حدثنا
أبو اليمان أخبرنا شعيب عن الزهري (ح) . وحدثنا إسماعيل حدثني أخي عن سليمان عن
محمد بن أبي عتيق عن ابن شهاب عن هند بنت الحارث الفراسية أن أم سلمة زوج النبي
صلى الله عليه وسلم قالت: استيقظ رسول الله صلى الله عليه وسلم ليلة فزعا
يقول ( سبحان الله ماذا أنزل الله من الخزائن وماذا أنزل من القتن من يوقظ صواحب
الحجرات – يريد أزواجه لكي يصلين- رب كاسية في الدنيا عارية في الأخرة ).
Maksudnya:
Daripada
Ibn Syihab daripada Hindun binti al-Harith bin al-Firasiyyah, sesungguhnya Ummu
Salamah isteri Nabi s.a.w berkata: Rasulullah telah bangun pada waktu malam
dengan mengejut dan bersabda: Apa yang Allah turunkan daripada harta-harta dan
apa yang Allah turunkan daripada fitnah? Siapakah yang boleh menolong untuk
mengejutkan puan-puan ( Isteri-isteri ) empunya bilik supaya mereka solat.
Boleh jadi orang yang memakai pakaian di dunia tidak akan berpakaian di akhirat.
(Al-Bukhari. Kitab Ilmu. Bab Ilmu Dan Nasihat
Di Malam Hari. No Hadith 6658)
KETERANGAN
HADITH:
Maksud
Imam Bukhari tentang bab mengajarkan ilmu di malam hari adalah menjelaskan
bahawa larangan bercengkerama setelah isyak’ adalah khusus dalam masalah yang
tidak ada unsur kebaikannya. سبحان الله ماذا. Kata istifham
(pertanyaan) dalam kalimah ini menggambarkan rasa takjub dan pengagungan. أنزل (Diturunkan).
Maksudnya, bahawa para malaikat telah turun untuk memberitahukan tentang
perkara-perkara yang telah ditetapkan, atau Nabi S.a.w bermimpi telah
diturunkan wahyu kepada baginda mengenai bencana dan fitnah yang akan terjadi
setelah meninggalnya.صواحبات
الحجر. Maksudnya, rumah-rumah para isteri Nabi s.a.w . Dikhususkannya
mereka untuk dibangunkan, adalah kerana pada saat itu mereka hadir atau juga
hal ini termasuk “Mulailah dari diri anda sendiri kemudian baru keluarga anda”.
PENGAJARAN
HADITH:
1)
Hendaknya seorang suami membangunkan isterinya di malam hari untuk menunaikan
ibadah terlebih lagi tatkala terjadi/muncul tanda-tanda kebesaran Allah.
2) Anjuran
untuk bersegera melakukan solat tatkala merasa takut datangnya keburukan,
demikian pula kebiasaan Nabi s.a.w kalau sedang merasa tertekan akibat suatu
perkara maka beliau segera menunaikan solat.
3) Boleh
mengucapkan tasbih (subhanallah) ketika menyaksikan sesuatu yang mengerikan
(maksudnya turunnya fitnah).
RUJUKAN
Ibnu Hajar al-Asqalani. 2009. Fathul Baari
Penjelasan Kitab Sahih al-Bukhari. Penterjemah: Gazirah Abdi Ummah. Cet. 9.
Jil. 1. Jakarta: Pustaka Azzam. Hlm 402-403.
No comments:
Post a Comment