Pages

السلام عليكم

Friday, May 2, 2014

AL-HAUDH

AL-HAUDH

حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَبْدِاللَّهِ حَدَّثَنَا بِشْرُ بْنُ السَّرِيِّ حَدَّثَنَا نَافِعُ بْنُ عُمَرَ عَنِ ابْنِ أَبِي مُلَيْكَةَ قَالَ قَالَتْ أَسْمَاءُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَنَا عَلَى حَوْضِي أَنْتَظِرُ مَنْ يَرِدُ عَلَيَّ فَيُؤْخَذُ بِنَاسٍ مِنْ دُونِي فَأَقُولُ أُمَّتِي فَيُقَالُ لا تَدْرِي مَشَوْا عَلَى الْقَهْقَرَى قَالَ ابْنُ أَبِي مُلَيْكَةَ اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ أَنْ نَرْجِعَ عَلَى أَعْقَابِنَا أَوْ نُفْتَنَ



Maksudnya:

“Ali bin Abdullah telah menceritakan kepada kami, Bishr Bin al-Sari telah menceritakan kepada kami, Nafi’ Bin Umar telah menceritakan kepada kami, dari Ibn Abi Mulaikah, dia berkata, Asma’ berkata, daripada Nabi Muhammad SAW, baginda bersabda, “Aku berada di Haudh yakni telagaku menunggu orang-orang yang datang kepadaku, lalu diambil beberapa orang selain umatku, maka aku berkata, “Umatku.” Maka ada yang mengatakan, “Engkau tidak tahu mereka telah berjalan mundur ke belakang”.

KETERANGAN HADITH:


Secara etimologi, al-Haudh adalah tempat terkumpulnya air dalam jumlah yang banyak, yakni telaga. Adapun makna al-Haudh secara syar’i adalah sebuah telaga di Mahsyar, yang airnya bersumber dari sungai al-Kautsar yang dikurniakan kepada Nabi.


As-Syaikh Hafiz bin Ahmad al-Hakami berkata, “Sungguh, terdapat dalil tentang penyebutan al-Haudh, iaitu tafsiran al-Kautsar dengan makna al-Haudh, keberadaan dan sifat-sifatnya, dari sanad-sanad para sahabat dari Nabi, iaitu hadith-hadith yang masyhur dengan sanad-sanad yang banyak bahkan sampai taraf mutawatir. Ibn Hajar al-Asqalani juga mengatakan riwayat hadith ini dijumpai dalam kitab sahih al-Bukhari melainkan pada bab ini.

Keadaan orang-orang yang akan datang dan minum dari telaga Nabi SAW adalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya iaitu orang yang mengikuti syariat baginda. Adapun orang yang enggan dan sombong untuk mengikuti syariat yang dibawa oleh baginda, nescaya akan diusir dari telaga Nabi SAW.


PENGAJARAN HADITH:


1. Kita mesti berpegang teguh kepada kitab al-Quran dan sunnah Nabi SAW serta istiqamah dengannya, menjauhi semua amalan bidaah dan dosa-dosa besar agar mendapat syafaat Nabi SAW kelak.


2. Sesungguhnya wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.


RUJUKAN

Ibnu Hajar al-Asqalani, 2009, Fathul Baari Penjelasan Kitab Shahih Al-Bukhari. Penterjemah : Amiruddin. Cetakan Pertama. Jilid 35. Jakarta : Pustaka Azzam. Kitab al-Fitan. Bab 1. Halaman 4-8.

No comments: