FITNAH YANG MENGENAI SEMUA RUMAH
حدثنا
الحميدي حدثنا الوليد بن مسلم حدثنا عبد الله بن العلاء بن زبر قال: سمعت بسر بن
عبيد الله أنه سمع أبا إدريس قال: سمعت عوف بن مالك قال: أتيت النبي صلى الله عليه
وسلم في غزوة تبوك- وهو في قبة من أدم- فقال: اعدد ستا يدي الساعة: موتي ، ثم فتح
بيت المقدس، ثم موتان بأخذ فيكم كقعاص الغنم، ثم استفاضة المال حتى يعطى الرجل
مائة دينار فيظل ساخطا، ثم فتنة لا يبقى بيت من العرب إلا دخلته، ثم هدنة تكون
بينكم وبين بني الأصفر فيغدرون، فيأتونكم
تحت ثمانين غاية تحت كل غاية اثنا عشر ألفا.
)البخاري،
كتاب الجزية، باب ما يحذر من الغدر، رقم (2940
Maksudnya:
Daripada Bukhari dengan sanad daripada Auf bin Malik berkata: Aku berjumpa Nabi s.a.w dalam perang Tabuk dan Rasul s.a.w berada di dalam khemah daripada kulit binatang. Nabi s.a.w bersabda: kiralah enam perkara sebelum kiamat.
1. Kematianku
2. Pembukaan Bait al-Maqdis
3. Kematian yang besar yang akan mengambil
kamu sama seperti penyakit ulat pada kambing ( iaitu taun yang berlaku kepada
penduduk Syam)
4. Harta melimpah sehingga lelaki diberi
seratus dinar namun dia tetap marah
5. Fitnah yang akan kena semua rumah orang
Arab
6.Perdamaian antara kamu dengan orang-orang
Rom lalu mereka akan memungkiri janji dan mereka akan datang dengan 80 bendera
dan setiap satu bendera ada 12 ribu bala tentera.
KETERANGAN HADITH:
ستا (Enam). Maksudnya, enam tanda-tanda akan terjadinya Kiamat,
atau tampak tanda-tanda yang mendekati terjadinya Kiamat.
ثم موتان (Kemudian kematian). Al-Qazzaz berkata, “ Kata ‘mutaan’ bermakna kematian”. Sementara ulama lain selain daripadanya berkata, “Maknanya adalah kematian yang sangat banyak”. Dalam riwayat Ibnu as-Sakan disebutkan “mautataan” (dua kematian), iaitu dalam bentuk tatsniyah (ganda). Dengan demikian, harus dibaca fathah pada huruf pertama.
كعقاص الغنم (sama seperti penyakit kambing). Uqash adalah penyakit yang menimpa haiwan ternakan di mana air keluar dari hidungnya dan mengakibatkan kematian mendadak. Abu Ubaid berkata, “dari sini diambil kata iq’ash, iaitu kematian”. Inbu Faris berkata, “Uqash adalah penyakit yang menimpa di bahagian dada seakan-akan mematahkan leher”. Dikatakan bahawa tanda kiamat ini telah nampak saat menyebar wabak ta’un anwas di masa pemerintahan umar, dan hal itu terjadi setelah pembebasan Baitul maqdis.
ثم استفاضة المال(kemudian harta melimpah). Tanda kiamat ini nampak pada masa pemerintahan Uthman bin Affan ketika terjadi pembebasan secara besar-besaran, dan fitnah yang disenyalir dimulai dengan terbunuhnya Uthman. Setelah itu bencana dan fitnah terjadi. Sedangkan tanda Kiamat keenam yang disebutkan pada hadith ini belum pernah berlaku.
هدنة(perdamaian). Maksudnya, mengikat perjanjian untuk tidak melakukan peperangan setelah terjadi gerakan peperangan. Adapun yang dimaksudkan dengan bani Ashfar adalah bangsa Romawi.
غاية (Ghaayah). Iaitu, panji. Panji dinamakan ghaayah (tujuan), kerana ia adalah sesuatu yang diikuti, jika berhenti maka pasukan pun akan berhenti.
RUJUKAN
(Ibnu
Hajar al-Asqalani. 20009. Fathul Baari Penjelasan Kitab Sahih al-Bukhari.
Penterjemah: Amiruddin. Cet. 3. Jil. 16. Hlm 870-875.)
No comments:
Post a Comment