Pages

السلام عليكم

Sunday, November 20, 2011

ZIKRULLAH


Imam Nawawi dalam Az Azkar pada bab Ikhlas dan Niat Baik Dalam Segala Amalan  ada menyentuh tetang perkara ini. Dihujung perbincangan beliau menambah :
“Zikir itu sebaik-baiknya dengan hati, dan boleh juga dengan lisan. Tetapi yang lebih utama ialah berzikir dengan hati dan lisan sekaligus. Kalau hendak memilih salah satu di antara keduanya, maka berzikir dengan hati adalah lebih utama.”

Lalu tidak wajar meninggalkan zikir dengan lisan yang disertai hati kerana khuatir disangkakan adanya riya’, bahkan dibuatkan kedua-duanya sekaligus dan diniatkan semua itu untuk mencari keredhaan Allah Ta’ala. Kata-­kata AI-Fudhail rahimahullah “bahwa meninggalkan amal kerana manusia adalah riya”. Memang sebenamya jika manusia membuka pintu kebimbangan dari hal pemerhatian orang terhadap amal kita, atau memelihara diri dari menarik sangkaan-sangkaan yang batil nescaya akan tertutup kebanyakan pintu-pintu kebajikan.

Ketahuilah keutamaan zikir bukan saja terbatas pada tasbih, tahlil, tahmid, takbir dan sebagainya, bahkan semua amalan yang merupakan ketaatan kepada Allah dikira juga sebagai berzikir kepadaNya sesuai sebagaimana yang dikatakan Said bin Jubair r.a. dan selainnya daripada para ulama.
Meminjam kata-kata Syed Ahmad Semait mengenai riya’ beliau berkata :
“Meskipun kita disuruh beramal tanpa riya’ kepada manusia, namun ini bukan berarti kita mesti meninggalkan beramal bila berhadapan dengan manusia, kerana perbuatan meninggalkan amal kerana manusia itulah pokok riya’, yang betul hendaklah kita terus beramal tidak mengira ada orang atau tidak ada, dan amalan kita itu kita tujukan kepada Allah dengan setulus ikhlas.”

4 comments:

Rintihan HambaMu said...

Zikrullah dpt merawat hati..

Rintihan HambaMu said...

Zikrullah dpt merawat hati..

wafazinnirah92 said...

salam ziarah k.Uda..

apa kbr hati? Moga Allah sentiasa memelihara-Nya..

Moga zikrullah itu menjadi peneman kita sepanjang masa.. ^_^

jaga diri baik2.. =)

sayang kak Uda.. ^_^

p/s: jmut ke blog fatin nnt.. rindu dgn peninggalan jejak k.Uda di kotak komentar fatin.. InsyaAllah=)

~permata yang dicari~

Unknown said...

wafazinnirah92: assalamualaikum adik fatin ku sayang.. maaf sangat2.. kak huda mmg dah lame xon9.. sbb wifi prob. kat kolej.. alhamdulillah ni dh balik rumah, baru bleh on9..
apa khabar..? nt kak huda drop komentar kat blog fatin ye.. =) miss u.. insyaAllah nt kak huda ziarah adik2 di ktd.. =)