Pages

السلام عليكم

Saturday, April 18, 2009

Wanita cantik yg suka menangis…

Seorg anak lelaki kecil bertanya kpd ibunya “Mengapa engkau menangis?” “Kerana aku seorg wanita,” kata si ibu kpdnya. “Aku tidak mengerti,” kata anak itu. Ibunya hanya memeluknya dan berkata, “Dan kau tak akan pernah mengerti .” Kemudian anak lelaki itu bertanya kpd ayahnya, “Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?” “Semua wanita menangis tanpa alasan,” hanya itu yg dpt dikatakan oleh ayahnya. Anak lelaki kecil itupun tumbuh menjadi seorg lelaki dewesa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis. Akhirnya ia terjumpa satu naskhah di mana tertulis: Allah berfirman:
“Ketika Aku menciptakan seorg wanita, ia diharuskan utk menjadi seorg yg istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat utk menopang dunia; namun, harus cukup lembut utk memberikan kenyamanan.”
“Aku memberikannya kekuatan dari dalam utk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yg seringkali datang dari anak-anaknya.”
“Aku memberinya kekerasan utk membuatnya tetap tegar ketika org2 lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dgn penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”
“Aku memberinya kepekaan utk mencintai anak-anaknya dlm setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sgt menyakiti hatinya.”
“Aku memberinya kekuatan utk mendukung suaminya dlm kegagalannya dan melengkapi dgn tulang rusuk suaminya utk melindungi hatinya.”
“Aku memberinya kebijaksanaan utk mengetahui bahwa seorg suami yg baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya utk berada di sisi suaminya tanpa ragu.”
“Dan akhirnya, Aku memberinya air mata utk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya utk digunakan bilapun ia perlukan.”
Tahukah? Kecantikan seorg wanita bukanlah dari pakaian yg dikenakan, susuk yg ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorg wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat di mana cinta itu ada.
- Kirimkan ini kpd setiap wanita, anda akan menambah harga diri wanita!
- Kirimkan msg ini juga kpd kaum lelaki, supaya mereka sedar dan ingat akan kecantikan wanita mereka yg azali…bukan pd kecantikan luran semata-mata..

Friday, April 17, 2009

SENTIASA SYUKUR SUPAYA CEMERLANG
KENAPA BERSYUKUR?
Tumpukan seluruh matlamat hidup semata-mata mencari keredhaan Allah. Inilah yang akan menjamin kebahagiaan kalian di dunia dan di akhirat. Inilah juga yang akan memastikan kalian menjadi insan yang bertanggungjawab. Usahlah dilupakan satu hakikat yang dapat memelihara kegembiraan yang dikecapi ini gar sntiasa berada di landasan yang membawa matlamat keredhaan Allah. Oleh itu, sentiasa lah bersyukur.
SEBAB2 PERLU BERSYUKUR?
Ø Supaya berkekalan nikmat yang Allah kurniakan. Jika tidak disyukuri nikmat itu akan hilang
Ø Supaya nikmat yang kita perolehi akan bertambah
CUBA RENUNGI FIRMAN ALLAH
“sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmatKu, maka sesungguhnya azabKu amat pedih.” -Surah Ibrahim ayat 7
HIKMAH MUSIBAH
Ø Musibah itu tidak mematikan iman dan agama meskipun sedih berhadapan dengan kematian keluarga
Ø Musibah itu bukan malapetaka terbesar, kerana semasa berhadapan musibah berat, ada lagi musibah yang lebih besar
Ø Ada nikmat dikurniakan keredhaan semasa menerima musibah
Ø Nikmat menunggu pahala bersabar






NIKMAT ALLAH
Ø Nikmat dunia
ü Nikmat bermanfaat
ü Nikmat menolak mudharat
Ø Nikmat akhirat
ü Mendapat taufiq Allah
ü Mendapat pemeliharaan Allah
SYUKUR YANG SEMPURNA
Ø Dengan hati – berbuat baik kepada semua makhluk
Ø Dengan lidah – melahirkan kesyukuran dengan puji-pujian
Ø Dengan anggota badan – menggunakan nikmat untuk taat kepada Allah serta menjauhi maksiat
Ø Syukur mata – menutupi cela orang muslim lain yang terlihat oleh mata
Ø Sykur telinga – menjauhi dari mendengar perkara buruk
MUHASABAH
Ulamak Fathi Yakan telah menggariskan 10 dasar yang praktikal;
1. Qiamullail – boleh melahirkan kekuatan iman yang tidak dapat dihasilkan oleh ibadat2 sunat yang lain.
2. Solat Subuh berjemaah – akan beroleh jaminan perlindungan dari Allah seperti maksud Hadis: “siapa yang sembahyang subuh berjamaah maka ia berada dalam jaminan Allah. Allah tidak sesekali meminta sesuatu dari kamu kerana jaminanNya.”
3. Al-Quran – penawar dan kita sangat berhajat rawatan hati dari ayat-ayatNya. Berwirid dengan Al-Quran sewajarnya diamalkan sehingga berlinangan air mata.
4. Rezeki halal dan suci – patut menyedari tujuan utama makan adalah untuk menambah kekuatan beribadah kepada Allah.
5. Bersihkan diri daripada sifat malas – Islam tidak menyukai hamba Allah yang tidak berusaha dan menganggur. Setiap muslim perlu bersungguh dalam melaksanakan apa jua tugas dan pekerjaan.
6. Menjaga dan mengawal pandangan mata serta perasaan – jauhi diri dari tergoda dan digoda. Tidak juga terdorong kepada perkara2 syubahah atau yang tidak jelas halal atau haramnya.
7. Dikuasai akhlak Islam – jadilah muslim contoh yang akan membawa kebaikan kepada manusia lain.
8. Menuntut serta menambah ilmu – tanyakan dirimu adakah setiap saat dan sepanjang hayatmu dipergunakan untuk menuntut ilmu khususnya ilmu Islam.
9. Melaksanakan tuntutan syarak – mengutamakan kehidupam Islam dan mendahulukan kepentingan Islam daripada kepentingan2 lain.
10. Hak jasad – kesihatan dan kekuatan fizikal wajib dipelihara. Ingatlah, Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dikasihi Allah dai mukmin yang lemah. Bersederhanalah dalam bekerja dan makan minum.