Pages

السلام عليكم

Wednesday, July 13, 2011

semut-semut

sy suka tengok dan hayati cara hidup dan komunikasi semut. banyak pengajaran yang boleh diambil dari kehidupan makhluk ciptaan Allah yang kecil ini. walaupun semut merupakan binatang yang kecil namun semut-semut ini tetap sentiasa bersatu dan tidak menjadikan faktor fizikal mereka sebagai alasan untuk bermalas-malasan, malahan semut merupakan antara serangga yang rajin.

cuba perhatikan ayat di bawah ini;

Dan dikumpulkan kepada Sulaiman para tenteranya dari jin dan manusia dan burung-burung maka mereka dibahagi-bahagikan/dibariskan dengan tertib. Sehingga ketika mereka sampai atas/di lembah semut, berkata seekor semut “wahai semut-semut masuklah kalian ke tempat tinggal/sarang-sarang kalian agar tidak dipijak (oleh) Sulaiman dan bala tenteranya”, sedangkan mereka tidak merasakan/menyedari(nya).  (An-Naml : 17-18 )

masa kecik-kecik dulu, selalu jugak dengar orang tua-tua cakap semut ni macam manusia jugak. boleh berkomunikasi, cuma kita je yang tak faham. kalau tak percaya, tengok bila semut jumpa semut, mesti semut-semut ini akan berhenti. nampak rupanya cam bersalam pun ada. mungkin saling bertanya khabar. bagus kan. tak pernah pulak tengok semut gaduh-gaduh. kalau dalam keadaan susah sekali pun, semut tak akan tinggalkan semut yang lain bersendirian. tak percaya? cuba perhatikan. boleh dikatakan susah senang bersama la.

pada masa lalu, mungkin ada orang yang mempersendakan al-Quran, menganggapnya sebuah buku yang penuh dengan cerita-cerita dongeng dan cerita yang direka-reka. namun, sekarang telah banyak penyelidikan yang di buat yang menunjukkan dan membuktikan bahawa al-Quran bukanlah sebuah buku yang menceritakan kisah-kisah dongeng. tapi ianya adalah sebuah kitab suci, kalam Allah, yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. ianya juga jelas menunjukkan semua yang tercatat di dalam al-Quran adalah benar-benar belaka. sebagai seorang muslim yang beriman, wajiblah kita mempercayai al-Quran.

pada masa kini pelbagai penyelidikan telah dibuat yang menunjukkan kepada kita beberapa fakta mengenai cara hidup semut-semut ini. tahukah anda, penyelidikan menunjukkan binatang atau serangga yang paling hampir menyerupai cara hidup manusia adalah semut. 

ini boleh dilihat dari penemuan-penemuan berikut mengenai semut:

1) semut-semut mengebumikan semut-semut yang mati seperti manusia melakukannya.

2) semut-semut mempunyai sistem pembahagian tenaga kerja yang canggih, mereka mempunyai pengurus, pekerja, penyelia dan lain-lain lagi.

3) sekali sekala bertemu antara mereka, mereka berbual.

4) semut-semut juga mempunyai kaedah komunikasi yang agak maju.

5) mereka juga kerap mengadakan pasar-pasar, di mana mereka bertukar barangan.

6) mereka menyimpan bijirin untuk tempoh yang panjang di musim sejuk; dan jika bijirin mula bertunas, mereka memotong akarnya seolah-olah mereka mengetahui jika dibiarkan tumbuh ia akan rosak. jika bijirin yang disimpan ini basah akibat hujan, mereka akan mengangkutnya keluar ke cahaya matahari untuk dikeringkan. setelah kering mereka membawanya kembali ke dalam se olah-olah mereka mengetahui bahawa kelembapan akan mengakibat pertumbuhan sistem akar dan seterusnya kerosakan bijirin.

ini adalah kajian yang telah dilakukan. mungkin betol. apa-apa yang baik, boleh diambil pengajaran, kita ambil dan aplikasikan dalam kehidupan seharian.

subhanallah... sungguh banyak rahsia alam. Allahuakbar, yang menciptakan semuanya. Alhamdulillah.....


6 comments:

wafa zinnirah92 said...

Assalamualaikum wbt,

Fatin sukalah p0st k.uda kali ini..

Best sangat, boleh x fatin nak copy? fatin nak simpan.. boleh kongsi dengan adik2 pesat fatin..

Teruskan menulis ya akak.. =)

~permata yang dicari~

wafa zinnirah92 said...

Assalamualaikum wbt,

Fatin suka dengan tajuk k.uda kali ini.. =)

Teruskan menulis.. boleh x fatin nak copy tajuk ni? fatin nak simpan..

Nanti boleh kongsi dengan adik2 pesat Fatin.. ^^

~permata yang dicari~

Rintihan HambaMu said...

assalamualaikum..
subhanallah..hebatnya ciptaan ALLAH..
perkongsian yg menarik..

spijpnperlis@gmail.com said...

Subhanallah...

Lihatlah alam ciptaan Allah dan mengambil pelajaran daripadanya...

Terima Kasih kerana berkongsi!

Unknown said...

wafa zinnirah: silakan.. jika ia bermanfaat.. =)

srikandi permata: ye.. hebat kan.. tp kita manusia ni kadang2 jarang mensyukurinya.. astaghfighrullah.. marilah kita sama2 menjadi hamba Allah yang sentiasa bersyukur.. =)

ummu ammar: ye, moga kita sama2 ambil manfaat. sama2 =)

hisyam said...

sungguh,benar-benar info yang jarang..syukran