Pages

السلام عليكم

Thursday, December 9, 2010

KeRinDuAn iTu...



Setitis air mata yang menitis dari kolam mata menyucikan hatiku dan memberiku pemahaman rahsia kehidupan.


Seulas senyum yang terukir di bibir menjadi sebuah tanda kebahagiaanku dalam kewujudan.
Ketika awan berarak menghamparkan langit malam, tiba bunga menguncupkan kelopak dan memeluk kerinduannya. Tatkala pagi menghampiri, ia membuka bibirnya demi menyambut ciuman  matahari. Sungguh indah.

Namun yang indah itu tidak selamanya                                                                         
Segala yang berupa sempurna kan berkurang pada akhirnya
Maka janganlah terperdaya oleh indahnya perhiasan dunia                                      
Sungguh pahit, semua ini meluluhkan segala hati
****
Setiap fajar pagi dan tirai malam menjelang aku terusik,
Sebab namaMu sentiasa terlantun
NamaMu mengirimkan semangat ke dalam qalbuku..

Hatiku tenteram dan damai jika aku diam sendiri ketika bersamaMu. Oh Penawarku,  hatiku pulih jika bersama denganMu. Tapi kadang, diriku tercerai dengan adanya fana dunia. Hasratku adalah kembali bertaut denganMu, melabuhkan rindu yang tersangkut di pohonan dunia.

Wahai angin, buatlah tarian ranting-ranting dalam zikir kepadaNya. Lihatlah pepohonan ini! Semuanya gembira bagaikan sekumpulan kebahagiaan. Sebab engkau telah merasakan bagaimana nikmatnya.” Aku bahagia dan tenang melihatnya. Hatiku damai.

Di manapun, segalanya akan sampai pada jawapan “YA” dalam pertanyaan : “Bukankah Aku ini Robbmu ?” Allahuakbar! Semuanya milikMu.

Sujudku hanya padaMu
Tangisku dikelilingi cahaya
Ku berserah diri padaMu
Taubatku yang selama ini dipenjara dosa-dosa hidupku
Kesedihan merapati jiwaku
Keresahan sentiasa melingkupkan diriku
Meronta-ronta tercari-tercari dalam penjara sendiri
Ya Robb, tangisan ini dan keangkuhanku yang memusnahkan segala keimanan diriku
membawaku bertemu sujud kembali kepadaMu
menginsafi selama ini aku amat sedih                                                                            
sedangkan aku amat rindu padaMu...

Monday, December 6, 2010

~RaPuH~









detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu


Opick- Rapuh

Sunday, December 5, 2010

MeMoRi iTu...




Aku sangat menyayangi jalan memori

Sebuah kerinduan yang membugar hati
Walau mahu ditukar ganti
Tetap saja aku tidak mahu peduli

Namun aku tidak akan menoleh kembali
Pada jalan yang ditinggal pergi
Ada hitam kelam dan putih suci
Tanda dan bukti aku cuma manusiawi

Aku membungkus segala kenangan silam
Dan jalan memori semalam
Lantas dipatri dalam lubuk hati terdalam
Ia menyerak dalam sukma terpendam

Segala jalan-jalan perjuangan yang kulalui
Akan aku kenangi dengan sesungguhnya pasti
Sebuah jalan yang memberikan makna dan tafsiran indah murni
Pada sebuah kehidupan duniawi

Aku menyisih segalanya teliti
Dan mengemaskan perasaan sendiri
Di dalamnya ada cinta dan restu Ilahi
Buat diguna di hadapan nanti

Lalu aku mengucapkan selamat jalan
Pada jalan memori semalam
Membungkusnya dalam kotak dimensi
Lantas berinjak pergi
Menuju perjuangan jalan abadi

Friday, November 26, 2010

~iNsOmNiA?? > Try to do this~



Diriwayatkan oleh Al-Tabrani dan Ibn Al-Sunni, daripada Hajjaj bin Imran Al-Sadusiy, daripada Amru bin Al-Husain, daripada Muhammad bin Abdillah, daripada Thaur bin Yazaid, daripada Khalid bin Ma’dan, daripada Abdul Malik bin Marwan bahawa bapanya pernah mengatakan bahawa Zaid bin Thabit pernah mengadu kepada Nabi s.a.w tentang penyakit tidak boleh tidur malam yang menimpanya. Lalu Baginda s.a.w. mengajarnya doa ini:

اللَّهُمَّ غاَرَتِ النُّجُومُ، وَهَدَأَتِ العُيُونُ، وَأَنتَ حَيٌ قَيُّومٌ، ياَ حَيُّ،

ياَ قَيّومُ، أَنِم عَينَيَّ وَأَهدِئ لَيلِي

Maksudnya: ya Allah, telah malap bintang2, dan telah tenang mata-mata manusia, dan Engkau Maha Berkuasa, wahai yang Maha Berkuasa, lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini. 
(Riwayat Al-Tabrani dan Ibn Sunni, no.749 tahqiq Ahmad Tahir)

Menurut hadis riwayat Ibn Sunni, Zaid bin Thabit r.a. yang mengalami masalah sukar tidur (insomnia) akhirnya dapat tidur dengan nyenyaknya berkat doa yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. ini.

Doa ini juga boleh dibaca pada pesakit dan air. Caranya ialah meletakkan tangan kanan pada dahi pesakit semasa membaca doa, lalu tiup kedua2 belah matanya. Air yang dibacakan doa ini boleh diminum dan mandi. 
(Buku karangan Prof. Dr. Haron Din, doa dan rawatan pesakit)

Menurut Tiki Kustenmacher, terdapat beberapa petua untuk mudah tidur:
1.      1. Berfikiran positif terhadap tidur itu sendiri. Kajian menunjukkan mereka yang tidur pada waktu tengahari dapat mengurangkan kebarangkalian ditimpa sakit jantung sebanyak 30%.

2.         2. Biasakan tidur mengikut jadual.

3.         3.Tidurlah dalam suasana yang tenang dengan kadar kegelapan yang sesuai, suhu yang selesa, supaya tidak terlalu panas.
4    Tidur yang berkualiti lebih baik daripada tidur yang panjang tetapi tidak menghilangkan rasa penat.

5.        4. Dengar kepada sesuatu hingga anda rasa penat.                                                                                          
(    cadangan agar mendengar bacaan Al-Quran pada stereo automatic yang akan terhenti mengikut waktu yang ditetapkan)

6.     5.  Makan makanan yang tinggi karbohidrat agar dapat tidur yang lebih berkualiti. Kurangkan minum air yang boleh mengganggu keselesaan tidur.

7.      6. Bangun tidur dengan beransur2, tarik dan hembus nafas. 
    (mengikut kajian Dr. Fadzillah Kamsah, tarik nafas dengan angka 14, tahan dengan bilangan 14 juga dan kemudian hembus dengan kadar 14 untuk mendapat tubuh yang bertenaga)


*Moga Allah permudahkan segala usaha yang dilakukan and everything back to Robb..

Saturday, October 2, 2010

AbOuT GAGA

berhati2 lah sesiapa yg minat gaga yer.. krn dia cube memesongkan akidah umat Islam..

sila baca, jika berminat dan ingin mengetahui tentang LADY GAGA..




Assalamualaikum ... 



Semoga apa yang nak saya sampaikan hari ini dapat memberi sedikit manfaat kepada semua khususnya kepada peminat peminat cik Gaga ni .Insya-Allah .Baru-baru ni terdetik nak menyiasat perkembangan baru cik Gaga yang saya sudah tahu tentang dia dan illuminati .Rupanya video untuk lagu Alejandro iaitu lagu baru dia dah release .Banyak kontrevasi tentang video ni .Time nak tengok tu macam ragu-ragu jugak .Yelah vid cik Gaga ni saya sudah sedia maklum banyak unsur-unsur lucah .Tapi oleh sebab nak mengkaji apa yang ada dalam vid dia kali ni jadi saya play jugak vid dia. Jadi seperti yang disangka .Banyak benda yang dapat dilihat dalam video yang membuktikan yang dia memang Illuminati puppet .Ramai lagi artis Hollywood pun sama tapi dia yang paling berpengaruh so far .. 



Video yang mencapai lebih dari 20 juta viewer kali ni lebih berani dan mengandungi banyak simbolik .Saya akan cuba explain dari apa yang saya dah dapat di satu web Rasanya ramai jugak yang dah tahu cik Gaga adalah salah satu artis dibawah naungan illuminati .Bagi mereka yang tak tahu apa itu illuminati boleh lah ke web ni http://mistisfiles.blogspot.com/ and tengok dekat belah kanan cari Jentera Fitnah Al-Masih Ad-Dajjal ..Ada complete explanation tentang Illuminati and Freemason juga Lepas dah faham boleh teruskan baca apa yang nak saya explain lepas ni ..



Dalam video terbaru dia .Ada sesuatu yang cuba disampaikan .Ada jalan cerita yang tersembunyi disebalik lagu yang dinyanyikan .Kalau hanya dengar lagu ,mungkin tak banyak yang kita boleh tahu .Kita akan mula analisa dari permulaan video lagu Alejandro – Lady Gaga hingga habis. Ini adalah jalan cerita berdasarkan video .Jangan hanya baca buka mata tapi baca buka minda!!














Video dimulakan dengan laki-laki membuat beberapa formasi dan beberapa dari mereka kepala mereka ditutup dengan sarung, mungkin mengisyaratkan bahawa itu adalah orang-orang tahanan dari beberapa macam. Salah satu laki-laki adalah dalam bentuk piramid sementara yang lain memegang hexagram sebagai tahanan berbaris.






“I know that we are young.
And I know you may love me.
But I just can’t be with you like this anymore, Alejandro.” 








Selepas tu diteruskan dengan proses pemakaman .Perarakan membawa keranda yang kita dapat nampak Cik Gaga kat depan tu mengenakan jubah hitam dan membawa Sacred Heart (Hati Kudus) .Sacred Heart ni adalah pendarahan hati Tuhan untuk umat manusia (dalam kepercayaan kristian). Kenapa kata Sacred Heart ? Tengok gambar bawah ..Hati yang Lady Gaga pegang tu ada bukan hati biasa biasatapi ada paku dan dawai yang di lilit-lilit (simbolik) yang sama macam Sacred Heart of Jesus (merujuk kepada hati Jesus)..Google untuk baca lebih lagi ..














But I just can’t be with you like this anymore, Alejandro. Siapa Alejandro? Seorang lelaki yang dia tak boleh bersama ke? And then dia curang dengan Roberto dan Fernando? (berdasarkan lirik). Jawapan nya tak .Alejandro bukan seorang lelaki. Kalau dengar lagu tanpa tengok video mungkin takkan faham . Gambaran video ni mengatakan bahawa Alejandro mungkin membawa maksud sesuatu yang lebih dalam.. Jadi kalau bukan manusia .Apa dan siapa Alejandro ?














Kemudian Gaga ni dipaparkan dalam kedudukan berkuasa, memakai mahkota hitam sambil melihat tahanan melakukan persembahan untuknya. Gaga kemudian mengalihkan satu goggle. Sekaligus mempamerkan simbol illuminati - The All-Seeing Eye (bukan sekali tapi banyak kali) untuk mendedahkan sifat sejati dari kekuatannya .












Selepas itu ada sebuah adegan simbolik lagi, seorang tentera dipaparkan dipasang ke string, seperti boneka. Yang jelas menunjukkan yang ada seseorang ‘control’ dia .Atau senang kita guna istilah dia adalah ‘mind-control slave’ .Dia tidak boleh mengawal pergerakan sendiri.. Dan memegang senjata di kemaluannya. Wajah dianampak kosong, nampak bingung betul betul seperti seorang hamba yang di-control segala pergerakannya - oleh Gaga si illuminatist tak guna .













Dalam adegan selanjutnya, Gaga sedang berbaring ,memakai red latex suit yang untuk biarawati tu (Kristian) dan memegang tasbih .Okay jadi boleh nampak kan ..Waktu scene ni gaga pandang ke langit dan menyanyi part : “Stop, please, just let me go, Alejandro” .Sebaik saja dia sebut “Alejandro” Gaga mengangkat dua tangannya kelangit . Jadi dalam ni kita boleh nampak dengan jelas nampak yang Alejandro merujuk kepada tuhan bukan manusia .






“She hides true love
En su bolsillo.
She’s got a halo ’round her finger,
Around you.”






Maksud lirik ni pulak .A halo' bermaksud ia dianggap "suci"(holy). Around her finger(cincin kawin) merupakan penyatuan Gaga dengan tuhan melalui agama, tapi dia sekarang malu dengan pernikahan ini kerana suaminya telah mati.Jadi dia menyembunyikan cincin itu di bolsillo nya, bolsillo dalam Sepanyol yang bermaksud poket dan mula menyalahkan tuhan . 

Selepas sahaja lirik tu ..Konsep penolakkan (rejection) ditujukan kepada Tuhan bermula ..Kerana Tuhan nampaknya tidak memenuhi keperluan rohani Gaga. Dia kemudian memutuskan untuk mencari ketuhanan diri .Dengan memeluk satu spirituality yang baru .Dalam video ni lebih menunjukkan yang Gaga telah bertukar dari biarawati menjadi paderi Luciferian (Syaitan) . Kenapa kata jadi paderi Syaitan ?








( Mata Satu yang kita tahu simbolik kepada Illuminati)







Saya kata paderi syaitan sebab tengok jelah jubah Gaga di atas .Ada banyak sangat simbol salib terbalik .Ni menunjukkan bahasa simbol yang membawa maksud yang jelas .Kita tahu salib adalah simbol keimanan bagi agama Kristian kerana mewakili pengorbanan Jesus & kebangkitan . Dalam Kristian, salib terbalik dikenali sebagai "Cross Of St.Peter", untuk menghormati Simon Peter yang diminta untuk disalibkan terbalik kerana dia merasa tidak sesuai untuk dihukum mati dalam hal yang sama seperti Kristian lain .,Tapi dalam kalangan bukan-Kristian, salib terbalik merupakan simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa negatif kerana simbol terbalik selalu ditemui dalam ilmu hitam dan Satanisme iaitu pemujaan syaitan..








Salib terbalik dan pentagram terbalik adalah simbol yang selalu digunakan untuk berhubung dengan syaitan .Untuk memuja dan menyeru syaitan .
















“ In symbolism, an inverted figure always signifies a perverted power (…)Black magic is not a fundamental art; it is the misuse of an art. Therefore ithas no symbols of its own. It merely takes the emblematic figures of white magic, and by inverting and reversing them signifies that it is left-handed.”- Manly P. Hall 


Waktu ni lirik ni yang dinyanyikan menunjukkan gaga tidak mahu diganggu oleh tuhan . 

Dont bother me, Dont bother me, Alejandro (merujuk kepada tuhan) 

Don't call my name ,Don't call my name, Bye Fernando .

I'm not you're babe , I'm not you're babe, Alejandro (tuhan)






Salib terbalik (simbol syaitan) ditempatkan pada kedua bahu gaga, menjadi simbol tiang. Dilapiskan dan digabungkan dengan simbol terbalik di alat kelaminnya. Di angkat oleh sekumpulan lelaki dalam satu bulatan .Mengangkat seperti mengagungkan Gaga,menyambut kedatangan Gaga ke dalam kumpulan mereka .















Sebaik sahaja lepas tu menunjukkan Gaga memasukkan tasbih kedalam mulutnya . Tasbih adalah serangkaian manik-manik yang digunakan dalam tradisi Katolik untuk berdoa dan meditasi. Dalam Islam sendiri ada tasbih . Jadi dengan menelan tasbih, Gaga menggabungkan dalam dirinya simbol ketaatan dalam agama dan juga bermaksud cara Gaga untuk mendapatkan Ketuhanan dengan cara sendiri. Dia ingin mencapai keilahian dengan satu cara sendiri. Itu adalah prinsip aktif Lucifer .Jelas menunjukkan yang Gaga bukan menyembah tuhan tetapi Lucifer ..














I’m not your babe I’m not your babe , Fernando .Waktu menyebut perkataanFernando ,Gaga membuat simbol tangan macam tu (yang jelas merujuk kepada Jesus) .Itu adalah tanda berkat bagi ajaran Kristian, Katolik kepada mereka yang dianggap Suci. Jangan lah ingat Gaga tu buat simbol tu suka-suka .Sebab semua simbol membawa makna yang tersendiri .Kita yang kena solve apa makna dia ..













Dapat tengok kan kat belakang Gaga ada salib ..Gaga dah menghina kristian cukup banyak dalam video dia .Gaga menyanyi sambil memandang keatas dan kemudian dia mengulang-ulang lirik :






" Don't call my name, Don't call me Name Bye Fernando (Jesus) " 







Dan di akhir video ..Ditunjukkan Gaga dilampirkan bersama strings ..Pada mulanya Gaga control lelaki tu dan akhir video ditunjukkan Gaga pula di-control ..Oleh siapa ? Fikir-fikirkan lah siapa yang control cik Gaga ni .Siapa dalang disebalik semua ni ?Siapa ketua ?Anda mampu cari jawapan nya kan ? Insya-Allah pasti .


Sebagaimana disebutkan di atas, video Alejandro sangat kompleks dan simbolik, dan sesuai untuk multitafsir. Boleh jadi macam-macam .bergantung pada pengetahuan si pemerhati dan sudut pandangan masing-masing. Namun demikian, rasanya bahagian-bahagian video Alejandro dalam ni jelas and tak perlu banyak teka teki macam video Telephone dan Bad Romancae.J adi apa yang gaga nak cuba sampaikan dari video nya? Dalam ni gaga menolak iman Kristian oleh mengotori simbol dan menunjukkan yang ada satu kuasa spiritual lain .Hmm lepas ni apa ? Menghina Al-Quran dan Islam ?.Nauzubillah jauh-jauhkan la ya Allah ...













Cik Gaga ni membawa bersamanya semua agenda illuminati dan taktahu la macam mana ramai yang boleh terpukau dengan dia . Namun saya yakin dah ada banyak peminat dia yang mula ragu-ragu dengan diri Gaga ,tindakan nya dalam setiap video. tapi masih tidak boleh berhenti mendengarkannya. Ingin saya katakan kat sini ,berhentilah mendengar lagu Gaga .Tidak mustahil nanti dia akan cuba menyelitkan lirik yang akan menyebut La-la-la Allah .(Tiada Allah) .Dan kita sebagai manusia sentiasa lalai .Tanpa iman mungkin kita akan menyanyikan lirik tersebut (dengan alasan ia hanya lagu) dan pada saat itu ,apa akan jadi ? Ya Allah ,lindungi lah kami dari tipu daya syaitan dan sekutu nya .Amin ya rabbalalamin.. 



sumber asal : vigilant citizen :)






Sesungguhnya pendengaranpenglihatan dan hati,semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya" (Al-Isra' 17:36)

think first..  ur iman, akidah n Islam