KEZALIMAN ADALAH KEGELAPAN PADA HARI KIAMAT
حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ الْمَاجِشُونُ، أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ دِينَارٍ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ ـ رضى الله عنهما ـ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ " الظُّلْمُ ظُلُمَاتٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ".
Maksudnya :
Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin
Yunus, telah menceritakan kepada kami 'Abdul' Aziz Al Majisyun, telah
menkhabarkan kepada kami 'Abdullah bin Dinar, dari' Abdullah bin 'Umar r.a,
dari Nabi SAW: "Kezaliman akan mendatangkan kegelapan pada hari
kiamat".
(H.R. Bukhari )
(Kitab Perbuatan Aniaya, Bab Kezaliman Adalah Kegelapan Pada Hari Kiamat, 2447, Shahih).
KETERANGAN HADITH:
Ibn Al-Jauzi berkata: “Kezaliman itu mengandungi dua kemaksiatan, iaitu mengambil harta orang lain tanpa alasan yang benar, dan menentang Allah dengan mengingkari perintah-Nya. Kemaksiatan kerana kezaliman adalah lebih besar dosanya jika dibandingkan dengan kemaksiatan lain. Ini kerana sekiranya terjadi kepada orang yang lemah, maka mereka tidak mampu untuk membela dirinya. Sesungguhnya kezaliman itu lahir dari kegelapan hati. Sekiranya hati bercahaya dengan cahaya hidayah, nescaya ia akan mengambil pengajaran. Dan apabila seseorang yang bertakwa berjalan dengan cahaya ketakwaannya, maka kezaliman seseorang tidak akan mempengaruhi dirinya.
(Ibnu Hajar Al Asqalani. 2009. Fathul Baari Penjelasan Kitab Shahih Al Bukhari. Penterjemah: Amiruddin. Cetakan Ketiga. Jakarta: Pustaka Azzam. Kitab Al-Mazhalim (Perbuatan Aniaya). Bab 8. Halaman 19-20).
PENGAJARAN HADITH:
Hadith ini melarang untuk bebuat zalim kepada manusia lain kerana kezaliman terhadap manusia adalah lebih besar dosanya berbanding perbuatan zalim yang lain. Ia juga bertujuan untuk mengelakkan berlakunya penindasan kepada orang yang lemah serta tidak berkemampuan untuk membela dirinya. Hadith ini juga membuktikan bahawa orang yang bertakwa tidak akan melalukan perbuatan terkutuk itu kepada saudaranya sendiri. Sesungguhnya hati yang gelap tanpa cahaya ketakwaan akan suka untuk melalukan kejahatan dan kezaliman.
No comments:
Post a Comment