Pages

السلام عليكم

Tuesday, June 15, 2010

MeMaAFkaN

selagi kau tidak bahagia dengan kebahagiaan org lain,
itu petanda kau sendir tidak bahagia, pujuk dirimu untuk bahagia apabila melihat org yg kamu benci bahagia.
wahai diri, ingatlah!! segala gerak dan laku makhluk adalah dengan izin Allah jua.

jika datang org yg menghadiahkan air mata.. Allah sedang mendidikmu tentang sifat sabar.
jangan dilihat manusia yang menjadi 'sebab', lihat dengan mata hati yg Allah jua 'musabbabil asbab'.
jika kau disakiti dia, Dia sedang mengajarmu erti redha.

firman Allah yg bermaksud:
"tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan. nescaya engkau akan dapati musuhmu akan menjadi seolah2 saudara". -surah Fussilat : 34

kini hatiki tertanya2 lg... siapa aku, yg begitu sukar memaafkan?
Tuan? Tuhan? Aku hanya Hamba!!
sedangkan Sang Pencipta itu Maha Pemaaf, Maha Pengampun, siapa aku yg kerdil untuk berdendam?
ya Allah.....

ini dipetik dr 1 bahan bacaan (lupa dh apa) yg agak terkesan pd diri saat membacanya ptg td..
siapalah aku..

Wednesday, June 9, 2010

SeDiKiT PeRkOnGsiAn

sedikit perkongsian, persoalan dan peringatan terutama kpd diri sndiri..

Q.   ke mana hala tuju kita..?
Q.   apa yg kita telah, sedang dan akan buat di muka bumi Allah ini..?

3 persiapan penting yang perlu ada pada diri seorang yg muslim & mukmin:

      1) bagaimana nk siapkan hidup di dunia ini?
      2) cara mana yg dipilih untuk kematian?
      3) bagaimana nk berdiri di hadapan Allah?

Q.   bekalan apakah yg dibawa untuk bertemu dgn Allah nt..?
Q.   cukupkah dgn amal yg dilakukan selama ini sedangkan amal2 itu belum tentu diterimaNya..

Q.   dan bagaimana pula kita boleh membantu jihad..?

memetik kata2 ( xingat drp siapa)

"why we are relaxing in this life?? while there have people booking special place in JANNAH."
                                                                 OR
"pd ketika kita sdg bersantai2an, di sana ada org sedang menempah tempat2 istimewa di syurga."

adakah kita sdg bersantai2an pd saat ini??
patutkah kita bersantai2an di saat ini tatkala ada golongan yg sedang berusaha untuk mendapat tempat istimewa di syurga yang tiada bandingannya..?

Q.    apakah yg menghalangi hati untuk berhubung dgn Allah?

bukankah Allah itu dekat, kadang2 kita rasa Allah itu jauh, tp hakikatnya rasa jauh itu hadir kerana adanya rasa ketidak perluan kpd Allah dalam hidup.
betul ke apa yg dicatatkan ini?? sama2lah fikir2kannya..

apabila seseorg itu jauh dr Allah, Allah jdkan hati gelisah.. knp?? kerana Allah yg menjadikan hati itu, dijadikan ia adlah untuk:
  - mengenal Allah
  - mencitai Allah
  - merindui Allah

apabila hati itu digunakan untuk tujuan lain, maka itulah yg menyebababkan ia gelisah.. ia rindukan penciptanya.. kesian hati..

tiada sesuatu perbuatan yang dilakukan oleh manusia itu melainkan ada yg mendorong..
apkah pendorong itu?
faktor pendorong selalu muncul dr 2 perasaan, iaitu;
   1) cinta
   2) benci

bangkitlah!!!
bangkitlah wahai diri yg lena diulik mimpi duniawi..
yg indahnya hanyalah seketika cuma..

sedarlah wahai insani..
hadirnya di duniawi adalah untuk ukhrawi..
janganlah sesekali merasa payah dalam berbuat bakti..
ikhlaskan hati..
bukannya dipinta sanjugan tinggi..
kepayahan, kesakitan itu hanyalah untuk menguji..
tanda taat, kasih dan cinta pada Illahi..
yakinlah pada janji2 Illahi..
kesenangan pasti tiba bg yg menanti..
moga rahmat Allah di sisi..

# iman itu suatu kurniaan Allah, so kita haruslah suburkannya dan menyihatkannya.
  
# bina iman terlebiah dahulu, agar amal tidak sia2.

# sebenarnya kita sgt2 memerlukan Allah, jom cek hati.., betul ke kita betul2 perlukan Allah..

wallahua'lam..