Ya Allah, Ya Rabbi! Selamatkan diriku, ahli keluargaku, keturunanku, sahabat2ku di mana sahaja dari menjadi banduan di penjara hawa dan dirantai oleh syahwah.
Ya Allah,Ya Rabbi! putuskan rantai ini dan merdekakanlah kami kerana tidak ada yang lebih membinasakan diri kami selepas syirik selain dari terpenjara dan terantai oleh hawa dan syahwah.
Amru Khaled telah menulis tentang bila kita sepatutnya merasa hina. Antaranya:
1. ketika kita menyerah kepada syaitan. Syaitan telah berjanji untuk menyesatkan kita dan mengheretkan ke dalam kehidupan yang hina dina. Bila kita menyambut ajakan dan pujukannya maka kitapun melenyapkan kemuliaan diri kita dan melemparkan diri kita kepada kehinaan.
2. ketika kita mengikut hawa nafsu. Ini berlaku apabila hawa nafsu menguasai dan menghiasi watak kita dalam seluruh urusan kehidupan. Hawa nafsu akan memimpin kita dalam urusan kita dengan manusia mahupun harta.
Ibnu Taimiyyah telah berkata:
“Orang yang ditawan adalah orang yang membentengi hatinya dari Rabbnya. Orang yang dipenjara adalah orang yang hawa nafsunya memenjarakan dirinya. Maka dia menjadi hina kerana dia dipenjara dan ditawan (oleh hawa nafsunya)”
moga2 Allah pelihara kita semua dari terperangkap di dalam penjara hawa nafsu..
No comments:
Post a Comment