Pages

السلام عليكم

Saturday, May 3, 2014

SABDA NABI S.A.W

SABDA NABI S.A.W “SUNGGUH KAMU AKAN MELIHAT SESUDAHKU BANYAK PERKARA-PERKARA YANG KAMU INGKARI”

حَدَّثَنَا أَبُو النُّعْمَانِ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ عَنْ الْجَعْدِ أَبِي عُثْمَانَ حَدَّثَنِي أَبُو رَجَاءٍ الْعُطَارِدِيُّ قَالَ سَمِعْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ رَأَى مِنْ أَمِيرِهِ شَيْئًا يَكْرَهُهُ فَلْيَصْبِرْ عَلَيْهِ فَإِنَّهُ مَنْ فَارَقَ الْجَمَاعَةَ شِبْرًا فَمَاتَ إِلَّا مَاتَ مِيتَةً جَاهِلِيَّةً

Maksudnya:
Abu Nu’man telah menceritakan kepada kami, Hammad bin Zaid telah mencertikan kepada kami daripada Alja’ bin Abi Uyhman, Abu Raja’ al-‘Uthardi telah menceritakan kepada ku , dia berkata, aku mendengar Ibn Abbas daripada Nabi SAW bersabda: Diriwayatkan dari Abdullah bin Abbas ra bahawa Nabi Saw pernah bersabda: "Sesiapa yang melihat sesuatu daripada pemimpinnya yang tidak disukainya, hendaklah dia bersabar, kerana orang yang memisahkan diri dengan pemimpinnya meskipun sejengkal, maka dia akan mati dalam jahiliyah".


KETERANGAN HADITH:

Ketaatan kepada pemimpin adalah salah satu kewajipan dalam agama, bahkan agama tidak akan tegak tanpanya. Hal ini kerana suatu kemaslahatan umat tidak akan dicapai melainkan umat masyarakat tersebut bersatu di bawah satu jemaah dan satu kepimpinan yang adil dan saksama.

Imam Bukhari berkata: “Aku telah berjumpa dengan 1000 lebih para ulama di Hijjaz, Mekah, Madinah, Kufah, Bashraah, Wasith, Baghdad, Syam dan Mesir. Aku berjumpa dengan mereka berulang-ulang kali dari satu generasi ke generasi lain. Aku tidak pernah melihat seorangpun daripada mereka yang berbeza pendapat dalam sesuatu masalah.” Berdasarkan sabda Nabi SAW: “ Ada 3 perkara di mana hati seseorang muslim tidak akan dengki terhadapnya iaitu mengikhlaskan amalan kerana Allah, mentaati peerintah dan komitmen dengan al-jamaah kerana doa kepada pemerintah akan berkaitan juga dengan rakyatnya.” Selain itu, al-Imam Ibn Hajar al-Asqalani berkata: “ Para ulama telah bersepakat atas kewajipan taat kepada pemimpin yang menang (dalam merebut kekuasaan) dan wajib jihad bersamanya. Taat kepadanya lebih baik daripada membangkang kepadanya kerana hal tersebut akan mencegah pertumpahan darah dan menjamin kesejahteraan rakyat.”


PENGAJARAN HADITH:

1. Wajib ke atas kita untuk mentaati pemerintah yang melaksanakan syariat Islam sebenar-benarnya.


2. Elakkan diri daripada terjerumus ke dalam kancah perpecahan dan perselisihan.

Ibnu Hajar al-Asqalani, 2009, Fathul Baari Penjelasan Kitab Shahih Al-Bukhari . Penterjemah : Amiruddin. Cetakan Pertama. Jilid 35. Jakarta : Pustaka Azzam. Kitab al-Fitan. Bab 2. Halaman 9-23.

No comments: