Pages

السلام عليكم

Showing posts with label pengalaman. Show all posts
Showing posts with label pengalaman. Show all posts

Thursday, March 17, 2011

Mutiara Hadith tentang DEMAM



Hari ini baru ku tahu ada hadith yang menyatakan cara mengubati demam. Walaupun telah mengetahui cara perubatan ini tapi tidak mengetahui ia terkandung dalam hadith. Ia masih diamalkan oleh sesetengah orang pada zaman ini walhal terdapat pelbagai perubatan canggih pada zaman serba teknologi.


  حَدَّثَنَا مَالِكُ بْنُ إِسْمَاعِيلَ حَدَّثَنَا زُهَيْرٌ حَدَّثَنَا هِشَامٌ عَنْ عُرْوَةَ عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا

عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْحُمَّى مِنْ فَيْحِ جَهَنَّمَ فَأَبْرِدُوهَا بِالْمَاءِ


yang bermaksud:
Malik bin Isma’il menceritakan kepada kami, (ia berkata) Zuhair menceritakan kepada kami, (ia berkata) Hisyam menceritakan kepada kami (yang diterima) daripada Urwah (yang berasal) dari ‘Aisyah r.a. (yang diterima) dari Nabi s.a.w. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Demam panas adalah dari serpihan api neraka Jahannam, maka dinginkanlah dengan air.”                                                                      
(sahih al-Bukhari, no. 3023) 


Secara perubatan,  demam atau panas dalam disebabkan oleh adanya bakteria, atau virus  pada bahagian tubuh. Ia berkaitan dengan  keadaan tubuh seseorang sehingga ada perbezaan suhu di luar dan di dalam tubuh manusia. Perubahan cuaca juga sangat mempengaruhi kesihatan, seperti perubahan musim kemarau ke musim hujan atau dari musim hujan ke musim kemarau. 

Dalam dunia  perubatan, salah satu cara untuk mengurangi rasa panas badan adalah dengan meletakkan air @ ais di bahagian dahi @ kepala. Sehingga suhu tubuh yang belebihan boleh berkurang dan kembali pada keadaan yang normal.

Nabi s.a.w. menyampaikan hadis tersebut bertujuan untuk memberi peringatan kepada orang yang sedang demam agar mengambil pelajaran dari sakit yang dialaminya. Orang yang demam akan merasakan panas seluruh tubuhnya sehingga dengan demam tadi manusia ingat bahawa kelak akan ada yang lebih panas yang melebihi panas yang di rasakan pada waktu demamnya. Ia memberi peringatan kepada manusia agar selalu ingat kepada Allah s.w.t.

Hadith ini juga bertujuan untuk memberi info tentang sumber panas, bukan penyebab panas. 
- Dr. Nizar Ali, Hadis Versus Sains, Memahami Hadis-Hadis Musykil, hlm. 21 

Selain itu, hadith ini memberitahu tentang perubatan pada zaman Rasulullah s.a.w. dalam menghilangkan demam.  Rasulullah s.a.w. menganjurkan untuk menggunakan air. Hal ini menunjukkan cara perubatan begini masih relevan dengan zaman masa kini. Walaupun pada masa sekarang orang ramai mengambil ubat untuk mengubatinya. Tetapi jika di lihat dari aspek impaknya terhadap kesihatan tubuh, maka perubatan seperti yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. ini tidak mengandungi kesan sampingan yang mengakibatkan timbulnya penyakit baru, yang datangnya dari ubat yang mengandungi bahan kimia.

Hadith lain berkaitan dengan deman atau penyakit, antaranya ialah;

“Sakit demam itu menjauhkan setiap orang mukmin dari api neraka”. 
(HR. Al-Bazzar, dishohihkan Syeikh Albani dalam kitab Silsilah al Hadiits ash Shohihah no. 1821).

“Janganlah kamu mencaci-maki penyakit demam, kerana sesungguhnya (dengan penyakit itu) Allah akan menghapuskan dosa-dosa anak Adam sebagaimana tungku api menghilangkan kotoran-kotoran besi”. 
(HR. Muslim no. 2575).

“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”.
(HR. Bukhari no. 5660 dan Muslim no. 2571).

“Tidaklah seseorang muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, kegundah-gulanan hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan sebagian dari kesalahan-kesalahannya”. 
(HR. Bukhari no. 5641).

“Tidaklah menimpa seorang mukmin rasa sakit yang terus menerus, kepayahan, penyakit, dan juga kesedihan, bahkan sampai kesusahan yang menyusahkannya, melainkan akan dihapuskan dengan dosa-dosanya”. 
(HR. Muslim no. 2573).

“Tidaklah seorang muslim tertusuk duri atau yang lebih dari itu, melainkan ditetapkan baginya dengan sebab itu satu derajat dan dihapuskan pula satu kesalahan darinya”. 
(HR. Muslim no. 2572).


Walaupun demikan, seorang mukmin mestilah berikhtiar untuk mengubatinya. Ini adalah kerana Rasulullah s.a.w. bersabda: 
“Allah tidak menurunkan penyakit melainkan pasti menurunkan ubatnya”.
 (HR. Bukhari no. 5678).



Tapi haruslah di teliti cara perubatan @ ikhtiar yng digunakan dan janganlah sesekali menggunakan sesuatu yang haram atau bertentangan dengan apa yang telah ditetapkan dalam Islam.
 


Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya Allah menciptakan penyakit dan ubatnya, maka berubatlah dan janganlah berubat dengan yang haram”. 
(HR. Ad Daulabi dalam al-Kuna, dihasankan oleh Syeikh Albani dalam kitab Silsilah al Hadith ash- Shohihah no. 1633).

“Sesungguhnya Allah tidak menjadikan kesembuhan kalian pada apa-apa yang haram”.
(HR. Abu Ya’la dan Ibnu Hibban no. 1397. Dihasankan oleh Syeikh Albani dalam kitab Mawaaridizh Zham-aan no. 1172).

Disebalik derita atau sakit pasti terdapat hikmah disebaliknya. Antaranya ia dapat menyedarkan manusia yang sedang lalai dengan nikmat sihat yang diperolehinya yang mungkin jarang sekali disyukuri nikmat yang diperolehinya itu. Ini  kerana jika Allah menguji seseorang hambaNya barulah ia merasa dirinya kerdil, lemah, serba kekurangan, hina dan teringat akan dosa-dosa yang telah dilakukannya sehinggalah ia kembali kepada Allah S.W.T. dan memohon ampunan dariNya. 

Sesungguhnya, sakit atau musibah merupakan pintu kesedaran seorang hamba bahawa ia memerlukan  Allah S.W.T. Tidak sedetik pun ia tidak memerlukanNya dan perlu selalu bergantung kepadaNya. Marilah sama-sama istighfar di atas apa yang telah dilakukan sepanjang nyawa dikandung badan. Moga-moga setiap amalan yang kita dilakukan diterima olah Allah S.W.T. 

Sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala yang mengasihani..

wallahua'lam... 


Sunday, December 5, 2010

MeMoRi iTu...




Aku sangat menyayangi jalan memori

Sebuah kerinduan yang membugar hati
Walau mahu ditukar ganti
Tetap saja aku tidak mahu peduli

Namun aku tidak akan menoleh kembali
Pada jalan yang ditinggal pergi
Ada hitam kelam dan putih suci
Tanda dan bukti aku cuma manusiawi

Aku membungkus segala kenangan silam
Dan jalan memori semalam
Lantas dipatri dalam lubuk hati terdalam
Ia menyerak dalam sukma terpendam

Segala jalan-jalan perjuangan yang kulalui
Akan aku kenangi dengan sesungguhnya pasti
Sebuah jalan yang memberikan makna dan tafsiran indah murni
Pada sebuah kehidupan duniawi

Aku menyisih segalanya teliti
Dan mengemaskan perasaan sendiri
Di dalamnya ada cinta dan restu Ilahi
Buat diguna di hadapan nanti

Lalu aku mengucapkan selamat jalan
Pada jalan memori semalam
Membungkusnya dalam kotak dimensi
Lantas berinjak pergi
Menuju perjuangan jalan abadi

Friday, November 26, 2010

~iNsOmNiA?? > Try to do this~



Diriwayatkan oleh Al-Tabrani dan Ibn Al-Sunni, daripada Hajjaj bin Imran Al-Sadusiy, daripada Amru bin Al-Husain, daripada Muhammad bin Abdillah, daripada Thaur bin Yazaid, daripada Khalid bin Ma’dan, daripada Abdul Malik bin Marwan bahawa bapanya pernah mengatakan bahawa Zaid bin Thabit pernah mengadu kepada Nabi s.a.w tentang penyakit tidak boleh tidur malam yang menimpanya. Lalu Baginda s.a.w. mengajarnya doa ini:

اللَّهُمَّ غاَرَتِ النُّجُومُ، وَهَدَأَتِ العُيُونُ، وَأَنتَ حَيٌ قَيُّومٌ، ياَ حَيُّ،

ياَ قَيّومُ، أَنِم عَينَيَّ وَأَهدِئ لَيلِي

Maksudnya: ya Allah, telah malap bintang2, dan telah tenang mata-mata manusia, dan Engkau Maha Berkuasa, wahai yang Maha Berkuasa, lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini. 
(Riwayat Al-Tabrani dan Ibn Sunni, no.749 tahqiq Ahmad Tahir)

Menurut hadis riwayat Ibn Sunni, Zaid bin Thabit r.a. yang mengalami masalah sukar tidur (insomnia) akhirnya dapat tidur dengan nyenyaknya berkat doa yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. ini.

Doa ini juga boleh dibaca pada pesakit dan air. Caranya ialah meletakkan tangan kanan pada dahi pesakit semasa membaca doa, lalu tiup kedua2 belah matanya. Air yang dibacakan doa ini boleh diminum dan mandi. 
(Buku karangan Prof. Dr. Haron Din, doa dan rawatan pesakit)

Menurut Tiki Kustenmacher, terdapat beberapa petua untuk mudah tidur:
1.      1. Berfikiran positif terhadap tidur itu sendiri. Kajian menunjukkan mereka yang tidur pada waktu tengahari dapat mengurangkan kebarangkalian ditimpa sakit jantung sebanyak 30%.

2.         2. Biasakan tidur mengikut jadual.

3.         3.Tidurlah dalam suasana yang tenang dengan kadar kegelapan yang sesuai, suhu yang selesa, supaya tidak terlalu panas.
4    Tidur yang berkualiti lebih baik daripada tidur yang panjang tetapi tidak menghilangkan rasa penat.

5.        4. Dengar kepada sesuatu hingga anda rasa penat.                                                                                          
(    cadangan agar mendengar bacaan Al-Quran pada stereo automatic yang akan terhenti mengikut waktu yang ditetapkan)

6.     5.  Makan makanan yang tinggi karbohidrat agar dapat tidur yang lebih berkualiti. Kurangkan minum air yang boleh mengganggu keselesaan tidur.

7.      6. Bangun tidur dengan beransur2, tarik dan hembus nafas. 
    (mengikut kajian Dr. Fadzillah Kamsah, tarik nafas dengan angka 14, tahan dengan bilangan 14 juga dan kemudian hembus dengan kadar 14 untuk mendapat tubuh yang bertenaga)


*Moga Allah permudahkan segala usaha yang dilakukan and everything back to Robb..

Thursday, December 3, 2009

PenGaLamaN BanJiR LaGi..



banjir lg.., cume tempat je berlainan..
kali ni kt KTD plk..  mcm xpercaye je KTD banjir..
pg td.., on the way g kolej tgok sekeliling penuh dgn air..
bile sampai kt kolej, punyela terkejut tengok air.. dah la xbwk payung.. ish3x.. hujan lebat lg mase tu.. x dapat x, redah je la.. hmm.. ingatkn cetek je air.. rupe2nye.. bleh thn jgk la dlmnye.. hbis selipar murah masuk air.. ish3x.. nk buat mcm mane lg..

ni plk mase nk g kafe..
sampai kat kafe pn terkejut jgk.. sbb tengok krusi teratur molek jer.. tengok air plk.., hmm..., bleh tahan.. patut la ade kerusi.. mse pg kafe.., xnaik titi pn ats krusi2 tu.. malu.. hehe.. yela.., kene panjat.. jln la kat bawah harung air.. mase balik kafe plk.. tengok siswa xde.. pnjat la jgk krusi tu ngn kawan2 tuk ke seberang.. nasib baik pakai jubah seluar.. hehe.. mase meniti ats kerusi2 tu.. takut la jgk.. bkn main hati2 lg.. isaw.. maklumla.. kerusi2 uzur.. xde jaminan.. silap2.., nk elak basah jd basah jatuh dlm air dek krn krusi patah.. alhamdulillah, x.. =) 

ni plk, mase de keje ckit ngn cik zierwa..
nk g kt pndok pk gad..
hmm.. hujan lebat lg mase tu.. punyela shock.. tgok air kat depan.. nk xnk.. kene harung jgk.. mula2 ok lg.. mkin lama mkin dalam.., air mencecah lutut.. grrrr... sejuk...mmg sejuk.. kene harung air.. hmm.. tp pg sia2 sbb xdpt apa yg nk.. =(  habis dh basah baju bhgn bwh.. sejuk.. lpas tu, masuk kelas beraircond plk.. mmg sejuk.. siap pinjam sweater 1 lg.. ish3x.. nasib baik la baju tu kering walaupun agk lmbt..
kaki plk mmg dh lame duk dlm srung kaki basah.. dr pg sampai ptg..
sampai asrama, tgok kaki.., oh.. tidak.. xkenal dh kaki sape.. hehe.. mak oi.., punyela pucat.., sampai biru kaki ni.. dah la gatal habis kaki.. al maklum je la.. air kotor..  lepas mandi baru la.., ok.. hehe..

 p/s:  - jgn malas mandi.. =)
        - jgn main air banjir
        - pilih pakaian yg sesuai time2 hujan ni..
        - sume yg terjadi.., ade hikmahnye.. insyaAllah..
        - sediakan payung musim2 hujan ni..

Tuesday, November 24, 2009

banjir..


salam..
ni nk cter pgalman bnjir.. bukan kat umah pn, tp umah mk sedare..  umh mk sedare tu kat taman pusu 3, gong badak. mase pegi ari tu, ptg dh.. ujan bru brenti.. sampai2 je.., terus hujan lebat xbrenti2.. air masa tu kat paras betis dh.. tmbh2 dgn ujan x brenti2 air naik mkin laju..brg2 sume kene pindahkan serta merta. da la byk jgk.. brg2 satu rumah.. mmgla byk.. kebetulan fmily sy jer yg ade kat ctu, tlgla angkat2 brg ni..

disebabkan air bersambung ngn longkang, jd xnmpk longkang.. n sy nyaris2 nk terjatuh dlm longkang.. fuuh... nasib baik la xjtuh.. lau x, ntah pe jd..

hmm, skrg ni fmly mk sedare tu tggl kat umh sy buat sementara wktu.. mmg best duk ramai2.. tp tetap ade ujian..huhu..

tgok brite td, ade tunjuk umh mk sedare tu.. nmpknye air mkin naik.. td pn.., sepupu pg tgok umh die..
air dah paras dada.. n polis kawal tempat tu.. sumenye ujian dr Allah..




macam2 perasaan ade skrg.. sahabat, doakanlah sahabatmu ini kuat..

Tuesday, November 10, 2009

tertarik


ana muslim, senyum itu sedekah


ari tu ade ikut prog perbandingan agama yg disampaikan oleh bro. Shah Kirit. bro ni de cerita mcm mane die bleh masuk Islam, cerita die tu agk menarik dan cara penyampaian die tu bg sy sgt menarik. kalu tengok muka die, x lekang dr senyuman.. brdasarkan cter die tu, rase bersyukur sgt sbb dilahirkan dlm Islam. tp sedih gk, kdg2 yg mmg da Islam xmghargai pe yg die ade. kalu tengok org yg bru masuk islam, pengetahuan die lbh tggi dr org yg da lame Islam.. lg tertarik bile dgr die bleh sebut surah dan ayt ttg pe2 je..
tp agk shock gk bile die dgr, kalu die meninggal bukan dlm Islam, die akn tuntut hak die ke atas sume org Islam.. takut rase..
lps abis prog tu, sy de gk tengok video2 bro. shah ni.. rase tertarik sgt dgn cara dakwah bro. ni.. dan pe yg die sampaikan cepat sgt masuk dlm kepala ni.. wallahua'lam..
harap sgt dpt ikut prog bro. shah ni lg pas ni.. insyaAllah..


                                                 
                                     


                                                      ISLAM ITU INDAH