Pages

السلام عليكم

Thursday, April 22, 2010

Nikmatnya Sakit



sakit.. sangat sinonim bagi diri yg pernah, sering merasainya, melaluinya..
janganlah bersedih, ada baiknya apabila seseorang itu diuji dgn sakit.



Alhamdulillah.. nikmatnya sakit.. hanya yg menyedarinya shj dpt merasai kenikmatan itu.
knp sakit..? pernah ke terfikir knp sakit..?
adakah tubuh yg dikurniakan Allah ini dimanfaatkan dgn sebaik mungkin di jalan Allah..?

“Dan apa jua bencana, kesakitan yang menimpa kamu, maka ia adalah daripada tangan-tangan kamu sendiri (dari perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada masa yang sama dikenakan bencana dan sakit itu) Allah mengampunkan sebahagian besar dosa-dosa kamu” Surah Asy-Syura: 30

sakit itu datangya dari Allah..
janganlah mengeluh, marah dgn sakit..sakit itu dari Allah dan hanya dengan izin Allah sahaja sakit itu akan lenyap..kalu kita marah sbb kita sakit.., maknanya kita marah kat Allah lah kan, sbb Allah yg beri sakit itu.
jadi bersyukurlah, sesuatu yg Allah jadikan itu pasti ada hikmah disebaliknya..

Rasulullah bersabda "Seorang mu'min yang sakit, ia tidak mendapatkan pahala dari sakitnya, namun diampuni dosa-dosanya" (H.R. Thabrani).

Dalam hadis lain dikatakan :"Ketika seorang hamba diberi sakit pada badannya, maka Allah berkata kepada malaikat "tulislah kebaikan-kebaikan yang biasa dilakukannya ketika sihat, kalau ia sembuh mandikanlah ia dan bersihkan. Kalau ia meninggal maka Allah mengampuninya" (H.R. Ahmad).

“Tidak ada yang yang menimpa seorang muslim kepenatan, sakit yang berkesinambungan (kronis), kebimbangan, kesedihan, penderitaan, kesusahan, sampai pun duri yang ia tertusuk karenanya, kecuali dengan itu Allah menghapus dosanya. (Hadist diriwayatkan oleh Al-Bukhari)

“Tidaklah seorang muslim tertimpa derita dari penyakit atau perkara lain kecuali Allah hapuskan dengannya (dari sakit tersebut) kejelekan-kejelekannya (dosa-dosanya) sebagaimana pohon menggugurkan daunnya.” (Diriwayatkan oleh Imam Muslim)

“Jika kamu menjenguk orang sakit, mintalah kepadanya agar berdoa kepada Allah untukmu, karena doa orang yang sakit seperti doa para malaikat.” (HR. Asy-Suyuti)

 

Beruntung kan org yg Allah uji diri mereka dgn kesakitan.
Dari sini dapatlah diambil pelajaran, tidaklah wajar manusia berprasangka buruk kepada Allah, janganlah berputus asa dari rahmat Allah serta bersabarlah dalam menerima takdir Allah. kita sebagai manusia perlu meyakini bahwa apabila Allah mentakdirkan sakit maka kita akan sakit, begitu pula apabila Allah mentakdirkan kesembuhan, tiada daya upaya kecuali dengan izin-Nya kita sembuh.
dan ingatlah, Allah sentiasa bersama dgn org2 yg sabar..



fitrah manusia itu pelupa. jadi perlulah diperingatkan. sakit itu peringatan dari Allah. mungkin hambaNya telah jauh dariNya. antara cara Allah nk dekatkan kembali hambaNya denganNya adalah dgn diberi kesakitan. bila sakit, lazimnya manusia akan lebih mendekatkan diri dgn Pencipta mereka.
tp, wajarkah, bila kita disembuhkan dari sakit dgn izin Allah, kita melupai siapa yg telah memberi kesembuhan. sama2lah koreksi diri..

peringatan kpd diri sendiri dan yg lain..
kalau sakit, sabar..
Allah sayang hambaNya yg sabar,
sedarlah, Allah sayang kita
sbb tu lah Allah uji..
Allah nak tengok sejauh mana hambaNya memelukanNya, mengharapkanNya, bergantung kpdNya..
jgn lupa kalu sakit, lafazkanlah kalimah Alhamdulillah, bersyukurlah kerana masih dalam perhatian Allah.
mungkin juga bila sakit, hati kita rindu kpd asalnya.
dr mana asalnya? tentulah dari penciptanya iaitu Allah.
jadi, bawalah hati kpd asalnya..

sabar ye..


Wednesday, April 21, 2010

KaU pErGi SeLaMaNyA..

sepanjang cuti sem ni byk sgguh dgr brite kematian.. lps sorg sorg.. td ade lg, skg dh xade..
kite xtau ble.. mgkin nt, esok, lusa.. wallahua'lam.. kematian tidak mengenal usia.. kecik, besar, tue, mude.. sumenye akn mati. sumenye akan tinggalkan dunia ni..

ptg td buke fb.. terbace la.. byk sgt yg tulis kat shoutout nurrul nadia syahida tlh prgi mninggalkan kite pg td. cm xcaye je.. tp tu la yg hakikatnya. arwah mninggal pg td. masalah paru2.. kalu xsilap paru2 berair.. arwah merupakan kawan sy di kospint dulu. Allah lebih syg kan dia.. moga ditempatkan dlm kalangan org2 yg beriman.

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan baru pada hari kiamatlah
disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke
dalam surga, maka sungguh ia beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah
kesenangan yang memperdayakan." Ali Imran: 185



ssgghnya, kematian ttp akn mengejar kita, walaupun kita dlm keadaan sihat. kita selalu melihat ada seseorang yang nampak sihat, tiba-tiba meninggal dunia. Jadi, kematian tetap akan menjumpai kita walau kita cuba lari drnya,
sebagaimana yg ditegaskan oleh Allah Swt. dalam surah  Al-Jumu'ah: 8;


"Katakanlah, sesungguhnya kematian yang kamu lari darinya, sungguh akan menemui
kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui yang gaib
dan yang nyata, lalu dia memberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan".

Rasulullah s.a.w. menggambarkan kehidupan dunia ini seperti ladang. Apabila seseorang menanam

kebaikan, maka akan memperoleh balasan kebaikan, iaitu syurga. Sebaliknya, apabila kejahatan yg ditanam, maka buahnya juga adalah kejahatan, iaitu neraka.

manusia telah memilih bagaimana pengakhiran kehidupannya. manusian juga lah yg mencorakkan seni kematian mereka sendiri. Dan pilihan itu ada pada bagaimana manusia itu menjalani kehidupannya. sesungguhnya dengan menjalani kehidupan bererti kita sedang berjalan menuju kematian kita.


Cukuplah kematian itu sebagai penasehat. (HR. Thabrani dan Baihaqi)


apakah ada dlm hati kita sekarang kematian itu sebagai penasihat terbaik kita..
dan memulai menyusun kehidupan kita untuk dijemput kematian dengan seni kematian yang begitu indah dalam Islam. selagi masih ada waktu.

wallahua'lam..

Sunday, April 11, 2010

Bagaimana Bercinta Cara Islam

www.iLuvislam.com
oleh: umairzulkefli*




Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti sedia ada jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu? Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya. Rasulullah s.a.w. pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin mengasihi dan dikasihi atau mencintai dan dicintai.

Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini. Ustaz Hassan Din telah memberikan pendapatnya mengenai hal ini dalam Al-Kulliyah di TV3 pada 28 Julai 2006, iaitu pada hari Jumaat. Tajuk perbincangan Al-Kulliyah ketika itu agak menarik ; iaitu "Jodoh".

Masyarakat Sudah Lari

Apabila diminta memberikan pendapat beliau, beliau telah mengatakan bahawa cara masyarakat sekarang mengendalikan perihal jodoh telah lari daripada syariat yang sepatutnya.


"Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang. Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan empunya diri dan terus menyatakan hasrat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji, bersumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan hubungan mereka itu. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, mak dan ayah tidak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan,” terang beliau.


Konsep Meminang

Beliau juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata beliau, “Ibu bapa mungkin sudah ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepada ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali keluarga dan calon menantu mereka dengan lebih jelas. Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah HARAM perempaun itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda. Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan,” jelas beliau lagi.


"Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan."

Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta. Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah dibincangkan sebelum ini. Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.


Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.






Perigi Cari Timba

Ada pula yang berkata, “Cara ini untuk lelaki bolehlah. Untuk perempuan, tak sesuai. Nanti orang kata, ‘macam perigi mencari timba’, ‘wanita tidak bermaruah’ dan macam-macam lagi.” Sabar dahulu saudari.

Sebenarnya ini merupakan pemikiran songsang yang telah diterapkan dalam masyarakat Melayu kita. Sebetulnya kita berbalik kepada Islam itu sendiri. Bagaimanakah Islam mengajar wanita yang berkeinginan bernikah untuk menyuarakan keinginanya? Mari kita kaji sirah.

Bukankah perkahwinan teragung antara junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan Siti Khadijah r.a. dimulakan dengan Siti Khadijah menzahirkan keinginannya? Ketika mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w., beliau merasakan yang dia tidak akan menjumpai sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melainkan Baginda. Oleh itu Siti Khadijah menyuarakan keinginannya kepada pakciknya, Abbas, agar merisik Muhammad s.a.w. Sesudah pihak Baginda bersetuju, barulah keluarga Nabi menghantar rombongan meminang. Begitulah yang diajarkan dalam sirah??

Jadi, tiada salahnya wanita yang memulakan dahulu. Bukankan itu lebih mulia, menyuarakan keinginan dan kebersediaan untuk mengikuti sunnah baginda Rasulullah s.a.w.? Cuma biarlah caranya sesuai dengan cara masyarakat kita. Jika seorang wanita itu telah mempunyai calon suami yang baik dan soleh, suarakan-lah kepada ibu bapa supaya mereka dapat menghubungi pihak keluarga lelaki tersebut. Biar orang tua yang menguruskan, kita cuma mencadangkan. Kalau kedua-dua pihak setuju, alhamdulillah. Maka pihak lelaki boleh masuk meminang.

Indahnya Cara Islam

Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh semua manusia kerana itulah fitrah insani. Insya-Allah jika segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan itu.



Lagu Pilihan Admin_Usah Putus Asa oleh Mirwana&Akbar


Untuk mereka yang masih menimba ilmu, tidak perlulah bersusah-susah mencari jodoh sekarang. Jodoh di tangan Allah, pasti bertemu jua dengan taqdirnya. Sekarang kita mempunyai matlamat yang lebih penting iaitu mendapatkan kecemerlangan dalam pelajaran dan menunaikan tanggungjawab kita sebagai muslim. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu kita pikul dan bercinta bukanlah sesuatu yang perlu buat masa sekarang. Berusahalah menjadi muslim dan muslimah sejati serta mengamalkan Islam dalam kehidupan kita.

Akan tetapi, bagi mereka yang merasakan diri sudah mampu untuk memikul tanggungjawab berumah tangga, mampu memberi nafkah zahir dan batin, maka bernikahlah. Tiada salahnya bernikah ketika belajar. Itu adalah lebih mulia daripada mereka yang ber’couple’, dan memuaskan nafsu mengikut telunjuk syaitan. Ikutilah cara-cara menuju pernikahan yang telah diterangkan di atas. Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.


"Jika tepat masa,ketika, keadaan dan SIAPA, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingannya" -Ustaz Pahrol Mohd Juoi, penulis buku "Tentang Cinta"

Thursday, April 8, 2010

Sayang Awak

xtau nk tulis ape.. cume bleh kate.. sedih.. nk nangis je rase..
need someone right now 4 sharing..
but.. xde..
xpe2.. tahan dulu.. jgn ngis lg ye..
=)
knp la mdh sgt air mata ni nk kuar..
huhu...

ingat nk share ngn awk.. tp awk ngh chat ngn kakak awk.. xkn nk ggu.. xpela.. simpan dulu ye..

sedih sorg2 dlu.. nt bru kgsi..
=)

ala.. knp lah xleh thn..
='(

awk.. sy syg awk.. sy brniat baik..
mgkin krn dosa2 sy..
ape yg sy smpaikan kat awk, xsampai..
xterkesan..

sy mitk maaf..
serius sy ckp.. sy btol2 syg awk..
sbb awk la kwn baik sy mse sek dlu..
kite slalu berkepit kn..
mane ade sy..,ade la awk..
mane ade awk.., adela sy..
=(

bile awk bgtau mslh awk kat sy..
sy cube sbaik mgkin tk tenangkan awk..
tp sy berjaye ke..?
die tu kawan baik sy jgk.. die kawn baik kite..
sy pn syg die jgk..
tp ssh..
msti awk kliru kan.. nk dgr ckp sy ke die..

awk.. sy syg sgt swk..
tp xtau mcm mane..
awk rase x sy syg awk..??
='(

sy tmbh sedih ble bce blog a.ali irSedikit Perkongsian ; Jika itulah yang kamu harapkan
Ini adalah Sebuah kisah tentang dua orang sahabat yang telah lama tidak bertemu. Suatu hari mereka kembali bertemu disebuah tempat, pertemuan ini membuat keduanya begitu bahagia, mengingat keduanya Ini adalah sahabat yang sangat erat hubungannya.

Mereka pun saling berbincang, bergurau senda, dan bernostalgia tentang kisah indah persahabatan mereka di masa lalu, hingga akhirnya pembicaraan mereka sampai kepada kehidupan mereka saat ini .

Lalu salah satu dari mereka bertanya kepada sahabatnya,

“ Mengapa hingga hari ini kau belum menikah?"

"Aku ingin mencari wanita terbaik untuk menjadi isteriku,"

"Lalu apakah kau telah menemukannya?"

"Dulu, aku pernah bertemu dengan seorang wanita, dia adalah wanita yang cantik dan cerdas, hingga aku yakin dialah yang terbaik untuk menjadi isteriku, namun setelah mengenalnya cukup lama, ternyata dia adalah wanita yang sombong. Aku tidak jadi menikahinya kerana dia bukan wanita terbaik untukku. Setelah itu, aku kembali bertemu dengan seorang wanita yang cantik, baik, solehah, dermawan & rendah hati. Hatiku mengatakan dialah wanita terbaik yang telah dipilihkan Allah untukku".
 "Lalu mengapa kau tidak menikahinya?".

Ia terdiam sejenak saat sahabatnya menanyakan hal itu, tak lama kemudian barulah ia kembali buka suara dan mengatakan :

" Kebelakangan ini barulah ku tahu, ternyata ia sedang mencari laki-laki terbaik utk menjadi suaminya".

Pengajaran kisah ini, sebelum kita mencari yang terbaik, jadilah yg terbaik lebih dahulu. Kerna lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik. Begitupun sebaliknya.

nk je sy hantar kat awk yg ni..
tp bile sy tringt ape yg die kte kat sy..
sy xjd hntr..
sy isaw nt die pk sy cube nk rosakkan sglanye..
awk mst brthu die kalu sy hntr kn..

sy sdih.. sy nk yg trbaik tuk awk..
apa kan daya sy..
sy lemah..
sy hnya mmpu brdoa yg trbaik tu awk..

cmne ni..
hati sy sakit skg..
tmbh skit ble thu masalah awk nih..
='(

awk.. maafkn sy ye kalu sy trslah ckp,
guriskan hati awk..
sy xpndai nk ckp cmne..
tp sy nk awk tahu..
sy nk yg trbaik tuk awk..

.........................................................................................................................
ntah pa pe mgrut pg2 bute nih..
huhuh..
='(

Monday, April 5, 2010

Tudung / jilbab

Sekarang ni,,, untok para muslimah, mari kita tingkatkan ketaatan kita pada ALLAH dengan memperbaiki tudung/jilbab kita yg kurang betul.



Mari kita tengok Qur'an soalan ini:



Qs.24 Nuur:31. Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka MENUTUPKAN KAIN KERUDUNG KE DADANYA



Qs.33 Ahzab:59. Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya KE SELURUH TUBUH MEREKA". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.



Qs.7 A'raaf:26. Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup AURATmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.



Dari Ayat diatas, paling kurang boleh ditarik beberapa point:

1. PAKAIAN HARUS LONGGAR KE SELURUH TUBUH


2. TUDUNG/JILBAB KENA MENUTUPI DADA


3. BENTUK TUBUH TAK BOLEH NAMPAK


4. RAMBUT IALAH PERHIASAN WANITA MAKA TAK BOLEH NAMPAK



Tambahan 1 lagi ialah disarankan agar gunakan warna yg tak menarik/memikat... sederhana lagi disukai ALLAH daripada berlebihan. Untok guna pakaian ini pun tak perlu yg mahal sangat, kerana membazir dalam harta ialah sesuatu yg disuka sangat oleh Syaithan.



Qs. 17 Israa':27. Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.



Dan dibawah ini ialah tulisan soalan WAJIBNYA TUDUNG/JILBAB BAIK DALAM QUR'AN MAUPUN ALKITAB CHRISTIAN kat wall post beberapa hari lalu

--------------------------

Seringkali, umat kufar tak suka & menghina muslimah yg bertudung/jilbab, bahkan selalunya mereka berlaku tak adil pada muslimah itu, meski di kerajaan/negeri dengan mayoriti Islam.



Ada pulak Islam Liberal, dengan mengaku muslim tapi membenci Islam, mengatakan jika tudung/jilbab itu tak wajib, rambut itu bukan aurat, demi kebebasan wanita, hak azasi dan hal lainnya.



Kita tak payah risau dengan segala celaan orang yg mencela, kerana dia orang kufar lah yg tak membaca alkitab christian mereka dengan hati kecil mereka yg jujur.



Jika tudung benar, apa buktinya???

Jika tudung salah, apa buktinya???



Tudung/jilbab pun diwajibkan oleh alkitab christian. Sy cakap seperti ini bukan menurut hati sy, tapi sy selalunya cakap dengan BUKTI TERKUAT, yaitu dari kitab masing-masing agama kerana kitab itu diakui "katanya" sebagai perkataan TUHAN.



Tudung pun diwajibkan oleh alkitab christian.



1 Korintus 11:5 Tetapi tiap-tiap perempuan yang berdoa atau bernubuat dengan kepala yang tidak bertudung, menghina kepalanya, sebab ia sama dengan perempuan yang dicukur rambutnya.



11:6 Sebab jika perempuan tidak mau menudungi kepalanya, maka haruslah ia juga menggunting rambutnya. Tetapi jika bagi perempuan adalah penghinaan, bahwa rambutnya digunting atau dicukur, maka HARUSLAH IA MENUDUNGI KEPALANYA.



11:7 Sebab laki-laki tidak perlu menudungi kepalanya: ia menyinarkan gambaran dan kemuliaan Allah. Tetapi perempuan menyinarkan kemuliaan laki-laki.



11:8 Sebab laki-laki tidak berasal dari perempuan, tetapi perempuan berasal dari laki-laki.



11:9 Dan laki-laki tidak diciptakan karena perempuan, tetapi perempuan diciptakan karena laki-laki.



11:10 Sebab itu, PEREMPUAN HARUS MEMAKAI TANDA WIBAWA DI KEPALANYA oleh karena para malaikat.



11:11 Namun demikian, dalam Tuhan tidak ada perempuan tanpa laki-laki dan tidak ada laki-laki tanpa perempuan.



11:12 Sebab sama seperti perempuan berasal dari laki-laki, demikian pula laki-laki dilahirkan oleh perempuan; dan segala sesuatu berasal dari Allah.



11:13 Pertimbangkanlah sendiri: PATUTKAH PEREMPUAN BERDOA KEPADA ALLAH DENGAN KEPALA TIDAK BERTUDUNG?



Ayat diatas diambil dari surat pertama Paulus kepada jemaat di korintus.

Tapi ajaran yg sudah hilang, ditinggalkan & tak diikuti lagi oleh ummat terdahulu, dimurnikan lagi oleh ALLAH dalam Qur'an:



Qs.33 Ahzab:59. Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya KE SELURUH TUBUH MEREKA". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.



Qs.24 Nuur:31. Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka MENUTUPKAN KAIN KERUDUNG KE DADANYA, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.



Qs.24 Nuur:60. Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haid dan mengandung) yang tiada ingin kawin (lagi), tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan, dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Bijaksana.



Qs.7 A'raaf:26. Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.



Dan kenyataannya, ummat Islam-lah yang mengamalkan kewajiban tersebut sehingga masa ni. Lalu, jika tudung/jilbab diwajibkan oleh alkitab christian, mengapa mereka membenci muslimah bertudung?



Bagi saudari muslimah yg belum bertudung, mari kita bertudung, apa mau ditunggu lagi??? Ramai muslimah cakap belum siap, masih merasa tak baik, dan lainnya. Jika kena tunggu baik, maka sampai mati pun tak kan pernah merasa baik kerana manusia akan selalu merasa berdosa kerana kesilapan di masa lalu, kita ni manusia memiliki nafsu, bukannya malaikat yg selalu berbuat benar kerana tak ber-nafsu.



Dan bagi saudari muslimah yg sudah bertudung, mari perpaiki tudung kita dengan MENUTUPKAN KAIN TUDUNG KE DADA & MENGULURKAN KERUDUNG KE SELURUH TUBUH seperti yg perintahkan oleh ALLAH (bukan diperintah oleh manusia) dalam Qur'an.



Bagi saudari yg tudungnya sudah baik, mari kita ajak sekitar kita, rakan & saudari kita untok bertudung sahaja dahulu. Untok awal pertama, tak payah menutupi dada pun tak apa. Semua kena dilakukan bertahap, pelan-perlahan.



Ratu kecantikan yang ikut "Miss Universe Contest" pun tak tahu malu & tak ber-adab. Bahkan tak ber-adab sama sekali kerana maksiat yg dia lakukan di syiar-kan pada ramai orang sekali, bukan 1-2 negara, tapi syiar maksiat itu menyebar ke seluruh dunia.



Jadi menurut budaya barat, mengenakan bikini "2 pieces" itu masih biasa sahaja, masih sopan. Ada lagi yg teruk iaitu Lelaki, wanita, remaja, tua, muda, budak kecil pun lari sama-sama dengan telanjang bulat!



Bukan dalam gedung, tapi di jalan raya sekali..!!! Masok televisien pulak!!



Jika saudara mempunyai istri & anak gadis, bolehkah jika mereka menjumpai acara lari massal telanjang berkenaan???



Sekarang, ingin disukai para kufar dengan tak guna tudung? atau... ingin disukai ALLAH kerana bertudung?



Jadi,,, 1 bukti lagi... ISLAM TERBUKTI BENAR....



Qs.3 Ali Imran:85 Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka SEKALI-KALI TIDAK AKAN DITERIMA daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi



Qs.3 Ali Imran:19 Sesungguhnya agama disisi Allah HANYALAH Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, karena kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya

10 muwasafat tarbiyah

Sifat-sifat yang perlu ada pada diri seseorang daie ialah:




1. Aqidah yang sejahtera (Salimul Aqidah) redha Allah sebagai Rabb, Islam sebagai Deen dan Muhammad saw sebagai Nabi. Sentiasa muraqabah Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir. Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.



2. Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah) perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya. Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram. Tidak melampau atau berkurang (pertengahan).



3. Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq) Akhlak kita ialah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw. Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan dai iaitu sensitif, tawadhu', benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dll.



4. Luas pengetahuan (Mutsaqqafal Fikri) perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain. Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan diterangkan oleh ulama yang thiqah. Pesan Imam Banna: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi. Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari seerah, kesah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.



5. Sihat tubuh badan (Qawiyyal Jism) dakwah berat tanggungjawab dan tugas - perlukan badan yang sihat dan kuat. Rasulullah saw menitikberatkan soal ini. Maksud Hadis : Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan. Pesanan al-Banna: Memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riyadhah dan tidak memakan/minum suatu yang merosakkan badan.



6. Mampu berdikari (Qadiran ala Kasbi) walaupun kaya, perlu bekerja. Tidak terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan/resmi. Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan. Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan). Menjauhi riba dalam semua lapangan. Menyimpan untuk waktu kesempitan. Menjauhi segala bentuk kemewahan apatahlagi pembaziran. Memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam.



7. Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi) perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam. Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam. Daie mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.



8. Sangat menjaga masa (Haarithun ala Waqtihi) waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula. Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka...Aku adalah makhluk baru.. menjadi saksi kepada manusia.



9. Tersusun urusannya (Munazzamun fi syu’unihi) untuk manfaatkan waktu dengan baik.. perlu penyusunan dalam segala urusan. Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.



10. Bermanfaat pada orang lain (Nafi’un li ghairihi) Daie umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain. Dai adalah penggerak dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup mati Islam bergantung kepada daie. Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan. Dai merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.

sebagai perkongsian dan peringatan..
dipetik drp halaqah.net