TUNDUKKAN PANDANGANMU : ELAKKAN BERLAKUNYA
FITNAH
BAB: Duduk Di Halaman
Rumah dan Jalan-jalan
وَقَالَتْ
عَائِشَةُ فَابْتَنَى أَبُو بَكْرٍ مَسْجِدًا بِفِنَاءِ دَارِهِ، يُصَلِّي فِيهِ، وَيَقْرَأُ
الْقُرْآنَ فَيَتَقَصَّفُ عَلَيْهِ نِسَاءُ الْمُشْرِكِينَ وَأَبْنَاؤُهُمْ، يَعْجَبُونَ
مِنْهُ، وَالنَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَئِذٍ بِمَكَّةَ
Maksudnya:
“ cAisyah
berkata, “Abu Bakar membina masjid di perkarangan rumahnya. Beliau solat dan
membaca Al-Qur’an di perkarangan rumahnya itu. Maka wanita-wanita kaum
musyrikin dan anak-anak mereka datang mengerumuni beliau kerana takjub terhadap
perbuatan beliau. Adapun ketika itu Baginda SAW berada di Mekah.”
حَدَّثَنَا مُعَاذُ بْنُ فَضَالَةَ، حَدَّثَنَا أَبُو عُمَرَ، حَفْصُ بْنُ مَيْسَرَةَ
عَنْ زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ، عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ، عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ
ـ رضى الله عنه ـ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ " إِيَّاكُمْ وَالْجُلُوسَ
عَلَى الطُّرُقَاتِ ". فَقَالُوا مَا لَنَا بُدٌّ، إِنَّمَا هِيَ مَجَالِسُنَا
نَتَحَدَّثُ فِيهَا. قَالَ " فَإِذَا أَبَيْتُمْ إِلاَّ الْمَجَالِسَ فَأَعْطُوا
الطَّرِيقَ حَقَّهَا " قَالُوا وَمَا حَقُّ الطَّرِيقِ قَالَ " غَضُّ الْبَصَرِ،
وَكَفُّ الأَذَى، وَرَدُّ السَّلاَمِ، وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ، وَنَهْىٌ عَنِ الْمُنْكَرِ ".
Maksudnya
:
Dari
Abu Sacid Al Khudri r.a, dari Nabi SAW bersabda: "Janganlah
kalian duduk-duduk di pinggir jalan ". Mereka berkata: "Itu kebiasaan
kami yang sudah biasa kami lakukan kerana itu menjadi majlis tempat kami
berbincang-bincang". Baginda bersabda: "Jika kalian tidak mahu meninggalkan
majlis seperti itu maka tunaikanlah hak jalan tersebut". Mereka bertanya:
"Apa hak jalan itu?" Baginda menjawab: "Menundukkan pandangan,
tidak melakukan gangguan, menjawab salam dan amar makruf nahi mungkar". (H.R.
al-Bukhari)
(Kitab
Perbuatan Aniaya, Bab Duduk Di Halaman Rumah Dan Jalan-Jalan, 2465, Sahih).
Keterangan
Hadith:
Dalam
hadith ini dapat difahami bahawa larangan yang diberikan oleh Rasulullah SAW
adalah bersifat tanzih (menjauhi perkara yang dibenci atau tidak baik), agar
orang yang duduk tidak merasa risau untuk menunaikan kewajipannya. Adapun
perintah untuk menundukkan pandangan adalah isyarat untuk menghindari fitnah
iaitu godaan yang ditimbulkan oleh orang yang melalui jalan tersebut seperti
wanita. Sedangkan perintah untuk tidak melakukan gangguan adalah sebagai
isyarat untuk menjauhkan diri dari perbuatan menghina dan membicarakan
keburukan orang lain. Lalu perintah menjawab salam adalah isyarat untuk
menghormati orang yang melalui jalan tersebut. Sementara amar makruf nahi
mungkar adalah isyarat untuk menerapkan semua yang disyariatkan dan
meninggalkan semua yang tidak disyariatkan.
Pengajaran
Hadith:
- Menundukkan pandangan terutamanya terhadap wanita agar tidak menimbulkan fitnah.
- Menjaga pandangan agar tidak menghina dan membicarakan keburukan orang lain.
- Memberi dan menjawab salam sebagai cara menghormati orang lain.
- Melakukan amar makruf dan mengelakkan nahi mungkar.
No comments:
Post a Comment