Pages

السلام عليكم

Friday, November 26, 2010

~iNsOmNiA?? > Try to do this~



Diriwayatkan oleh Al-Tabrani dan Ibn Al-Sunni, daripada Hajjaj bin Imran Al-Sadusiy, daripada Amru bin Al-Husain, daripada Muhammad bin Abdillah, daripada Thaur bin Yazaid, daripada Khalid bin Ma’dan, daripada Abdul Malik bin Marwan bahawa bapanya pernah mengatakan bahawa Zaid bin Thabit pernah mengadu kepada Nabi s.a.w tentang penyakit tidak boleh tidur malam yang menimpanya. Lalu Baginda s.a.w. mengajarnya doa ini:

اللَّهُمَّ غاَرَتِ النُّجُومُ، وَهَدَأَتِ العُيُونُ، وَأَنتَ حَيٌ قَيُّومٌ، ياَ حَيُّ،

ياَ قَيّومُ، أَنِم عَينَيَّ وَأَهدِئ لَيلِي

Maksudnya: ya Allah, telah malap bintang2, dan telah tenang mata-mata manusia, dan Engkau Maha Berkuasa, wahai yang Maha Berkuasa, lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini. 
(Riwayat Al-Tabrani dan Ibn Sunni, no.749 tahqiq Ahmad Tahir)

Menurut hadis riwayat Ibn Sunni, Zaid bin Thabit r.a. yang mengalami masalah sukar tidur (insomnia) akhirnya dapat tidur dengan nyenyaknya berkat doa yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. ini.

Doa ini juga boleh dibaca pada pesakit dan air. Caranya ialah meletakkan tangan kanan pada dahi pesakit semasa membaca doa, lalu tiup kedua2 belah matanya. Air yang dibacakan doa ini boleh diminum dan mandi. 
(Buku karangan Prof. Dr. Haron Din, doa dan rawatan pesakit)

Menurut Tiki Kustenmacher, terdapat beberapa petua untuk mudah tidur:
1.      1. Berfikiran positif terhadap tidur itu sendiri. Kajian menunjukkan mereka yang tidur pada waktu tengahari dapat mengurangkan kebarangkalian ditimpa sakit jantung sebanyak 30%.

2.         2. Biasakan tidur mengikut jadual.

3.         3.Tidurlah dalam suasana yang tenang dengan kadar kegelapan yang sesuai, suhu yang selesa, supaya tidak terlalu panas.
4    Tidur yang berkualiti lebih baik daripada tidur yang panjang tetapi tidak menghilangkan rasa penat.

5.        4. Dengar kepada sesuatu hingga anda rasa penat.                                                                                          
(    cadangan agar mendengar bacaan Al-Quran pada stereo automatic yang akan terhenti mengikut waktu yang ditetapkan)

6.     5.  Makan makanan yang tinggi karbohidrat agar dapat tidur yang lebih berkualiti. Kurangkan minum air yang boleh mengganggu keselesaan tidur.

7.      6. Bangun tidur dengan beransur2, tarik dan hembus nafas. 
    (mengikut kajian Dr. Fadzillah Kamsah, tarik nafas dengan angka 14, tahan dengan bilangan 14 juga dan kemudian hembus dengan kadar 14 untuk mendapat tubuh yang bertenaga)


*Moga Allah permudahkan segala usaha yang dilakukan and everything back to Robb..

No comments: