Pages

السلام عليكم

Friday, May 2, 2014

Buatmu yang diuji



Puisi ini ku tujukan khas buatmu sahabat, mewakili dirimu yang dilanda fitnah dan yang sering diuji. Semoga dirimu tabah dengan ujian ini kerana ku tahu peribadimu seindah namamu. Ingat, masih ada yang bersamamu.

ya Allah ...
jika memang di mata manusia aku telah hina
maka terima kasih kau masih mnutupi aibku sampai hari ini
jika memang aku sepatutnya dicaci di mata manusia
maka terima kasih kau masih menyediakan pujian untukku sampai detik ini
dan bila memang aku dilupakan oleh semua manusia,
terima kasih kau masih menemaniku sampai kini

aku merasa sepi
batinku terluka
rasanya ingin sekali ku beranjak pergi
dari kehidupan yang telah kau tuliskan untukku baik dan buruknya
tiada masalah bagiku jika semua orang murka,
tak apa bagiku jika semua orang membenci,

satu pintaku padaMu
utuhkanlah kembali keluargaku
kerana aku butuh seorang ayah yang dengan ikhlas menafkahi hidupku
kerana aku butuh seorang ibu yang dengan sabar mendidikku
dan kerana aku butuh saudara yang menemaniku ketika semua orang tak mempercayaiku


aku bertahan semampuku,
demi ayah, ibu, dan kau darah dagingku
menyelesaikan hari demi hari
berharap semua akan kembali seperti dulu
sebelum kau memberikan cubaan itu pada kami

No comments: