Pages

السلام عليكم

Sunday, November 20, 2011

ZIKRULLAH


Imam Nawawi dalam Az Azkar pada bab Ikhlas dan Niat Baik Dalam Segala Amalan  ada menyentuh tetang perkara ini. Dihujung perbincangan beliau menambah :
“Zikir itu sebaik-baiknya dengan hati, dan boleh juga dengan lisan. Tetapi yang lebih utama ialah berzikir dengan hati dan lisan sekaligus. Kalau hendak memilih salah satu di antara keduanya, maka berzikir dengan hati adalah lebih utama.”

Lalu tidak wajar meninggalkan zikir dengan lisan yang disertai hati kerana khuatir disangkakan adanya riya’, bahkan dibuatkan kedua-duanya sekaligus dan diniatkan semua itu untuk mencari keredhaan Allah Ta’ala. Kata-­kata AI-Fudhail rahimahullah “bahwa meninggalkan amal kerana manusia adalah riya”. Memang sebenamya jika manusia membuka pintu kebimbangan dari hal pemerhatian orang terhadap amal kita, atau memelihara diri dari menarik sangkaan-sangkaan yang batil nescaya akan tertutup kebanyakan pintu-pintu kebajikan.

Ketahuilah keutamaan zikir bukan saja terbatas pada tasbih, tahlil, tahmid, takbir dan sebagainya, bahkan semua amalan yang merupakan ketaatan kepada Allah dikira juga sebagai berzikir kepadaNya sesuai sebagaimana yang dikatakan Said bin Jubair r.a. dan selainnya daripada para ulama.
Meminjam kata-kata Syed Ahmad Semait mengenai riya’ beliau berkata :
“Meskipun kita disuruh beramal tanpa riya’ kepada manusia, namun ini bukan berarti kita mesti meninggalkan beramal bila berhadapan dengan manusia, kerana perbuatan meninggalkan amal kerana manusia itulah pokok riya’, yang betul hendaklah kita terus beramal tidak mengira ada orang atau tidak ada, dan amalan kita itu kita tujukan kepada Allah dengan setulus ikhlas.”

Wednesday, September 7, 2011

'Apabila kesolehan semakin menghilang'

-antara tanda awlnya kemerosotan iman ialah hati menjadi lemah

-kesolehan bukan dilihat dari segi penampilan luaran sahaja

-kelemahan ini akan dilihat dalam kuantiti & kualiti

-"dakwah ini adalah cinta,

apabila cinta menguasai hati,

akan memenuhi perasaan dan akal,

sehingga dalam mimpi kita selalu bermain2 dengan dakwah."

-"bergeraklah wahai Mujahid!, shingga kejemuan itu akan jemu,

beramallah wahai Mujahid, shingga kekufuran itu akan fukur,

bergeraklah wahai mujahid, shingga keletihan itu akan letih."

-setiap muslim inginkan kesolehan, xingin kesolehan itu hilang, sentiasa wujud dalam dalam sahsiah, wujud dalam kemasyarakatan.

-namun, kesolehan & kebaikan ini boleh dtentukan, bergantung kpd keimanan kita.

-"Ya Allah, jgnlah Engkau jdkan lidah ini berinteraksi hanya dgn telinga mereka,

tp Engkau jdkanlah lidah ini berinteraksi dgn hati mereka."

-"Ya Allah, kurniakanlah daku iman yg xkan lenyap selamanya & kemuliaan untuk bangun di

akhirat nanti."

-Iman akn menurun dgn meningkatnya kemaksiatan

-bila lemah iman, maka x akan dapat rasa nikmat iman

-HADIS:

jika seseorang memilikinya akan rasa kemanisan iman:

1-mencintai Allah dan RasulNya melebihi dr yang lain

2-mencintai orang lain kerana Allah

3-benci kepada kekufuran sperti bencinya dbakar api neraka

:- mereka yang ikhlas meneliti realiti umat pada hari ini, pasti akan menangis

Gadis itu...


Seorang gadis itu... Yang lembut fitrah tercipta, halus kulit, manis tuturnya, lentur hati ... telus wajahnya, setelus rasa membisik di jiwa, di matanya cahaya, dalamnya ada air, sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka, ceritera hidupnya ... Seorang gadis itu ... hatinya penuh manja, penuh cinta, sayang semuanya, cinta untuk diberi ... cinta untuk dirasa ... namun manjanya bukan untuk semua, bukan lemah, atau kelemahan dunia ... ia bisa kuat, bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong, pahlawan-pahlawan dunia ... begitu unik tercipta, lembutnya bukan lemah, tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah ...


Seorang gadis itu ... teman yang setia, buat Adam dialah Hawa, tetap di sini ... dari indahnya jannah, hatta ke medan dunia, hingga kembali mengecap ni'matNya ... Seorang gadis itu ... bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya, tabah & tenang sikapnya, teman lah-Rasul, pengubat duka & laranya ... bijaksana ia, menyimpan ílmu, si teman bicara, dialah Áishah, penyeri taman Rasulullah, dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah ... Seorang gadis itu ... bisa setabah Maryam, meski dicaci meski dikeji, itu hanya cerca manusia, namun sucinya ALLah memuji ... seperti Fatimah kudusnya, meniti hidup seadanya, puteri Rasulullah ... kesayangan ayahanda, suaminya si panglima agama, di belakangnya dialah pelita, cahya penerang segenap rumahnya, ummi tersayang cucunda Baginda ... bisa dia segagah Nailah, dengan dua tangan tegar melindung khalifah, meski akhirnya bermandi darah, meski akhirnya khalifah rebah, syaheed menyahut panggilan Allah.


Seorang gadis itu ... perlu ada yang membela, agar ia terdidik jiwa, agar ia terpelihara ... dengan kenal Rabbnya, dengan cinta Rasulnya ... dengan yakin Deennya, dengan teguh áqidahnya, dengan utuh cinta yang terutama, Allah jua RasulNya, dalam ketaatan penuh setia . pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga & ummahnya ... Seorang gadis itu ... melenturnya perlu kasih sayang, membentuknya perlu kebijaksanaan, kesabaran dan kemaafan, keyakinan & penghargaan, tanpa jemu & tanpa bosan, memimpin tangan, menunjuk jalan ... Seorang gadis itu ... yang hidup di alaf ini, gadis akhir zaman, era hidup perlu berdikari ... dirinya terancam dek fitnah, sucinya perlu tabah, cintanya tak boleh berubah, tak bisa terpadam dek helah, dek keliru fikir jiwanya, kerna dihambur ucapkata nista, hanya kerana dunia memperdaya ... kerna seorang gadis itu, yang hidup di zaman ini ... perlu teguh kakinya, mantap iman mengunci jiwanya, dari lemah & kalah, dalam pertarungan yang lama ... dari rebah & salah, dalam perjalanan mengenali Tuhannya, dalam perjuangan menggapai cinta, ni'mat hakiki seorang hamba, dari Tuhan yang menciptakan, dari Tuhan yang mengurniakan, seorang gadis itu ... anugerah istimewa kepada dunia!


Seorang gadis itu ... tinggallah di dunia, sebagai ábidah, mujahidah, pejuang ummah ... anak ummi & ayah, muslimah yang solehah ... kelak jadi ibu, membentuk anak-anak ummah, rumahnya taman ilmu, taman budi & ma'rifatullah ... Seorang gadis itu ... moga akan pulang, dalam cinta & dalam sayang, redha dalam keredhaan, Tuhan yang menentukan ... seorang gadis itu dalam kebahagiaan! Moga lah-Rahman melindungi, merahmati dan merestui, perjalanan seorang gadis itu ... menuju cintaNYA yang ABADI

eVeN iF...

Even If
There is truth, even if everyone lies
There is laughter, even if everyone cries

There is kindness, even if everyone’s cruel
There is wisdom, even if everyone’s a fool

There is innocence, even if everyone sins
There is comfort, even if everyone aches

There is freedom, even if everyone jails
There is success, even if everyone fails

There is logic, even if everyone’s mad
There is goodness, even if everyone’s bad

There is love, even if no one adores
There is hatred, even if no one abhors

There is hope, even if no one is sure
There is virtue, even if no one is pure

There is faith, even if no one prays
There is law, even if no one obeys

There is justice, even if no one is fair
There is a God, even if no one is there!

Tuesday, September 6, 2011

selamat hari raya aidilfitri



sudah lama tidak menjenguk ke sini..

rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua umat Islam di seluruh dunia..

dalam kita beraya, bersuka ria jangan pula kita lupa pada insan yang kekurangan..

bersyukurlah dengan apa adanya..

selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin.
maafkan segala kekhilafan diri ini..

Wednesday, August 17, 2011

awan jatuh???

is it real?? awan jatuh??

tadi ada tengok satu video yang menunjukkan awan (kat langit tu) jatuh. tak tau la betol ke tidak video tu, betol-betol jatuh @ ia video yg dibuat-buat.

bila dh jatuh kat tanah tu, ade someone touch it. looks like kapas, tp bersaiz besar. masa jatuh tu pun nampak mcm ringan je..

betol ke..??

kalau betol....., ya Allah apakah maknanya??
dunia sudah begitu akhir, sudah di penghujungnya..

tak de la plk video tu nk pos kat cni..

lupe nk download.. i'll find again..

Wednesday, July 13, 2011

semut-semut

sy suka tengok dan hayati cara hidup dan komunikasi semut. banyak pengajaran yang boleh diambil dari kehidupan makhluk ciptaan Allah yang kecil ini. walaupun semut merupakan binatang yang kecil namun semut-semut ini tetap sentiasa bersatu dan tidak menjadikan faktor fizikal mereka sebagai alasan untuk bermalas-malasan, malahan semut merupakan antara serangga yang rajin.

cuba perhatikan ayat di bawah ini;

Dan dikumpulkan kepada Sulaiman para tenteranya dari jin dan manusia dan burung-burung maka mereka dibahagi-bahagikan/dibariskan dengan tertib. Sehingga ketika mereka sampai atas/di lembah semut, berkata seekor semut “wahai semut-semut masuklah kalian ke tempat tinggal/sarang-sarang kalian agar tidak dipijak (oleh) Sulaiman dan bala tenteranya”, sedangkan mereka tidak merasakan/menyedari(nya).  (An-Naml : 17-18 )

masa kecik-kecik dulu, selalu jugak dengar orang tua-tua cakap semut ni macam manusia jugak. boleh berkomunikasi, cuma kita je yang tak faham. kalau tak percaya, tengok bila semut jumpa semut, mesti semut-semut ini akan berhenti. nampak rupanya cam bersalam pun ada. mungkin saling bertanya khabar. bagus kan. tak pernah pulak tengok semut gaduh-gaduh. kalau dalam keadaan susah sekali pun, semut tak akan tinggalkan semut yang lain bersendirian. tak percaya? cuba perhatikan. boleh dikatakan susah senang bersama la.

pada masa lalu, mungkin ada orang yang mempersendakan al-Quran, menganggapnya sebuah buku yang penuh dengan cerita-cerita dongeng dan cerita yang direka-reka. namun, sekarang telah banyak penyelidikan yang di buat yang menunjukkan dan membuktikan bahawa al-Quran bukanlah sebuah buku yang menceritakan kisah-kisah dongeng. tapi ianya adalah sebuah kitab suci, kalam Allah, yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. ianya juga jelas menunjukkan semua yang tercatat di dalam al-Quran adalah benar-benar belaka. sebagai seorang muslim yang beriman, wajiblah kita mempercayai al-Quran.

pada masa kini pelbagai penyelidikan telah dibuat yang menunjukkan kepada kita beberapa fakta mengenai cara hidup semut-semut ini. tahukah anda, penyelidikan menunjukkan binatang atau serangga yang paling hampir menyerupai cara hidup manusia adalah semut. 

ini boleh dilihat dari penemuan-penemuan berikut mengenai semut:

1) semut-semut mengebumikan semut-semut yang mati seperti manusia melakukannya.

2) semut-semut mempunyai sistem pembahagian tenaga kerja yang canggih, mereka mempunyai pengurus, pekerja, penyelia dan lain-lain lagi.

3) sekali sekala bertemu antara mereka, mereka berbual.

4) semut-semut juga mempunyai kaedah komunikasi yang agak maju.

5) mereka juga kerap mengadakan pasar-pasar, di mana mereka bertukar barangan.

6) mereka menyimpan bijirin untuk tempoh yang panjang di musim sejuk; dan jika bijirin mula bertunas, mereka memotong akarnya seolah-olah mereka mengetahui jika dibiarkan tumbuh ia akan rosak. jika bijirin yang disimpan ini basah akibat hujan, mereka akan mengangkutnya keluar ke cahaya matahari untuk dikeringkan. setelah kering mereka membawanya kembali ke dalam se olah-olah mereka mengetahui bahawa kelembapan akan mengakibat pertumbuhan sistem akar dan seterusnya kerosakan bijirin.

ini adalah kajian yang telah dilakukan. mungkin betol. apa-apa yang baik, boleh diambil pengajaran, kita ambil dan aplikasikan dalam kehidupan seharian.

subhanallah... sungguh banyak rahsia alam. Allahuakbar, yang menciptakan semuanya. Alhamdulillah.....


Thursday, June 30, 2011

mother's garden

a mother's is like a garden.
her children are the seeds.
and as they grow,
she tends to them fulfilling all their needs,
... wherever there is beauty,
a mother's love is there..

thank you Allah,
thank you mom,

Sunday, June 26, 2011

jom hayati sekejap

a beautiful nasyeed, with deep meaningful lyrics


insyaAllah.. sangat2 berharap kita semua tergolong dalam golongan manusia yang menjualkan hidupnya kepada Allah..

Friday, June 24, 2011

sepi

alhamdulillah3x.. setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kepada pemilik hati ini, Allah SWT.. kerana dengan izinnya saya dapat menulis lagi di sini setelah sekian lama menyepi.

maaf kerana lama menyepi. bukan sesuatu yang disengajakan. untuk menulis di sini memerlukan kesediaan hati, sukar bagi saya untuk menulis tanpa kesediaan hati.

keadaan hati perlulah sentiasa dipantau. jangan sesekali benarkan hati kita mati. jika hati kita sakit, segeralah mencari penawarnya. penawar yang sebenar-benar penawar, bukan penawar yang akan lebih merosakkan hati kita, itu racun namanya. bagaimanakah keadaan hati anda saat ini? dan dalam sehari, berapa kali kah kita memeriksa keadaan hati kita?

peringatan buat diri saya yang sentiasa lalai dan kamu yang sayangkan hati kamu..

terima kasih banyak-banyak buat sahabat yang menanyakan keadaan hati ini..
kadang-kadang sesuatu pertanyaan boleh membangkitkan seseorang.. =)

setakat ini sahaja untuk waktu ini.

Wednesday, May 11, 2011

Segalanya bermula dari hati

Sesuatu yang keluar dari hati akan sampai kepada hati pula.

Hati merupakan salah satu sendi dari sendi – sendi kekuatan dalam memerangi nafsu. Hati akan menjadi benteng yang kuat dalam memrangi nafsu sekiranya hati itu hidup, lembut, bersih, cekal  dan selalu mengingati pesanan sayidina Ali r.a yang berbunyi;

“sesungguhnya Allah SWT mempunyai bejana di atas buminya iaitu hati-hati, maka hati yang paling disukai oleh Allah ialah hati yang bersih, lembut dan cekal. Kemudian sayidina Ali (mentafsirkan kalimah-kalimah tersebut dengan) katanya: cekal dalam pegangan agama, bersih di dalam keyakinan dan lembut terhadap saudara-saudara mukmin.”

Al-Quran memberi gambaran tentang hati-hati orang mukmin di dalam firman Allah SWT, yang bermaksud:

Orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila menyebut nama Allah (dan sifat-sifatnya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya menjadikan mereka bertambah iman mereka. (Surah al-Anfal: 2)
  
Mungkin tidakkah timbul tanda tanya kenapa dakwah dan didikan kita kurang berkesan?
Kenapa orang yang kita didik masih tidak berubah walaupun bermacam-macam cara dan bahan yang telah kita gunakan dan sampaikan kepadanya?

Di sinilah terletaknya satu perhentian bagi para Da'ie dan Murabbi. Kita tidak seharusnya terlalu sibuk dengan amal Islami hingga tidak ada masa yang diperuntukkan untuk bermuhasabah diri. Bahkan saya sering merasakan apabila kita tidak lagi duduk sebentar untuk bermuhasabah diri, maka hati kita sebenarnya sudah semakin jauh dan pinggirkan Allah SWT. Kita semakin terkeluar dari laluan kehidupan seorang hamba. Keegoan telah mula bertapak dihati kita. Keangkuhan menguasai tingkah laku kita. Semangat yang dimiliki lebih mendahului kefahaman yang kita ada. Di sinilah ketergelinciran bermula. Kita mula tersasar dari arah tujuan dan matlamat kita yang sebenarnya. Memang ketergelinciran itu bermula dengan darjah yang terlalu kecil yang mungkin tida kita sedari namun dari masa ke semasa ianya semakin membesar hingga terpesong jauh dari matlamat yang ingin dituju.

Mari kita semak diri kita dengan bertanyakan persoalan,

Adakah keegoan, keangkuhan, enggan bermuhasabah diri dan sebagainya ini merupakan perkara kecil bagi kita?

Saudara ku.... bukankah banyak ayat-ayat Allah yang menggambarkan dan memperkatakan bahawa mereka yang akan dihumban ke neraka Allah itu adalah terdiri dari orang-orang yang takbur/besar diri. Adakah kita mahu tergolong dalam golongan orang-orang seperti ini?

Tadabburlah ayat-ayat akhir surah Az-Zumara... tidakkah ianya menggerunkan dan menggetarkan hati kita…?? Sekiranya benar kita beriman kepadaNya.

Saya teringatkan satu hadith yang boleh kita temui di dalam syarah hadith pertama kitab hadith arbai'in oleh Imam Nawawi, bagaimana 3 golongan yang pertama yang akan ditanya di Akhirat nanti.

Golongan yang pertama ialah golongan yang mati syahid. Alangkah hebat seorang yang mati syahid jika dibandingkan dengan amal-amal kerdil yang kita lakukan. Syuhada ini dipanggil lalu dinyatakan segala nikmat Allah SWT kepadanya semasa tempoh hayatnya dan dia pun mengakui banyaknya nikmat Allah SWT kepadanya. Lalu ditanya oleh Allah, untuk apa dipergunakan semua itu? maka katanya, aku berjihad hingga aku syahid di jalanMu. Lalu dikatakan kepadanya "engkau berdusta! Engkau berjuang supaya dikatakan engkau pemberani, dan memang dikatakan orang begitu" Lalu diseret mukanya dan dihumban ke Neraka Allah SWT. Bergetar hati dan gerun rasanya membayangkan peristiwa ini. Apalah yang ada pada amalan kita andainya banyak yang dikerjakan tetapi ianya tidak dilakukan dengan ikhlas hanya keranaNya yang akhirnya menjadi bahan bakar neraka.

Apa lagi yang menghalang kita untuk berhenti seketika untuk muhasabah diri?

Adakah segala yang kita lakukan semuanya adalah kerana Allah SWT. Jika benar begitu kenapa kadang-kadang kita melakukan amal wajib dengan sambil lewa? Kenapa kita terlalu sibuk untuk bermunajat kepadanya, memohon perlindungan dari kemurkaan dan azabNya, tetapi kita tidak sempat meluangkan masa untuk membaca KalamNya. 

Tiliklah diri kita terlebih dahulu dari kita menilik orang lain. Lihatlah kesalahan dan kelemahan diri kita melebihi dari kita melihat kesalahan dan kelemahan orang lain. Di sinilah kekuatan dalam amalan kita sebenarnya. Menyedari kelemahan diri menyebabkan kita sentiasa bergantung harap kepadaNya, kita sandarkan segalanya hanya kepada Allah SWT. Selidikilah diri kita supaya kita tidak menjadi orang yang hanya pandai berkata-berkata tetapi tidak mengamalkannya, bercakap hanya dengan lisan tetapi tidak dengan hati. Kata-kata yang tidak memiliki ruh yang akan menyalurkan kekuatan kepada orang yang dididiknya untuk melakukan perubahan dan menuju kebenaran. 


Saya tujukan semua ini khusus pada diri saya sendiri dengan harapan untuk dikongsi bersama mereka yang sedang berusaha mencari keredhaanNya. 

Perjalanan kita masih jauh, halangannya terlalu banyak, simpang siurnya tidak menentu dan musuh-musuh sentiasa mengintai pergerakan kita... maka berbekallah kita dengan sebaik-baik bekalan dan berhentilah di hentian-hentian muhasabah supaya kita sentiasa dapat memulihkan dan mengecas tenaga dan meluruskan perjalanan kita hingga kita benar-benar sampai ke destinasinya.

  



Tuesday, May 3, 2011

MaWaR PuTiH

Mawar Putih dihadiri Embun

PENGENALAN DIRI

nama tempatan: mawar putih
nama saintifik: rosa hybrida
nama lain: ros putih, ratu bunga
family: rosaceae

LAMBANG:
kesucian, kehormatan, kerahsiaan

wahai mawar putih
kau begitu indah pada setiap mata yg memandang
kau membawa khazanah rahsia Yang Esa
kau menjadi lambang pada peribadimu

kembang mekarmu mewangi setaman
memberi kuntuman sedekah terindah
kepada setiap yang memandangmu

masa kian berlalu
waktu silih berganti
siang berganti malam
malam berganti siang 

segarmu akan layu 
cantikmu tak akan kekal seperti dulu


hari demi hari 
sedikit demi sedikit
debu-debu mencemari kesucian warnamu

tatkala fajar menyingsing
hadirlah engkau wahai embun
membasahi, menyegari
terasa nyaman sekali

hadirnya embun menghapusi
debu-debu di saban hari

meski hari kian berganti
waktu berlalu pergi
ia tetap kan setia membasahi
mawar putih di pagi hari

mawar putih
dirimu terkandung khazanah rahsia
yg tersimpan rapi dalam jagaanNya

peliharalah dirimu wahai sang putih
kau punyai perisai
manfaatkanlah sebaiknya

Buat mawar-mawar yang sedang mekar menguntum..



Monday, May 2, 2011

MaSiH TeRkEsAn..

Jangan pernah hidup di bawah payung gelap masa silam. Kamu boleh dan mesti berubah. Menyelak kembali lembaran masa lalu yang hitam akan melunturkan semangatmu untuk bangkit.

Umurku mungkin hanya tinggal hari ini. Maka, hidupku hanyalah hari ini. Pasti ia sesuatu yang merisaukan andainya waktu itu luput sebelum sempat untukku bersedia menghadapinya. Pasti sekali akan ku lakukan amal yang terbaik. Mati adalah ingatan dan pengajaran yang terbaik kepada setiap insan. Justeru itu, lakukanlah amal yang terbaik yang mampu dilakukan seolah-olah tiada lagi hari esok untuk jasad ini. Tiada lagi teman-teman yang akan menemani, tinggallah satu jasad yang bersemadi kaku yang hanya ditemani amal dunia. Maka berlaku lah soal jawab. Andai baik amal di dunia, damailah disana, tapi andai ia sebaliknya, bersedialah untuk menerima akibatnya. 

Seorang anak kecil bertanyakan ku, apakah soalan-soalan yang bakal bertamu tatkala di dalam sana. Persoalan itu dijawab dengan batas ilmu yang ada. Setelah mengetahuinya serba sedikit, anak kecil itu mengatakan dia akan menghafal jawapan-jawapan itu. Senyum pahit terukir di bibir saat mengimbau dosa-dosa yang pernah dilakukan. Kerana amal sepanjang hayat di kandung badan lah yang akan menjadi jawapannya. Tiada lagi suara yang kedengaran lahir dari mulut yang berkata-kata di kala hidup di dunia. Andai ia semudah itu dik..... 

Goreskanlah di hatimu, "HARI INI ADALAH HARIMU"  bersedialah menghadapinya..

Sudahkah diri bersedia untuk malam pertama di alam kubur..??


di sinilah kita nanti

Ingatan khusus untuk diri yang menyayangi diri sendiri...

MaTi Itu PaSti

Bertasbihlah kepada Allah pada waktu pagi dan petang dan bersyukurlah kepada Allah di waktu lapang dan sulit.

Rasulullah s.a.w bersabda;
Apabila anak kepada seseorang meninggal dunia, maka berkatalah Allah kepada malaikatNya: "Adakah engkau telah mengambil nyawa anak hambaKu?" Para malaikat menjawab: "Ya!" Lalu Allah berkata: "Adakah kamu telah mengambil nyawa buah hatinya?" Para malaikat menjawab: "Ya!" Lalu Allah bertanya: "Apakah yang diucapkan oleh hambaKu itu?" Para malaikat menjawab: "Ia memujiMu dan ia mengucapkan, "INNA LILLAH WA INNA ILAIHI RAJI'UN". Maka Allah berfirman: "Dirikanlah bagi hambaKu ini sebuah mahligai pujian dan kesyukuran."

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.
                                                                                                                              Ali Imran: 185

Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya walau sesaat pun dan tidak pula dapat mempercepatkannya.
                                                                                                                              Al-A'raf: 34

Mengingati mati, memantapkan hati agar hidayah terpelihara. Ajal bertandang tanpa dapat dihidu kedatangannya. Setiap makhluk akan merasakan mati.

Apakah yang telah kita lakukan sepanjang hayat ini?
Adakah kita telah bersedia seandainya malaikat maut datang untuk mencabut nyawa kita pada saat ini?
Pengakhiran bagaimanakah yang kita inginkan?

Mati juga memerlukan seni. Setiap insan mencorak seni kematian diri mereka sendiri.  

Semoga kita dijemput dalam keadaan husnul khatimah dan dipermudahkan urusan ketikan menghadapinya nanti..

Rindu, moga Allah tempatkan kamu dalam kalangan orang-orang yang soleh..
damailah kamu di sana... 

Friday, April 22, 2011

Ia JuGa MaKhLuK CiPtAaN ALLAH..

mood : sedih, kecewa, bersalah, kesian

ape yang nk di pos hari ni?

Yang pasti itulah perasaan saya saat ini. kenapa? semua ini adalah kerana kucing. ya, memang saya suka kucing dan kucing adalah haiwan yang saya sangat sayang. Antara sebab kenapa saya sayang dan suka kucing adalah kerana kucing juga punya perasaaan, macam manusia. Kucing juga yang selalu jadi peneman kalau saya keseorangan dan teman berbual.

Wahai kucing2, sesungguhnya saya amat menyayangi kamu semua.









Kenapa tiba2 sedih pulak?
Usai solat zohor tadi, Allah izin terdengar perbualan jiran. Amat menyakitkan hati dan  mengecewakan. Sungguh, kata2mu telah meremutkan hatiku. Allah saja yang tahu.

Apa salah kucing sebenarnya?? Kucing tak ada akal macam manusia, kucing tak boleh berfikir macam manusia. itulah kelebihan yang Allah bagi kepada manusia. Jadi, janganlah dianiaya dan janganlah dipukul makhluk ciptaan Allah yang tak berdosa itu. kucing tu makhluk ciptaan Allah juga. kucing tu pun hamba Allah juga. kucing pun nak hidup juga. Di bumi ni, bukan tempat kita je, tapi tempat makhluk2 Allah yang lain juga. 

























bela kucing pun boleh jadi fitnah.. sedihnya.


apa yang nak dibuat dengan kucing2 ni? still memikirkan penyelesaian yang terbaik dalam masa yang sama untuk memelihara hubungan tetangga..




Hadis tentang kucing

Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Umar dari Nabi bersabda, "Seorang wanita masuk neraka karena seekor kucing yang dia kurung sampai mati. Dia masuk neraka karenanya. Dia tidak memberinya makan, dan minum sewaktu mengurungnya. Dia tidak pula membiarkannya dia makan serangga bumi."


Rasulullah s.a.w telah melihat wanita yang mengikat kucing ini berada di neraka manakala beliau melihat surga dan neraka pada shalat gerhana. Dalam Shahih Bukhari dari Asma' binti Abu Bakar bahwa Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda, "Lalu neraka mendekat kepadaku sehingga aku berkata, 'Ya, Rabbi, aku bersama mereka?' Aku melihat seorang wanita. Aku menyangka wanita itu diserang oleh seekor kucing. Aku bertanya, 'Bagaimana ceritanya?' Mereka berkata, 'Dia menahannya sampai mati kelaparan. Dia tidak memberinya makan dan tidak pula membiarkannya mencari makan.'" Nafi' berkata, "'Menurutku dia berkata, 'Mencari makan dari serangga bumi.'"

Muslim meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w yang melihat seorang wanita yang mengikat kucing berada di neraka, dari Jabir. Di dalamnya terdapat keterangan bahwa wanita itu berasal dari Bani Israil. Dalam riwayat lain disebutkan bahwa wanita itu berasal dari Himyar.



















Takhrij Hadis
Hadis tentang kucing dalam Shahih Bukhari dalam Kitab Bad'il Khalqi, bab jika lalat jatuh ke dalam bejana salah seorang dari kalian, 6/356, no. 3318. Dan dalam Kitab Ahadisil Anbiya' no. 3482. Dan dalam kitabul Musaqah, bab keutamaan memberi minum, 5/41, no. 2365.

Hadis ini diriwayatkan oleh Muslim dalam Shahih-nya dari Abu Hurairah dan Abdullah bin Umar dalam Kitabus Salam, bab diharamkannya membunuh kucing (4/1760, no. 2242-2243).

Hadis tentang Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam melihat seorang wanita yang mengikat kucing diriwayatkan oleh Bukhari dalam Shahih-nya dalam Kitabul Adzan dan Asma' binti Abu Bakar (2/231, no. 745) dan Kitabul Musaqah Abdullah, keutamaan memberi air minum, (5/41, no. 2364).

Adapun riwayat Muslim tentang Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam melihat wanita yang menyiksa kucing terdapat dalam Kitabul Kusuf, bab apa yang diperlihatkan kepada Rasulullah dalam shalat kusuf, 2/622, no. 904.



Penjelasan Hadis
Ini adalah kisah wanita Himyariyah Israiliyah yang mengurung seekor kucing, tetapi dia tidak memberinya makan dan minum hingga kucing itu mati karena kelaparan dan kehausan. Ini menunjukkan kerasnya tabiat itu, betapa buruk akhlaknya, serta tiadanya belas kasih di hatinya. Dia sengaja menyakiti. Jika di hatinya terdapat belas kasih, niscaya dia melepaskan kucing itu. Dan sepertinya dia mengurungnya sepanjang siang dan malam. Ia merasakan haus dan lapar dengan suara yang memelas minta bantuan dan pertolongan. Suara dengan ciri tersendiri yang dikenal oleh orang-orang yang mengenal suara. Akan tetapi, hati wanita ini telah membatu dan tidak terketuk oleh suara pilu kucing itu. Dia tidak menghiraukan harapan dan impiannya. Suara itu melemah, lalu seterusnya menghilang. Kucing itu mati. Ia mengadu kepada Rabbnya tentang kezhaliman manusia yang hatinya keras dan membatu.

Jika wanita ini ingin agar kucing ini tetap di rumahnya, dia mungkin saja memberinya makan dan minum yang bisa menjaga hidupnya. Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam telah menyampaikan kepada kita bahwa kita meraih pahala dengan berbuat baik kepada binatang. Jika dia enggan memberinya makan yang menjaganya dari hidup, maka dia harus melepasnya dan membiarkannya bebas di bumi Allah yang luas. Ia pasti mendapatkan makanan yang bisa menjaga hidupnya. Lebih-lebih, Allah telah menyediakan rizki bagi kucing tersebut dari sisa-sisa makanan orang, begitu pula serangga-serangga yang ditangkapnya.

Perbuatan ini telah mencelakakan wanita tersebut, sehingga dia masuk neraka. Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam melihat kucing itu memburu wanita yang menahannya di neraka. Bekas-bekas cakaran tergores di wajah dan tubuhnya. Beliau melihat itu manakala surga dan neraka diperlihatkan kepadanya pada saat solat gerhana.

Pengajaran dari Hadis:
  1. Besarnya dosa orang-orang yang menyiksa binatang dan menyakitinya dengan memukul dan membunuh. Wanita ini masuk neraka karena dia menjadi sebab kematian seekor kucing.
  2. Boleh menahan binatang seperti kucing, burung, dan sebagainya, jika diberi makan dan minum. Jika tidak mampu atau tidak mau, maka hendaknya melepaskannya dan membiarkannya pergi di bumi Allah yang luas untuk mencari rezekinya sendiri.
  3. Di akhirat, manusia diadzab sesuai dengan perbuatannya di dunia. Wanita ini diserang oleh seekor kucing di neraka dengan mencakari tubuhnya.
Sumber: diadaptasi dari DR. Umar Sulaiman Abdullah Al-Asyqar, Shahih Qashashin Nabawi, atauEnsklopedia Kisah Shahih Sepanjang Masa terj. Izzudin Karimi, Lc. (Pustaka Yassir, 2008), hlm. 385 --388.


Tiada sebab mengapa kucing harus didera, disakiti, jika tidak kerana hati yang keras dan tidak bertimbang rasa. Memang hati yang keras tidak pernah mengenal mangsa, sama ada kucing atau manusia.

Menarik!
Dalam suatu peristiwa, tatkala seorang sahabat nabi bernama Abdul Rahman bin Sakhr menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Beliau yang dalam perjalanannya menuju Masjid Nabawi, berasa kasihan kepada anak kucing itu, lalu mengambil dan meletakkannya dalam baju besar beliau. Sesampainya di masjid, baginda bertanya Abdul Rahman, apa dalam bajunya? Ia menjawab anak kucing yang kehilangan ibu, aku mengambilnya kerana kasihan padanya. Lalu baginda menggelarkan Abdul Rahman dengan Abu Hurairah (bapa kucing). Gelaran bapa kucing tidak sedikitpun menjejaskan maruah dan reputasi Abdul Rahman, malah inilah gelaran yang paling disukai tatkala namanya disebut, kerana nabi sendiri yang memberi gelaran itu. Selain itu juga, gelaran Abu Hurairah mengingatkan beliau kepada suatu amal soleh yang pernah dilakukannya menerusi pembelaan seekor anak kucing.

Suatu kajian pernah dilakukan di Universiti Atlanta di Amerika Syarikat terhadap pesakit-pesakit darah tinggi, didapati keluarga yang memelihara kucing lebih rendah tekanan darahnya berbanding keluarga yang tidak membela haiwan itu.

Menarikkan disebabkan kucing ada orang dimasukan ke dalam neraka, sebab kucing juga nabi menggelarkan Abdul Rahman bin Sakhr sebagai Abu Hurairah (bapa kucing) dan disebabkan kucing juga kajian menunjukan boleh mengurangkan tekanan darah tinggi dan stress. Kucing adalah haiwan yang begitu istimewa.
Menyayangi binatang adalah sebahagian daripada ajaran Islam yang syumul (lengkap)



Fakta-fakta ilmiah keistimewaan pada KUCING
Fakta pertama: Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak telur bakteria. Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia.
Permukaan lidah kucing tertutupi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini bengkok mengerucut seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setetes pun cairan yang jatuh dari lidahnya.
Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar dapat membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.
Fakta kedua: Telah dilakukan berbagai penelitian terhadap kucing dan berbagai perbezaan usia, perbezaan posisi kulit, punggung, bahagian dalam telapak kaki, pelindung mulut, dan ekor.
Pada bagian-bagian tersebut dilakukan pengambilan sample dengan usapan.
Di samping itu, dilakukan juga penanaman kuman pada bagian-bagian khusus. Terus diambil juga cairan khusus yang ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.
Hasil yang didapati adalah:
.     Hasil yang diambil dari kulit luar tenyata negatif berkuman, meskipun dilakukan berulang-ulang.
.     Perbandingan yang ditanamkan kuman memberikan hasil negatif sekitar 80% jika dilihat dari cairan yang diambil dari dinding mulut.
.     Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga memberikan hasil negatif berkuman.
.     Sekalinya ada kuman yang ditemukan saat proses penelitian, kuman itu masuk kelompok kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang berkembang pada tubuh manusia dalam jumlah yang terbatas seperti, enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan 50 ribu pertumbuhan.
.     Tidak ditemukan kelompok kuman yang beragam.
Berbagai sumber yang dapat dipercaya dan hasil penelitian laboratorium menyimpulkan bahwa kucing tidak memiliki kuman dan mikroba. Liurnya bersih dan membersihkan.
Fakta ketiga: Dan hasil penelitian kedoktoran dan percubaan yang telah di lakukan di laboratorium haiwan, ditemukan bahawa badan kucing bersih secara keseluruhan. Ia lebih bersih dari manusia.
Bahkan di zaman dahulu kucing dipakai untuk terapi. Dengkuran kucing yang 50Hz baik buat kesihatan, selain itu membelai kucing juga boleh mengurangkan stress
Maklum balas Doktor Doktor yang Bergelut dalam Bidang Kuman
Menurut Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemukan adanya kuman pada lidah kucing. Jika kuman itu ada, maka kucing itu akan sakit.
Dr. Gen Gustafsirl menemukan bahawa kuman yang paling banyak terdapat pada anjing, selanjutnya manusia 1/4 anjing, sedangkan kucing 1/2 manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Sa’id Rafah menegaskan bahawa kucing memiliki enzim pembersih yang bemama lysozyme.
Kucing tidak suka air kerana air merupakan tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan bakteria, seperti pada kawasan air (lumpur, genangan hujan, dll). Kucing juga sangat menjaga kestabilan kehangatan tubuhnya. Ia tidak banyak berjemur dan tidak dekat-dekat dengan air. Tujuannya agar bakteri tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor tidak adanya kuman pada tubuh kucing.

Sisa makanan kucing suci, kisahnya;
Hadis Kabsyah binti Ka’b bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhu.
Pada saat itu, datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bejana sampai kucing itu minum.
Kabsyah berkata, “Perhatikanlah.
Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?
Ia menjawab, “Ya.
Lalu, Abu Qatadah berkata bahwa Nabi SAW pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),”. (HR At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).
Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahwa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah.
Lalu, beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana.
Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu.
Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis.
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang shalat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya.
Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan shalat, ia lupa ada bubur. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya.
Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing. (HR Al-Baihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni)
Hadis ini diriwayatkari Malik, Ahmad, dan Imam hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang, yang badan, keringat, bekas dari sisa makanannya suci.
Lihat begitu luar biasanya kucing itu, bahkan sampai menjadi haiwan peliharaan kesayangan Nabi. Namun sayangnya banyak sekali dari kita yang berpandangan negatif tentang binatang ini, ada yang mengatakan kucing dapat menyebabkan asma kerana bulu-bulunya.
Kasihanilah kepada haiwan, jangan menzaliminya, jangan khianati pergerakan dan kehidupannya. Haiwan juga makhluk Allah yang ingin hidup bersama-sama manusia di bumi ini.

Kisah Dari Tanah Suci: Berkat Sayang, Muliakan Kucing

Sempena wukuf Arafah (18 Disember 2007) dan Hari Raya Korban esoknya (di Arab Saudi), 
disiarkan Kisah Dari Tanah Suci ini untuk iktibar bersama. Kisah ini mengenai seorang wanita 
Muslimah Melayu berasal dari Perak yang menunaikan haji kira-kira enam tahun lalu.

Wanita ini kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa
 
tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang 
alik antara Bukit Safa dan Marwah.

Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya
 
cukup-cukup saja.

Namun, ada satu amalan mulia dimiliki Muslimah ini. Yakni mencontohi sunnah Nabi s.a.w., mengasihani dan
 
menyayangi kucing di desanya.

Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya banyak kucing. Dia melayan makan dan minum kucing.
 
Dia pungut kucing yang dibuang orang, diberikan makan dan minum, dirawat dan dimandikan dengan sabun 
wangi.

Walaupun banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap diambilnya untuk dirawat
 
di rumahnya. Ada yang berkudis dan sakit serius. Pendeknya rumahnya menjadi pusat kucing kurap.

Maka terkenallah rumahnya jadi pusat rawatan kucing. Mana-mana kucing yang mati dikuburkan
 
di kebunnya. Demikian begitu kasih Muslimah ini kepada makhluk Allah yang lemah lembut itu.

Justeru, ada kucing-kucing peliharaannya manja, gemuk dan sihat, serta cantik-cantik belaka, berkat
 
khidmatnya, yang ikhlas.

Tahun itu beliau berangkat, menunaikan haji dengan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji. Gembira
 
dan sayu nian kalbunya, kerana hajatnya untuk ke Tanah Suci, solat di Masjidilharam dan melihat Baitullah 
di depan mata sudah terkabul sudah.

Ingin di hatinya untuk tawaf banyak-banyak seperti orang muda dan sihat. Tetapi apakan daya, lututnya
 
sakit manakala badan uzur. Setelah solat fardu sentiasalah beliau memanjatkan doa dan pertolongan Allah, 
agar hajatnya dimakbulkan.

Pada suatu hari, semasa hendak pergi solat di Masjidilharam dengan keadaan bertongkat, beliau terjumpa
 
seekor kucing yang kurus, comot, lemah dan lapar.

Apabila kucing itu hendak bangun berjalan, ia jatuh berkali-kali. Kasihan nian wanita tua itu melihat makhluk
 
Allah itu menderita dan sengsara di kota suci Makkah.

Lantas diambilnya kucing itu, diurutnya tubuhnya yang lemah itu. Dibelikan sebungkus nasi berlauk dan
 
diberikan minum air zam-zam yang murni.

Dengan takdir Allah, kucing itu pulih dan sihat. Kucing itu telah menggesel kaki Muslimah tadi, lalu menjilat
 
kedua-kedua tapak kakinya. Ajaib sungguh, kaki dan lututnya yang sakit tadi, tiba-tiba menjadi sihat dan kuat, 
seperti orang muda.

Muslimah tua tadi dapat tawaf sebanyak-banyaknya, ikut suka hatinya. Tertunailah hajat yang terbuku di
 
hatinya selama ini, berkat menolong seekor kucing di Makkah yang mulia itu..

Setelah tawaf wida (selamat tinggal) dan menziarahi Masjid Nabawi, hajah yang solihah tadi berserta
 
rombongannya bersiaplah untuk pulang ke Malaysia.

Sewaktu hendak menaiki tangga pesawat di Jeddah, Muslimah tua tadi terlopong melihat seekor kucing
 
yang mirip kucing yang ditolongnya sewaktu di Makkah dulu.

Kucing itu duduk di sisi tangga pesawat itu sambil matanya merenung sayu padanya. Apabila Muslimah
 
tadi sampai ke anak tangga teratas, kucing tadi ghaiblah daripada pandangannya.


janganlah dibenci kucing!! kucing juga haiwan kesayangan Rasulullah s.a.w.
saya sayang kamu, maafkan saya andai ia terpaksa... maafkan saya.