Pages

السلام عليكم

Saturday, May 3, 2014

KISRA DAN KAISAR

KISRA DAN KAISAR

حَدَّثَنَا عَمْرٌو النَّاقِدُ، وَابْنُ أَبِي عُمَرَ، - وَاللَّفْظُ لاِبْنِ أَبِي عُمَرَ - قَالاَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، عَنِ الزُّهْرِيِّ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيَّبِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم " قَدْ مَاتَ كِسْرَى فَلاَ كِسْرَى بَعْدَهُ وَإِذَا هَلَكَ قَيْصَرُ فَلاَ قَيْصَرَ بَعْدَهُ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَتُنْفَقَنَّ كُنُوزُهُمَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ " .

(كتاب الفتن وأشراط الساعة, بَاب لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَمُرَّ الرَّجُلُ بِقَبْرِ الرَّجُلِ فَيَتَمَنَّى أَنْ يَكُونَ مَكَانَ الْمَيِّتِ مِنْ الْبَلَاءِ, ٢٩١٨, صحيح مسلم)

Maksudnya:

“Jika Kisra (Parsi) telah mati binasa, maka tidak ada lagi Kisra setelahnya. Dan jika Kaisar (Byzantium ) telah mati binasa, maka tidak ada lagi Kaisar setelahnya. Demi Zat yang diriku ada dalam genggaman tangan kuasa-Nya ,sungguh harta kekayaan keduanya akan diinfakkan di jalan Allah”.

KETERANGAN HADITH :

“Jika Kisra (Parsi) telah mati binasa, maka tidak ada lagi Kisra setelahnya”, adalah penjajah Imperium Sasanik di kawasan Arab iaitu Iraq. (Atau dengan kata lain, ia tidak akan lagi berkuasa di sana. Selain itu maksud sabda nabi “Dan jika Kaisar (Byzantium ) telah mati binasa, maka tidak ada lagi Kaisar setelahnya” adalah penjajah di kawasan Arab iaitu Syam (Syria).
Hal yang sama ditegaskan oleh Al-Hafizh Ibnu Hajar dalam kitab Fathul Al-Bari Bi Sharh Sahih al-Bukhari yang mengatakan “ yang dimaksudkan dengan perkataan “Kisra” dan “ Kaisar” dalam hadith di atas ialah kisra adalah gelaran raja di Parsi dan Kaisar adalah gelaran raja di Byzantium ( Bukannya kisra atau kaisar yang hidup pada zaman nabi ). Latar belakang hadith ini ialah disebabkan kebimbangan suku Quraish yang sejak dulu menjalin hubungan perdagangan dengan Syam dan Iraq. Mereka bimbang disebabkan mereka memeluk Islam hubungan perdagangan mereka terputus. Oleh itu, Nabi SAW menegaskan dan meyakinkan mereka serta memberi khabar gembira pada mereka melalui hadith ini bahawa kekuasaan parsi dan Byzantium akan segera berakhir.

PENGAJARAN HADITH :

Umat Islam perlu percaya dan sedar bahawa setiap kata-kata nabi s.a.w adalah benar dan peristiwa yang digambarkan Rasulullah akan benar-benar terjadi.
Golongan kafir akan mengalami kejatuhan akhirnya seperti mana yang digambarkan di dalam hadith.


Imam al-Hafiz Abi Husain Muslim bin al-Hajjaj. Sahih Muslim. Baitul Afqar Dauliyyah: Riyadh. Kitab 52. Bab 18. No. Hadith 2918. Halaman: 1169.


Yusof al-hajj Ahmad, ensiklopedia Kemukjizatan Sains Dalam Al-Quran Dan Sunnah,2009, Al-Hidayah Publication ,Kuala Lumpur, hlmn 42-43
.

No comments: