Pages

السلام عليكم

Friday, May 2, 2014

GOLONGAN YANG AKAN MENDAPAT PERTOLONGAN DARIPADA ALLAH



حَدَّثَنَا مَحْمُودُ بْنُ غَيْلاَنَ، حَدَّثَنَا أَبُو دَاوُدَ، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، عَنْ مُعَاوِيَةَ بْنِ قُرَّةَ، عَنْ أَبِيهِ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم " إِذَا فَسَدَ أَهْلُ الشَّامِ فَلاَ خَيْرَ فِيكُمْ لاَ تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي مَنْصُورِينَ لاَ يَضُرُّهُمْ مَنْ خَذَلَهُمْ حَتَّى تَقُومَ السَّاعَةُ

)
كتاب الفتن عن رسول الله صلى الله عليه وسلم. باب مَا جَاءَ فِي الشَّام(

Maksudnya:
Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Basysyar berkata, telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Ja’far berkata, telah menceritakan kepada kami Syu’bah dari Mu’awiyah bin Qurrah dari Bapanya ia berkata; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:“Akan senantiasa ada sekelompok dari umatku mendapat pertolongan. Orang-orang yang menghinakannya tidak akan membahayakan mereka hingga terjadi hari kiamat.”

(
HR. Muslim: Kitabul Imarah no. 3544 dan Tirmidzi: Kitabul fitan no. 2155 )

KETERANGAN HADITH:

’At-Thaifah al-Manshurah’ ialah kelompok/golongan yang mendapatkan pertolongan, yang memperoleh kemenangan. Hadith ini menjelaskan akan adanya sekelompok umat dari (kaum Muslimin) yang senantiasa berjuang menegakkan dan membela agama Islam yang ’haq’. Mereka itu senantiasa berada di atas kebenaran dan mendapat pertolongan Allah dan memperoleh kemenangan malah tidak berpengaruh dengan kelompok lain yang membencinya dan memusuhinya. Mereka terus istiqamah dalam kebenaran hingga hari kiamat.

Para ahli hadits seperti imam Bukhari dan Imam Ahmad berpendapat bahwa Thaifah Manshurah adalah ashabul hadits, alim ulama yang menjaga risalah Islamiyah tetap berada pada kemurnian agama Islam sebagaimana pada awalnya Rasulullah Saw dan para sahabat, generasi awal atau generasi salaf menerima, memahami dan mempraktikkan ajaran Islam dari sumber yang asal. 

Para ulama menyebut at-Thaifah al-Manshurah adalah sebahagian dari (Golongan yang Selamat), sebahagian dari Ahl Sunnah Wal Jamaah, sebahagian dari Al-Ghuraba ( Yang Terasing). Bahwa kebenaran itu tidak akan pernah sirna dan akan terus bersinar disetiap zaman dan generasi.

PENGAJARAN HADITH:

1. Akan adanya sekelompok umat Muhammad yang sentiasa membela sunnahnya dan berpegang kepada kebenaran di setiap zaman, semoga kita termasuk dalam golongan mereka. 

2. Golongan yang mendapat pertolongan ini akan terus berjalan dan menebar walaupun dicemuh oleh orang yang membenci ahli ibadat.

3. Golongan ini akan ditolong oleh Allah dari segi kekuatan fizikal dan kekuatan hujah dan keterangan.

4. Golongan ini akan ada sampai ditiupkan angin yang lembut yang mencabut nyawa setiap muslim sebelum ditiupnya sangkakala.


Imam Yahya Bin Syarif An-Nawawi. 2000. Shahih Muslim Bi Syarah Nawawi. Pentahqiq: Muhammad Fuaad Abdul Baqi. Juzuk 18. Beirut, Lubnan. Halaman 70.Muhammad Idris Al-Marbawi. 2008. Bahru Al-Madzi Syarah Mukhtashar Shahih at-Tirmidzi. Pengalih Tulisan: Noraine Abu. Juzuk 15. Kuala Lumpur.


CEMBURU MELIHAT ORANG DI DALAM KUBUR



حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ، حَدَّثَنِي مَالِكٌ، عَنْ أَبِي الزِّنَادِ، عَنِ الأَعْرَجِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ " لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَمُرَّ الرَّجُلُ بِقَبْرِ الرَّجُلِ فَيَقُولُ يَا لَيْتَنِي مَكَانَهُ ".

(كتاب الفتن, باب لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُغْبَطَ أَهْلُ الْقُبُورِ, ٧١١٥, حديث صحيح)

Maksudnya:
Ismail telah menyampaikan kepada kami, Malik telah menyampaikan kepada kami, dari Abi Zinad, dari al-A’raj, dari Abu Hurairah daripada Nabi SAW berkata: “Tidak terjadi kiamat sehingga seorang lelaki lalu di kuburan lelaki lain kemudian dia berkata: “Aduhai, sekiranya akulah yang berada ditempatnya ini.”


KETERANGAN HADITH:

1. Manusia akan memilih untuk mati daripada hidup. Kenapa? Jawapannya kerana keadaan ketika itu yang serba kacau dan meresahkan. Masyarakat tidak tenteram kerana banyak kecurian, penculikan, penindasan, pembunuhan dan sebagainya.

2. Orang yang di timpa penyakit, ditindas, dihina dan sebagainya tentunya akan memilih untuk segera mati daripada hidupnya menderita.

3. Orang yang cemburu melihat mayat di dalam kubur kerana melihat dia tenang dan tidak menghadapi masalah lagi. Sebenarnya kubur itu Nampak sahaja tenang tetapi orang yang berada di dalamnya kemungkinan meronta-ronta menghadapi seksaan kubur.

4. Kesimpulannya, di akhir zaman ini banyak berlakunya fitnah sehingga orang yang melihat kubur akan bercita-cita seandainya dialah yang berada di dalamnya.

PENGAJARAN HADITH:

1. Terdapat tanda-tanda berlakunya kiamat sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam al-Quran dan Hadith, hanya manusia sahaja yang belum mengambil iktibar daripadanya.

2. Terus bersabar dan tetap berada di jalan Allah walaupun dalam keadaan senang mahupun susah.

3. Sentiasa meningkatkan tahap keimanan di dalam diri setiap umat Islam agar kita bersama-sama dapat terhindar daripada fitnah.


Ibnu Hajar al-Asqalani. Fathul Baari Bi Sharh Shahih al-Bukhari. Juzuk 13. Dar Ma’rifah : Beirut. Kitab 92. Bab 22. No. Hadith 7115. Halaman: 74- 76.


Drs. H. Syahrin Nasution. 2003. 50 Hadis Menceritakan Dunia Akhir Zaman. Pustaka Syuha: Kuala Lumpur. Halaman: 111 – 112.

KELEBIHAN BERIBADAT DI SAAT-SAAT HURA-HARA

KELEBIHAN BERIBADAT DI SAAT-SAAT HURA-HARA

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى، أَخْبَرَنَا حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ، عَنْ مُعَلَّى بْنِ زِيَادٍ، عَنْ مُعَاوِيَةَ بْنِ، قُرَّةَ عَنْ مَعْقِلِ بْنِ يَسَارٍ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ح وَحَدَّثَنَاهُ قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، حَدَّثَنَا حَمَّادٌ، عَنِ الْمُعَلَّى بْنِ زِيَادٍ، رَدَّهُ إِلَى مُعَاوِيَةَ بْنِ قُرَّةَ رَدَّهُ إِلَى مَعْقِلِ بْنِ يَسَارٍ رَدَّهُ إِلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ " الْعِبَادَةُ فِي الْهَرْجِ كَهِجْرَةٍ إِلَىَّ " .
(كتاب الفتن وأشراط الساعة, باب فَضْلِ الْعِبَادَةِ فِي الْهَرْجِ, ٢٩٤٨, حديث صحيح)

Maksudnya:
Daripada Ma’qil bin Yasar ra. Berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Beribadat di saat-saat huru hara (dunia kacau bilau) adalah seperti berhijrah kepadaku".

(Riwayat Muslim) (Kitab Fitan, Bab Kelebihan Beribadat Di Saat Huru-Hara, 2948, Shahih)


SYARAH HADITH:

1. Sememangnya tabiat manusia itu apabila ditimpa sesuatu kesulitan, mereka akan mengadu untuk melakukan sesuatu ibadat. Mereka akan berkata, jika kesulitan ini tidak terjadi pasti aku akan lebih mudah untuk melakukan sesuatu ibadat. Namun, apabila keadaan semakin baik, mereka akan terus lupa untuk melakukannya.Orang yang mampu beribadat dan menunaikan kewajipan agamanya di saat-saat yang penuh dengan huru hara dan gangguan dari segenap penjuru, dan mampu mengingati Allah SWT di saat-saat orang lain lupa dan di sibukkan dengan perkara-perkara yang melalaikan. Mereka akan diberikan pahala seperti pahala hijrah yang telah dilakukan oleh kaum Muhajirin di zaman Rasulullah saw. 

2. Mudah-mudahan kita termasuk di kalangan mereka yang mampu beribadat walaupun di dalam keadaan dan suasana yang sangat menyibukkan, dan mudah-mudahan kita mendapatkan pahala besar yang telah dijanjikan oleh Rasulullah SAW tadi.


Imam Yahya Bin Syarif An-Nawawi. 2000. Shahih Muslim Bi Syarah Nawawi. Pentahqiq: Muhammad Fuaad Abdul Baqi. Juzuk 18. Beirut, Lubnan. Halaman 70.Muhammad Idris Al-Marbawi. 2008. Bahru Al-Madzi Syarah Mukhtashar Shahih at-Tirmidzi. Pengalih Tulisan: Noraine Abu. Juzuk 15. Kuala Lumpur. Halaman 156-157.

MENGHINDARI DIRI DARI FITNAH MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN



حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ، أَخْبَرَنَا مَالِكٌ، عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي صَعْصَعَةَ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ ـ رضى الله عنه ـ أَنَّهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم " يُوشِكُ أَنْ يَكُونَ خَيْرَ مَالِ الْمُسْلِمِ غَنَمٌ، يَتْبَعُ بِهَا شَعَفَ الْجِبَالِ وَمَوَاقِعَ الْقَطْرِ، يَفِرُّ بِدِينِهِ مِنَ الْفِتَنِ ".

Maksudnya:
Abdullah bin Yusuf telah menceritakan kepada kami, malik telah mengkhabarkan kepadaku, daripada Abdul Rahman bin Abdullah bin Abi Sha’sha’ah, daripada bapanya, daripada Abu Sa’id al-Khudhri RA berkata kepada seseorang:“Aku lihat kamu suka menjaga kambing dan memeliharanya. Jagalah ia dan jagalah makanannya dengan baik. Sesungguhnya aku mendengar Rasululullah s.a.w. bersabda: “Akan datang kepada manusia satu masa yang mana kambing menjadi harta terbaik bagi orang muslim. Dia akan mendaki dan menyusuri tebing-tebing bukit membawa kambing-kambingnya itu semata-mata untuk melarikan dirinya daripada fitnah.”


KETERANGAN HADITH:

Hadis ini merupakan dalil bagi orang yang mengasingkan diri kerana risau akan keselamatan agamanya. Para ulama salaf berbeza pendapat mengenai hukum asal uzlah (mengasingkan diri). Menurut jumhur, berinteraksi sesama manusia adalah lebih utama kerana mendatangkan faedah-feadah agama seperti melaksanakan syiar Islam, memperbanyakkan jumlah kaum muslimin dan memberi pelbagai kebaikan kepada kaum muslimin seperti memberi bantuan dan lain-lain. Sebahagian lain berpendapat bahawa mengasingkan diri adalah lebih utama kerana lebih menjamin keselamatan dengan syarat mengetahui apa yang mesti dilakukan.

Imam al-Nawawi berpendapat bahawa seseorang itu perlu berinteraksi dengan manusia lain yakni tidak mengasingkan diri daripada ketika fitnah berlaku sekiranya dia yakin tidak akan terjerumus ke dalam kancah fitnah tersebut. Namun, jika dia tidak mempunyai keyakinan menghadapinya, maka mengasingkan diri adalah lebih utama.


PENGAJARAN HADITH:

1. Menjauhkan diri yakni mengasingkan diri daripada fitnah digalakkan jika ianya membawa kemaslahatan. 
2. Berjemaah hendaklah atas kebenaran iaitu umat Islam bersatu atas kebenaran yang berasal daripada al-Quran dan al-Sunnah yang sahih. Tidak boleh bersatu di atas sesuatu yang batil atu terkeluar daripada batas-batas Islam.



Ibnu Hajar al-Asqalani, 2009, Fathul Baari Penjelasan Kitab Shahih Al-Bukhari. Penterjemah: Amiruddin. Cetakan Pertama. Jilid 35. Jakarta: Pustaka Azzam. Kitab al-Fitan. Bab 14. Halaman 133-142.

TUNDUKKAN PANDANGANMU : ELAKKAN BERLAKUNYA FITNAH

TUNDUKKAN PANDANGANMU : ELAKKAN BERLAKUNYA FITNAH

BAB: Duduk Di Halaman Rumah dan Jalan-jalan


وَقَالَتْ عَائِشَةُ فَابْتَنَى أَبُو بَكْرٍ مَسْجِدًا بِفِنَاءِ دَارِهِ، يُصَلِّي فِيهِ، وَيَقْرَأُ الْقُرْآنَ فَيَتَقَصَّفُ عَلَيْهِ نِسَاءُ الْمُشْرِكِينَ وَأَبْنَاؤُهُمْ، يَعْجَبُونَ مِنْهُ، وَالنَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَئِذٍ بِمَكَّةَ

Maksudnya:
“ cAisyah berkata, “Abu Bakar membina masjid di perkarangan rumahnya. Beliau solat dan membaca Al-Qur’an di perkarangan rumahnya itu. Maka wanita-wanita kaum musyrikin dan anak-anak mereka datang mengerumuni beliau kerana takjub terhadap perbuatan beliau. Adapun ketika itu Baginda SAW berada di Mekah.”



حَدَّثَنَا مُعَاذُ بْنُ فَضَالَةَ، حَدَّثَنَا أَبُو عُمَرَ، حَفْصُ بْنُ مَيْسَرَةَ عَنْ زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ، عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ، عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ ـ رضى الله عنه ـ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ " إِيَّاكُمْ وَالْجُلُوسَ عَلَى الطُّرُقَاتِ ". فَقَالُوا مَا لَنَا بُدٌّ، إِنَّمَا هِيَ مَجَالِسُنَا نَتَحَدَّثُ فِيهَا. قَالَ " فَإِذَا أَبَيْتُمْ إِلاَّ الْمَجَالِسَ فَأَعْطُوا الطَّرِيقَ حَقَّهَا " قَالُوا وَمَا حَقُّ الطَّرِيقِ قَالَ " غَضُّ الْبَصَرِ، وَكَفُّ الأَذَى، وَرَدُّ السَّلاَمِ، وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ، وَنَهْىٌ عَنِ الْمُنْكَرِ ".


Maksudnya :
Dari Abu Sacid Al Khudri r.a, dari Nabi SAW bersabda: "Janganlah kalian duduk-duduk di pinggir jalan ". Mereka berkata: "Itu kebiasaan kami yang sudah biasa kami lakukan kerana itu menjadi majlis tempat kami berbincang-bincang". Baginda bersabda: "Jika kalian tidak mahu meninggalkan majlis seperti itu maka tunaikanlah hak jalan tersebut". Mereka bertanya: "Apa hak jalan itu?" Baginda menjawab: "Menundukkan pandangan, tidak melakukan gangguan, menjawab salam dan amar makruf nahi mungkar". (H.R. al-Bukhari)

(Kitab Perbuatan Aniaya, Bab Duduk Di Halaman Rumah Dan Jalan-Jalan, 2465, Sahih).


Keterangan Hadith:

Dalam hadith ini dapat difahami bahawa larangan yang diberikan oleh Rasulullah SAW adalah bersifat tanzih (menjauhi perkara yang dibenci atau tidak baik), agar orang yang duduk tidak merasa risau untuk menunaikan kewajipannya. Adapun perintah untuk menundukkan pandangan adalah isyarat untuk menghindari fitnah iaitu godaan yang ditimbulkan oleh orang yang melalui jalan tersebut seperti wanita. Sedangkan perintah untuk tidak melakukan gangguan adalah sebagai isyarat untuk menjauhkan diri dari perbuatan menghina dan membicarakan keburukan orang lain. Lalu perintah menjawab salam adalah isyarat untuk menghormati orang yang melalui jalan tersebut. Sementara amar makruf nahi mungkar adalah isyarat untuk menerapkan semua yang disyariatkan dan meninggalkan semua yang tidak disyariatkan.


Pengajaran Hadith:

  1. Menundukkan pandangan terutamanya terhadap wanita agar tidak menimbulkan fitnah.
  2. Menjaga pandangan agar tidak menghina dan membicarakan keburukan orang lain.
  3. Memberi dan menjawab salam sebagai cara menghormati orang lain.
  4. Melakukan amar makruf dan mengelakkan nahi mungkar.


(Ibnu Hajar Al-Asqalani. 2009. Fathul Bari. Penjelasan Kitab Sahih Al-Bukhari. Penterjemah: Amiruddin. Cetakan Ketiga. Jakarta: Pustaka Azzam. Kitab Al-Mazhalim (Perbuatan Aniaya). Bab 22. Halaman 54-57).

Tuesday, April 8, 2014

SebuahPerasaan



Menahan sebuah perasaan terkadang menyiksa hati, ingin mengungkapkan isi hati kepada seseorang yang dicintai tapi seakan enggan. Bermimpi, menanti, berharap, merindukan dan berbagai perasaan yang tercipta kepada seseorang yang hanya membuat kegalauan hati.

Terkadang, merasa kehilangan harapan, kehilangan asa tentang hati dan cinta pada seseorang. Merasakan indahnya cinta yang ternyata hanya mimpi, harapan tentang indahnya hati yang hanya menyakiti. Asa yang hilang, mungkin itulah yang dirasakan.

Ketika kamu berharap pada seseorang,

Berharap atas kebaikannya, perhatiannya,

bahkan kasih sayangnya…..

Sedikit teguran darinya sudah membuat kamu

merasa di perhatikan….

Sedikit sapaan darinya sudah membuat kamu

fikir dia peduli…
Sedikit perhatian darinya membuat kamu
terlena dan terbuai….

Ya, semua itu membuat kamu bertahan dan

terus berharap….

Banyak sudah kasih yang kau berikan terbuang

percuma….

Banyak sudah perhatian yang kau tunjukkan,

menguap begitu saja..
Banyak sudah rasa yang kau curahkan tetapi
tetap saja hambar…

Hanya kekecewaan, ketidak pastian dan sakit

hati yang akan kau dapat…

Masihkah kau akan tetap bertahan..?

Masihkau kau akan terus berharap..?

Inilah saatnya kau berpaling darinya yang tidak

memperdulikanmu…

Inilah saatnya kau menjauh darinya yang tidak

pernah mengharapkanmu…
Setidaknya menjauhlah dari rasa kecewa…

Berpalinglah untuk kebahagiaanmu….

Pergilah dan terbanglah tinggi……
Jadilah Bulan yang mampu menerangi gelapnya

malam….

Jadilah bintang yang biasnya menghiasi malam…

Jadilah pelangi yang mewarnai bumi…
Atau jadi apalah yang akan membuat hidupmu lebih bererti untuk seseorang yang lain….

Karena kamu layak bahagia…..

Sunday, February 16, 2014

Kehabisan Cara Membuktikan Rasa

Rasanya semua terjadi begitu cepat, berkenalan, kemudian lahir perasaan aneh. Setiap hari rasanya berbeza dan tidak sama lagi. Kamu hadir membawa banyak perubahan dalam hari-hariku. Hitam dan putih menjadi lebih berwarna ketika sosokmu hadir mengisi ruang-rung kosong hatiku. Entahlah. Perasaan ini tumbuh melebihi batas yang ku tahu.

Aku menjadi takut kehilanganmu. Sakit itu dating bertubi-tubi ketika tubuhmu tidak di sampingku. Kamu seperti mengendalikan otak dan hatiku. Ada sebab yang tak ku fahami sedikitpun. Aku sulit berjauhan darimu.

Tapi… entah mengapa sikapmu tidak seperti dulu. Perhatianmu sekarang tak sedalam dulu. Tatapan matamu sudah tiada lagi. Apakah silap antaraku dan kamu? Apakah kamu tak merasakan apa yang aku rasa?

Hingga kini, aku masih memegang janjimu. Begitupun, ia sering menyakitkan. Ku sabar, dan terus bertahan hingga ke saat ini, meskipun ku tak dipeduli. Mungkin ak sudah tidak penting lagi, apakah aku hanya persimpangan jalan yang selalu kau abaikan, juga kau tinggalkan.

Tenanglah.. aku terbiasa sudah dengan keadaan ini. Tidak perlu basa-basi, aku sudah mampu berdiri sendiri kini, mampu melangkah, terima kasih padamu. Kamu pasti tak sedar, aku hanyalah berbohong jika aku begitu mudah melupakanmu.