Pages

السلام عليكم

Friday, January 27, 2012

Kelebihan Jumaat



-         Sabda nabi s.a.w.: “ sebaik-baik hari yang diterbitkan matahari adalah hari Jumaat.”
-         Hari di mana Allah S.W.T penuhkannya dengan kebaikan.
-         Para ulama berkata: “ tiada hari yang lebih baik dari hari Jumaat dalam setahun kecuali hari Arafah, hari raya Aidilfitri, Aidiladha.”
-         Hadith nabi s.a.w. bersabda: “ barangsiapa yang mandi, keluar awal berjalan kaki dan tak menunggang, kemudian menghampiri imam dan mendengar khutbah, maka pada setiap langkahnya, dia dikurniakan ganjaran berpuasa dan bersolat selama setahun.”

Adab bersedia menyambut hari Jumaat:
1-     Mandi. Nabi s.a.w. bersabda: “ mandi Jumaat adalah wajib kepada mereka yang telah baligh.”
2-     Memakai pakaian yang terbaik. Menyimpan pakaian yang terbaik untuk hari Jumaat. Pilihlah warna sunnah.
3-     Berwangi-wangian. Menggunakan atar atau haruman lain.
4-     Memotong kuku, mencukur dan menggunting bulu yang dibolehkan.
5-     Melumurkan badan dengan minyak, losyen atau krim. 

Thursday, January 26, 2012

daging = hati

Hati adalah organ di dalam tubuh yang membantu mengalirkan darah, dan jika dia berhenti maka seluruh tubuh pun akan mati seketika. Hati adalah salah satu penyebab kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Dan pada saat yang sama merupakan menyebab bagi kehidupan yang penuh kesedihan dan penyesalan.


Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:


وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ




“Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada segumpal daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila segumpal daging itu rusak, maka seluruh tubuh itu pun rusak. Ketahuilah, dia itu adalah hati." (HR Bukhari Muslim)

Sunday, January 22, 2012

lama sudah tidak mengupdate blog ni, kerana kekangan yang tidak dapat dielakkan. alhamdulillah baru je habis exam dan selamat sampai ke rumah for semester break. 

have a nice holiday kepada semua yang sedang bercuti sekarang. isikanlah waktu cuti kita dengan perkara-perkara yang bermanfaat dan yang mendatangkan kebaikan. rancang cuti dengan sebaiknya.. 

u must do it! and u can do it!  

n prepare for next semester, study awal2.. pesanan khusus untuk diri sendiri..
sem depan 9 subjek semua nya.. bersedia awal lebih baik.. 

n always do good deeds.. berubah sikit2.. insyaAllah dipermudahkan.