dia sangat berhati-hati. Sifat berhati-hati seperti ini adalah Cahaya Iman yang masih bertahta dalam hatinya. Adapun orang munafik, menganggap dosa dan kesalahan yang pernah diperbuatnya dengan anggapan bahawa dosa-dosa dan kesalahan tidak mampu meruntuhkan kedudukannya atau merosak dan menganiayanya, oleh kerana dia menganggap dosa adalah sangat enteng baginya, dan tidak bererti apa-apa. Seperti mengusir lalat dari hujung hidungnya saja.

Perasaan seperti itu adalah perasaan orang-orang munafik yang tidak memperdulikan kadar Iman dan Islam dalam membentuk pribadi manusia.

(Dari Al-Hikam 36)