Siapa tahu di sebalik senyumnya,terselit seribu duka. Siapa tahu dalam riang tawanya,tersembunyi tangis perit di sudut hatinya. Siapa tahu dalam gelak tawanya,betapa dia mengharapkan senyuman yang diukirkan itu adalah senyuman yang asli, tiada yang palsu mahupun dibuat-buat. Dalam keriangan yang dipamerkan itu, terselit satu ketabahan yang tiada jawapannya, sampai bila segala persoalan dan aliran air mata terus membelenggu hidupnya…
dia…sentiasa mengharapkan jalan hidup yang dilalui ini adalah jalan yang benar, tidak sia-sia mahupun jalan yang salah. Dia,sentiasa menahan hatinya dari melakukan perkara yang boleh memburukkan lagi keadaan hidupnya. Dia,selalu bertanya,dia yang salah atau sebalikya. Dia, sering merasakan bahawa dia lemah, kerdil dan terlalu sensitif. Namun, dia juga sering bertanya, ataukah semua ini adalah untuk menambahkan lagi keimanannya, atau untuk menjelaskan bahawa dia adalah pesalah yang hanya menunggu saat untuk disakiti….
No comments:
Post a Comment