Pages

السلام عليكم

Friday, May 2, 2014

MENGHINDARI DIRI DARI FITNAH MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN



حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ، أَخْبَرَنَا مَالِكٌ، عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي صَعْصَعَةَ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ ـ رضى الله عنه ـ أَنَّهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم " يُوشِكُ أَنْ يَكُونَ خَيْرَ مَالِ الْمُسْلِمِ غَنَمٌ، يَتْبَعُ بِهَا شَعَفَ الْجِبَالِ وَمَوَاقِعَ الْقَطْرِ، يَفِرُّ بِدِينِهِ مِنَ الْفِتَنِ ".

Maksudnya:
Abdullah bin Yusuf telah menceritakan kepada kami, malik telah mengkhabarkan kepadaku, daripada Abdul Rahman bin Abdullah bin Abi Sha’sha’ah, daripada bapanya, daripada Abu Sa’id al-Khudhri RA berkata kepada seseorang:“Aku lihat kamu suka menjaga kambing dan memeliharanya. Jagalah ia dan jagalah makanannya dengan baik. Sesungguhnya aku mendengar Rasululullah s.a.w. bersabda: “Akan datang kepada manusia satu masa yang mana kambing menjadi harta terbaik bagi orang muslim. Dia akan mendaki dan menyusuri tebing-tebing bukit membawa kambing-kambingnya itu semata-mata untuk melarikan dirinya daripada fitnah.”


KETERANGAN HADITH:

Hadis ini merupakan dalil bagi orang yang mengasingkan diri kerana risau akan keselamatan agamanya. Para ulama salaf berbeza pendapat mengenai hukum asal uzlah (mengasingkan diri). Menurut jumhur, berinteraksi sesama manusia adalah lebih utama kerana mendatangkan faedah-feadah agama seperti melaksanakan syiar Islam, memperbanyakkan jumlah kaum muslimin dan memberi pelbagai kebaikan kepada kaum muslimin seperti memberi bantuan dan lain-lain. Sebahagian lain berpendapat bahawa mengasingkan diri adalah lebih utama kerana lebih menjamin keselamatan dengan syarat mengetahui apa yang mesti dilakukan.

Imam al-Nawawi berpendapat bahawa seseorang itu perlu berinteraksi dengan manusia lain yakni tidak mengasingkan diri daripada ketika fitnah berlaku sekiranya dia yakin tidak akan terjerumus ke dalam kancah fitnah tersebut. Namun, jika dia tidak mempunyai keyakinan menghadapinya, maka mengasingkan diri adalah lebih utama.


PENGAJARAN HADITH:

1. Menjauhkan diri yakni mengasingkan diri daripada fitnah digalakkan jika ianya membawa kemaslahatan. 
2. Berjemaah hendaklah atas kebenaran iaitu umat Islam bersatu atas kebenaran yang berasal daripada al-Quran dan al-Sunnah yang sahih. Tidak boleh bersatu di atas sesuatu yang batil atu terkeluar daripada batas-batas Islam.



Ibnu Hajar al-Asqalani, 2009, Fathul Baari Penjelasan Kitab Shahih Al-Bukhari. Penterjemah: Amiruddin. Cetakan Pertama. Jilid 35. Jakarta: Pustaka Azzam. Kitab al-Fitan. Bab 14. Halaman 133-142.

No comments: