alhamdulillah.... alhamdulilllah 3x...
Allahuakbar...
Alhamdulillah.. setinggi-tinggi rasa syukur dipanjatkan kepada Allah s.w.t kerana sampai saat dan detik ini masih lagi dapat merasai nikmatMu. Nikmat bernafas, melihat, mendengar dan pelbagai lagi nikmatMu. seperti dalam firman Allah s.w.t dalam surah an-nahl: 78
“ Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.”
bersyukurlah.. masih lagi dapat merasai nikmat mendengar, melihat dan sebagainya. Namun, adakah dimanfaatkan sepenuhnya nikmat yang Allah kurniakan ini?
Alhamdulillah, sehingga saat ini Engkau masih lagi memberiku peluang untuk merasai nikmat yang paling besar iaitu nikmat iman dan nikmat Islam. nikmat yang paling nikmat. rasa 'izzah bersama Islam walau dipandang remeh oleh sesetengah orang..
Dan jika kamu hendak menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkan kepada kamu), nescaya tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. an-nahl: 18
Katakanlah (Wahai Muhammad): “Kalaulah semua air lautan dijadikan dakwat untuk menulis ayat-ayat atau Ilmu Tuhanku, maka akan habis kering lautan itu sebelum habis kalimah-kalimah Tuhanku (ditulis) , walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya “. Bagitu luasnya Ilmu Allah dan bagitu banyanya nikmat yang di berikan kepada manusia dan segala makhluknya yang lain. al-Kahfi: 109
Allahuakbar... tak dapat dihitung nikmatMu ya Robb...
Ampunilah dosa2ku kerana mempersia2kan segala nikmat yang telah Engkau berikan..
alhamdulillah kerana masih memberiku kesempatan untuk mengikuti tamrin yang dijalankan selama 2 hari ini.. semoga segala yang diperolehi sepanjang itu dapat dimanfaatkan..
No comments:
Post a Comment