PERANG SAUDARA DI
ANTARA UMAT ISLAM
وَحَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ رَافِعٍ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ، حَدَّثَنَا مَعْمَرٌ، عَنْ هَمَّامِ بْنِ مُنَبِّهٍ، قَالَ هَذَا مَا حَدَّثَنَا أَبُو هُرَيْرَةَ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَذَكَرَ أَحَادِيثَ مِنْهَا وَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم " لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَقْتَتِلَ فِئَتَانِ عَظِيمَتَانِ وَتَكُونُ بَيْنَهُمَا مَقْتَلَةٌ عَظِيمَةٌ وَدَعْوَاهُمَا وَاحِدَةٌ " .
(كتاب الفتن وأشراط الساعة, باب إِذَا تَوَاجَهَ الْمُسْلِمَانِ بِسَيْفَيْهِمَا, ١٥٧,صحيح مسلم )
Maksudnya:
“Kiamat tidak akan terjadi sampai dua kelompok besar saling berperang, padahal di hadapan mereka terbentang pertempuran yang sengit, dan dakwah mereka pun sama.”
“Kiamat tidak akan terjadi sampai dua kelompok besar saling berperang, padahal di hadapan mereka terbentang pertempuran yang sengit, dan dakwah mereka pun sama.”
KETERANGAN HADITH:
1. An-Nawawi menjelaskan hadith ini merupakan bukti kemukjizatan Rasulullah SAW dalam hadith yang disampaikan Baginda kerana perkara tersebut benar-benar berlaku selepas kewafatan Baginda.
2. Ibnu Hajar mengatakan yang dimaksudkan dua kelompok besar tersebut ialah kelompok Ali dan kelompok Muawiyah. Maksud dakwah menurut pendapat yang rajih ialah Islam (sama-sama Islam). Namun ada yang mengatakan mereka berpegang dengan pendapat mereka iaitu berkeyakinan bahawa kelompok mereka yang betul.
3. Dua kelompok yang dimaksudkan dalam hadith ialah kelompok Ali dan kelompok Aisyah yang didukung oleh Az-Zubair dan Talhah yang terlibat dalam konflik bersaudara dalam Perang Unta. Sedangkan pertempuran dahsyat yang berlaku di hadapan mereka adalah Perang Siffin.
PENGAJARAN HADITH:
1. Umat Islam haruslah berpegang dengan ajaran al-Quran dan Al-Sunnah yang betul untuk mengelakkan berlakunya perpecahan sesama umat Islam.
2. Umat Islam haruslah bersatu agar Islam bertambah kuat dan musuh Islam berasa gerun untuk menentang kita.
RUJUKAN
Imam al-Hafiz Abi Husain Muslim bin al-Hajjaj. Sahih Muslim. Baitul Afqar Dauliyyah:
Riyadh.
Kitab 52. Bab 4. No. Hadith 157. Halaman: 1157.
Yusof al-hajj Ahmad, ensiklopedia Kemukjizatan Sains Dalam Al-Quran Dan Sunnah,2009, Al-Hidayah Publication ,Kuala Lumpur, hlmn 61.
No comments:
Post a Comment