Pages

السلام عليكم

Tuesday, October 13, 2009

Rahsia alam

Tahukah anda setiap buah yg diciptakan Allah terdapat banyak khasiat, kelebihan dan kebaikan di dalamnya. Bukan setakat buah je, bahkan seluruh anggota pokok kadang2 mempunyai fungsi. Di sini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang buah ni, iaitu buah nona.. kenal x buah nona..? best.... tapi bg org yg suka buah ni je la yg rase best kot.. hihihi... sape2 yg xkenal lg.., ni lah buah nyer, buah nona..



                                                                           gambar 1



                                                                           gambar 2


Ni la buah nona  (gambar 1) dan ni plk isi kt dlmnya (gambar 2)

Seperti yg sedia maklum or xmklum lg.., buah ni mengandungi vitamin B1 dan C, juga tanin, kalsium anonain yg bersifat insektisid. Tp AWAS!!, oleh krn bijii nona yg dihancurkan bersifat toksik, jika termasuk dlm mata boleh buta tau..!! buah ni jg x sesuai diambil oleh ibu hamil..

Walaupun begitu, buah ini ade banyak kebaikan dan manfaatnya. Antaranya..:

1. Air rebusan drp daun nona, kebiasaannya diminum bg tujuan merangsang kelancaran haid, merawat selsema, mengeluarkan angin drp perut juga sebagi pencuci mulut bg rawatan kesakitan pd bhagian kerongkong.

2. Daun nona yg diramas, elok diletakkan berdekatan dengan hidung tujuannya adalh bg menyedarkan org pitam.

3. Jika terseliuh, tampal isi nona yg sudah masak krn dipercayai boleh kurangkan kesakitan.

4. Buah yg belum masak biasanya dikeringkan serta ditumbuk halus untuk dijadikan perangsang muntah.

5. Air rebusan bahagian daun, kulit kayu serta buah muda dijadiakn sebagai minuman utk rawatan bengkak pd usus besar.

6. Jika daunnya ditumbuk lumat, ia mampu mengurangkan ulser serta kudis atau bisul berpanjangan dan jg sakit kepala dgn cara menampalnya pd bahagian berkenaan.

Subhanallah.. Maha besar kuasa Allah menjadikan buah ini..

Selamat mencuba bg sape2 yg nk cuba lah.. =)