Pages

السلام عليكم

Friday, April 17, 2009

SENTIASA SYUKUR SUPAYA CEMERLANG
KENAPA BERSYUKUR?
Tumpukan seluruh matlamat hidup semata-mata mencari keredhaan Allah. Inilah yang akan menjamin kebahagiaan kalian di dunia dan di akhirat. Inilah juga yang akan memastikan kalian menjadi insan yang bertanggungjawab. Usahlah dilupakan satu hakikat yang dapat memelihara kegembiraan yang dikecapi ini gar sntiasa berada di landasan yang membawa matlamat keredhaan Allah. Oleh itu, sentiasa lah bersyukur.
SEBAB2 PERLU BERSYUKUR?
Ø Supaya berkekalan nikmat yang Allah kurniakan. Jika tidak disyukuri nikmat itu akan hilang
Ø Supaya nikmat yang kita perolehi akan bertambah
CUBA RENUNGI FIRMAN ALLAH
“sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmatKu, maka sesungguhnya azabKu amat pedih.” -Surah Ibrahim ayat 7
HIKMAH MUSIBAH
Ø Musibah itu tidak mematikan iman dan agama meskipun sedih berhadapan dengan kematian keluarga
Ø Musibah itu bukan malapetaka terbesar, kerana semasa berhadapan musibah berat, ada lagi musibah yang lebih besar
Ø Ada nikmat dikurniakan keredhaan semasa menerima musibah
Ø Nikmat menunggu pahala bersabar






NIKMAT ALLAH
Ø Nikmat dunia
ü Nikmat bermanfaat
ü Nikmat menolak mudharat
Ø Nikmat akhirat
ü Mendapat taufiq Allah
ü Mendapat pemeliharaan Allah
SYUKUR YANG SEMPURNA
Ø Dengan hati – berbuat baik kepada semua makhluk
Ø Dengan lidah – melahirkan kesyukuran dengan puji-pujian
Ø Dengan anggota badan – menggunakan nikmat untuk taat kepada Allah serta menjauhi maksiat
Ø Syukur mata – menutupi cela orang muslim lain yang terlihat oleh mata
Ø Sykur telinga – menjauhi dari mendengar perkara buruk
MUHASABAH
Ulamak Fathi Yakan telah menggariskan 10 dasar yang praktikal;
1. Qiamullail – boleh melahirkan kekuatan iman yang tidak dapat dihasilkan oleh ibadat2 sunat yang lain.
2. Solat Subuh berjemaah – akan beroleh jaminan perlindungan dari Allah seperti maksud Hadis: “siapa yang sembahyang subuh berjamaah maka ia berada dalam jaminan Allah. Allah tidak sesekali meminta sesuatu dari kamu kerana jaminanNya.”
3. Al-Quran – penawar dan kita sangat berhajat rawatan hati dari ayat-ayatNya. Berwirid dengan Al-Quran sewajarnya diamalkan sehingga berlinangan air mata.
4. Rezeki halal dan suci – patut menyedari tujuan utama makan adalah untuk menambah kekuatan beribadah kepada Allah.
5. Bersihkan diri daripada sifat malas – Islam tidak menyukai hamba Allah yang tidak berusaha dan menganggur. Setiap muslim perlu bersungguh dalam melaksanakan apa jua tugas dan pekerjaan.
6. Menjaga dan mengawal pandangan mata serta perasaan – jauhi diri dari tergoda dan digoda. Tidak juga terdorong kepada perkara2 syubahah atau yang tidak jelas halal atau haramnya.
7. Dikuasai akhlak Islam – jadilah muslim contoh yang akan membawa kebaikan kepada manusia lain.
8. Menuntut serta menambah ilmu – tanyakan dirimu adakah setiap saat dan sepanjang hayatmu dipergunakan untuk menuntut ilmu khususnya ilmu Islam.
9. Melaksanakan tuntutan syarak – mengutamakan kehidupam Islam dan mendahulukan kepentingan Islam daripada kepentingan2 lain.
10. Hak jasad – kesihatan dan kekuatan fizikal wajib dipelihara. Ingatlah, Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dikasihi Allah dai mukmin yang lemah. Bersederhanalah dalam bekerja dan makan minum.

No comments: