risau, bimbang, khuatir, cemas, kacau, apa lagi perkataan yang sesuai digandingkan dengan keadaan umat Islam sekarang terutama di negara ini, Malaysia??
Malaysia, walaupun ianya sebuah negara Islam (betul ke negara Islam? andainya betul, dimanakah di letakkan Islam itu?) tapi ia hanyalah Islam pada kulitnya sahaja tidak pada isinya. sistem yang berjalan sekarang tidak mengikut sistem yang disyariatkan dalam Islam. Apa dah jadi??
Hakikatnya, Islam dan politik itu tidak boleh dipisahkan, tetapi tidak semua perkara dalam Islam itu boleh dipolitikkan. Hampir 70% daripada berita boleh dikatakan membicarakan mengenai politik. Juga hampir semua media massa seperti akhbar, tv, radio dan lain-lain lagi membicarakan mengenainya. Sehinggakan kadang-kadang rasa muak, jemu dengan berita2 yang boleh dikatakan tak berkesudahan & tak berpenghujung itu. Siapa yang kuasai media sebenarnya? fikir-fikirkan..
Apakah benar semua yang dinyatakan oleh media?
Dari manakah sumbernya diperolehi?
Semuanya harus diperhatikan dan diteliti..
Rasulullah s.a.w bersabda;
حَدَّثَنَا شَيْبَانُ بْنُ فَرُّوخَ حَدَّثَنَا أَبُو الْأَشْهَبِ عَنْ الْحَسَنِ قَالَ
عَادَ عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ زِيَادٍ مَعْقِلَ بْنَ يَسَارٍ الْمُزنِيَّ فِي مَرَضِهِ الَّذِي مَاتَ فِيهِ قَالَ مَعْقِلٌ إِنِّي مُحَدِّثُكَ حَدِيثًا سَمِعْتُهُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْ عَلِمْتُ أَنَّ لِي حَيَاةً مَا حَدَّثْتُكَ إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا مِنْ عَبْدٍ يَسْتَرْعِيهِ اللَّهُ رَعِيَّةً يَمُوتُ يَوْمَ يَمُوتُ
وَهُوَ غَاشٌّ لِرَعِيَّتِهِ إِلَّا حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ
maksudnya: Abu ja’la (ma’qil) bin jasar r.a berkata: saya telah mendengar rasulullah saw bersabda: tiada seorang yang diamanati oleh Allah memimpin rakyat kemudian ketika ia mati ia masih menipu rakyatnya, melainkan pasti Allah mengharamkan baginya surga. (sahih muslim. J.1. no.203)
pendatang asing
kenapa saya berkata sedemikian, hampir beribu-ribu pendatang asing dari Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Nepal dll di bawa masuk ke dalam negara ini secara haram pada setiap bulan. ramai kan?? kalau setahun jadi berapa ramai ye? no wonder la Melayu tak ade kerja. Hakikatnya bukan Melayu yang malas, memilih kerja sangat tapi tak diberi peluang untuk bekerja. di stesen-stesen minyak, pasaraya-pasaraya, kilang-kilang, siapa yang paling ramai bekerja di situ? semestinya pendatang-pendatang asing. bila melayu mitak kerja di kilang-kilang contohnya, apa jawapan yang diterima, NO! kenapa? sebab dah ada pekerja-pekerja asing.
rumah berkos rendah
begitu lah juga kaitannya dengan tempat tinggal @ kediaman @ tanah. kenapa lah dijual mahal sangat? kenapa tidak dibantu saudara sendiri? kenapa perlu dijual kepada bukan yang selayaknya, itu Tanah Melayu. Kalau keadaan ini tidak diubah, sistem ini tidak diperbetulkan, maka percayalah akan datang kita akan merempat di negara sendiri, dimanakah generasi kita nak tinggal, alangkah sedihnya apabila keadaan ini terjadi. apakah kita sekarang belum sedar keadaan yang berlaku sekarang??
rasuah
lumba haram
dadah
kenapa terjadinya lumba haram, masalah sosial, rasuah, lepak dsb. Lumba haram, jika disekat atau dihalang motosikan berkuasa tinggi di negara ini, mungkin gejala ini dapat dielakkan. kenapa tidak terjadi pada negara-negara lain seperti jepun dan korea meskipun negara ini merupakan pengeluar utama kenderaan. mereka di sana mengamalkan disiplin yang tinggi sehinggakan nak ke mana-mana hanyalah menaiki skuter @ basikal di samping dapat mengurangkan kadar pencemaran udara, dan mereka tidak dibenarkan memandu laju, disebabkan itulah kurangnya kadar kemalangan jalan raya di sana. sampai ke telinga ini cerita mengenai pelancong Jepun yang melancong ke negara ini, pelancong itu berkata, kalau bukan di Malaysia, di mana lagi kita boleh memandu laju-laju, tak ikut undang-undang, undang-undang Malaysia apalah sangat, kalau kena saman, kita bayar je la.. (^ - ^) ?? apa yang anda fikirkan? siapa yang perlu dipersalahkan?
ke mana hilangnya undang-undang @ disiplin di Malaysia, & kenapakah kita menjadi antara orang-orang yang tak berdisiplin. fikir-fikirkan..
jika dilihat jenayah-jenayah yang berlaku sekarang, mereka adalah antara remaja-remaja yang berumur belasan tahun, dan awal 20-an kebanyakannya. jom undur balik... mereka ini adalah anak kecil 20 tahun yang lalu, apakah yang berlaku pada 20 tahun yang lalu sehinggakan mereka jadi seperti ini? justeru itu, kalau nak lihat bagaimanakah umat Islam @ generasi akan datang, lihatlah apa yang kita lakukan sekarang. percayalah, kalau kita tidak mengubahnya jadilah generasi akan datang lebih teruk dari remaja sekarang. siapa yang perlu mengubahnya dan apa pula yang perlu diubah? fikir-fikirkanlah, bukalah minda kita dan gunkanlah sebaiknya.
sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Thauban r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda, mafhumnya;
"setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama".
maka para sahabat r.a. pun bertanya, "apakah ketika itu umat Islam sangat lemah dan musuh sangat kuat?"
baginda s.a.w bersabda:
"bahkan masa itu mereka lebih ramai, tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. mereka ibarat buih di lautan"
sahabat bertanya lagi "mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?"
baginda s.a.w menjawab;
"kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-wahn? "
sahabat bertanya lagi "apakah itu al-wahn?"
Rasulullah s.a.w bersabda;
"cintakan dunia dan takutkan kematian"
berdasarkan hadis ini umat islam yang lemah itu adalah kita, umat akhir zaman. tanpa disedari, umat Islam telah dipergunakan oleh musuh-musuh Islam yang meyebarkan ajaran mereka. kerana kejahilan dan cintakan dunia umat Islam kian lalai dan asyik dengan mimpi-mimpi dan janji-jani mereka yang berhasrat menghancurkan Islam. apa yang lebih menyedihkan dan mengundang kemarahan apabila ilmuan Islam telah ditolak dan musuh-musuh Islam tetap terbela, dibela oleh umat Islam sendiri!
sabda Rasulullah s.a.w ini memang jelas, terang lagi bersuluh. kekuatan umat Islam sekarang sangat lemah jika dibandingkan dengan musuh-musuh Islam. lihatlah di Malaysia ini, berapa ramai yang menjadi mat rempit, merokok, menyalah gunakan dadah, pengkhianat negara dsb. sedangkan peratus umat Islam di negara ini adalah paling tinggi. betapa lemah dan nipisnya iman serta ilmu kita sehingga tidak mampu menepis godaan musuh Islam & syaitan laknatullah.
adakah mereka ini yang akan membela Deen Allah s.w.t?
Ya, umat Islam akhir zaman sekadar buih di lautan, begitu banyak terapung-apung di permukaan lautan, tetapi
hancur bila disentuh.
ayuh la kita bangkit wahai saudara-saudaraku!
sesungguhnya bukti-bukti akhir zaman telah jelas diperlihatkan kepada kita, sampai bila kita akan terus leka & lalai dalam permainan musuh-musuh Islam? sampai bila?? ingatlah! jikalau bukan kita (umat Islam) mempertahankan Islam, siapa lagi??
Allah s.w.t telah berfirman;
“Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia.”
(ar-Ra'd: 11)
justeru itu, saya menyeru kepada diri sendiri dan saudara-saudara seislam, marilah kita mengubah kedaan ini. siapa lagi yang akan mempertahankan Islam kalau bukan kita sebagai orang Islam. bangkitlah dari lena yang melaghokan!!
wallahua'lam.. segala yang baik itu datangnya dari Allah & segala yg buruk itu adalah dari kelemahan diri saya sendiri..
No comments:
Post a Comment