حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ، حَدَّثَنِي مَالِكٌ، عَنْ أَبِي الزِّنَادِ، عَنِ الأَعْرَجِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ " لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَمُرَّ الرَّجُلُ بِقَبْرِ الرَّجُلِ فَيَقُولُ يَا لَيْتَنِي مَكَانَهُ ".
(كتاب الفتن, باب لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُغْبَطَ أَهْلُ الْقُبُورِ, ٧١١٥, حديث صحيح)
Maksudnya:
Ismail telah menyampaikan kepada kami, Malik telah menyampaikan kepada kami, dari Abi Zinad, dari al-A’raj, dari Abu Hurairah daripada Nabi SAW berkata: “Tidak terjadi kiamat sehingga seorang lelaki lalu di kuburan lelaki lain kemudian dia berkata: “Aduhai, sekiranya akulah yang berada ditempatnya ini.”
KETERANGAN HADITH:
1. Manusia akan memilih untuk mati daripada hidup. Kenapa? Jawapannya kerana keadaan ketika itu yang serba kacau dan meresahkan. Masyarakat tidak tenteram kerana banyak kecurian, penculikan, penindasan, pembunuhan dan sebagainya.
2. Orang yang di timpa penyakit, ditindas, dihina dan sebagainya tentunya akan memilih untuk segera mati daripada hidupnya menderita.
3. Orang yang cemburu melihat mayat di dalam kubur kerana melihat dia tenang dan tidak menghadapi masalah lagi. Sebenarnya kubur itu Nampak sahaja tenang tetapi orang yang berada di dalamnya kemungkinan meronta-ronta menghadapi seksaan kubur.
4. Kesimpulannya, di akhir zaman ini banyak berlakunya fitnah sehingga orang yang melihat kubur akan bercita-cita seandainya dialah yang berada di dalamnya.
PENGAJARAN HADITH:
1. Terdapat tanda-tanda berlakunya kiamat sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam al-Quran dan Hadith, hanya manusia sahaja yang belum mengambil iktibar daripadanya.
2. Terus bersabar dan tetap berada di jalan Allah walaupun dalam keadaan senang mahupun susah.
3. Sentiasa meningkatkan tahap keimanan di dalam diri setiap umat Islam agar kita bersama-sama dapat terhindar daripada fitnah.
Ibnu Hajar al-Asqalani. Fathul Baari Bi Sharh Shahih al-Bukhari. Juzuk 13. Dar Ma’rifah : Beirut. Kitab 92. Bab 22. No. Hadith 7115. Halaman: 74- 76.
No comments:
Post a Comment