Pages

السلام عليكم

Saturday, May 3, 2014

FITNAH ORANG YANG DUDUK LEBIH BAIK DARIPADA ORANG YANG BERDIRI

FITNAH ORANG YANG DUDUK LEBIH BAIK
DARIPADA ORANG YANG BERDIRI


حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عُبَيْدِ اللَّهِ، حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ سَعْدٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي سَلَمَةَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ،. قَالَ إِبْرَاهِيمُ وَحَدَّثَنِي صَالِحُ بْنُ كَيْسَانَ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيَّبِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم : سَتَكُونُ فِتَنٌ الْقَاعِدُ فِيهَا خَيْرٌ مِنَ الْقَائِمِ، وَالْقَائِمُ فِيهَا خَيْرٌ مِنَ الْمَاشِي، وَالْمَاشِي فِيهَا خَيْرٌ مِنَ السَّاعِي، مَنْ تَشَرَّفَ لَهَا تَسْتَشْرِفْهُ، فَمَنْ وَجَدَ فِيهَا مَلْجَأً أَوْ مَعَاذًا فَلْيَعُذْ بِه


Maksudnya:
Muhammad bin Ubaidullah telah menceritakan kepada kami, Ibrahim bin Sa’d telah menceritakan kepada kami, daripada bapanya, daripada Abu Salamah bin Abdul Rahman daripada Abu Hurairah (ح). Ibrahim berkata, Shalih bin Kisan telah menceritakan kepada kami, daripada Ibnu Syihab, daripada Sa’id bin Musayyab, daripada Abu Hurairah r.a, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Akan ada fitnah-fitnah, di mana orang yang duduk lebih baik daripada orang yang berdiri, orang yang berdiri lebih baik daripada orang yang berjalan, dan orang yang berjalan lebih baik daripada orang yang berlari dalam fitnah tersebut. Barangsiapa berusaha menghadapi fitnah itu, maka fitnah itu akan mempengaruhinya. Barangsiapa mendapatkan tempat berlindung, maka dia sebaiknya berlindung di tempat tersebut.”


KETERANGAN HADITH DAN PENDAPAT PARA ULAMA:

Ibn al-Tin menyebutkan daripada ad-Dawudi bahawa maksud hadith tersebut ialah ditujukan kepada semua individu yang terlibat dalam perkara fitnah itu. Di mana sebahagian daripada mereka lebih berat (keterlibatannya) berbanding dari yang lain. Individu yang paling tinggi tahapnya adalah orang yang berlari di mana dia menjadi penyebab fitnah semakin berleluasa. Kemudian orang yang berjalan yang mana dia melakukan sebab-sebab fitnah dan diikuti kawan-kawan mereka yang memerhatikannya iaitu orang yang duduk. Seterusnya orang yang menjauhi fitnah dan tidak terlibat dengan fitnah iaitu orang yang terbaring dan terjaga. Akhir sekali adalah orang yang tidak ada sangkut paut dengan fitnah sedikitpun namun dia redha, iaitu orang yang tidur. Maksud kelebihan pada kebaikan ini adalah orang yang lebih sedikit keburukannya berbanding orang yang di atasnya sesuai perinciaan tersebut.

            Al-Thabari telah mengatakan bahawa para ulama mempunyai perbezaan pendapat dalam hal ini. Terdapat sebahagian yang memahami secara umum iaitu mereka yang tidak terlibat dalam peperangan antara kaum Muslimin dengan secara mutlak. Mereka adalah seperti Sacd, Ibn Umar, Muhammad bin Maslamah, Abu Bakrah dan lain-lain di mana mereka berpegang kepada isi kandungan hadith tersebut.

            Selain itu, hadith ini juga membahaskan apabila terdapat sekelompok kumpulan yang membangkang terhadap imam (pemimpin) dengan tidak menunaikan kewajipan, lalu berlakunya peperangan maka wajib pemimpin itu memerangi kelompok tersebut. Terdapat pendapat lain yang mengatakan sekiranya berlaku peperangan antara kaum muslimin di mana tidak ada imam bagi jamaah, maka peperangan ketika itu dilarang.

            Al-Thabari telah mengatakan bahawa pendapat yang benar bagi maksud fitnah ialah dugaan, sementara mengingkari kemungkaran adalah wajib bagi yang mampu melakukannya. Barangsiapa menolong pihak yang benar bermaksud dia telah melakukan tindakan yang betul, dan barangsiapa yang menolong pihak yang salah bermaksud dia telah melakukan tindakan yang salah. Sekiranya kita tidak mengetahui pihak yang benar atau salah, maka sebagaimana yang telah diperintahkan oleh Nabi SAW yakni tidak melibatkan diri dalam masalah tersebut.

            Pendapat lain mengatakan bahawa hadith-hadith yang melarang perbuatan tersebut merupakan larangan khusus untuk umat akhir zaman kerana peperangan ketika itu hanya untuk mendapatkan kekuasaan.

PENGAJARAN HADITH:

1. Sentiasa memupuk sikap berwaspada dan berhati-hati dalam diri sendiri agar terhindar dari sebarang fitnah.

2. Sentiasa bijak dalam membuat keputusan iaitu menyebelahi pihak yang benar kepada perkara yang benar dan tepat dan tidak akan menyebelahi pihak yang tidak benar kepada perkara yang tidak benar.

3. Tidak mudah terpengaruh dan berburuk sangka kepada perkara-perkara yang membawa kepada unsur-unsur kekeliruan.

RUJUKAN


Ibnu Hajar al-Asqalani, 2009, Fathul Baari Penjelasan Kitab Shahih Al-Bukhari . Penterjemah : Amiruddin. Cetakan Pertama. Jilid 35. Jakarta : Pustaka Azzam. Kitab al-Fitan. Bab 9. Halaman 94, 97, 99 & 100.

No comments: