Pages

السلام عليكم

Saturday, March 13, 2010

SeTeLaH kU dIpALinG


 
Hampir aku hanyut kerana rindu
Pada harta yang pasti reput
Dan lenyap di sini
Hampir aku lupa pada yang Kekal
Kejahilan menyelubungi jiwaku

Sekelipnya mata hilang semua
Yang hanya ku pandang
Yang hanya milikmu

Yang hanya ku idam
Di dalam pandanganMu
Bersama mereka terdahulu

Sungguh aku cari cahaya itu
Untuk menyuluh kelam ini
Setelah ku dipaling
Sungguh aku hina menagih secebis
KeampunanMu setelah aku malu

Sekelipnya mata hilang semua
Yang hanya ku pandang
Yang hanya milikmu
Yang hanya ku pinta
Harapan keampunan
Hati ini telah ku lukai

Sebaiknya manusia Kau ciptakan
Hinanya angkara diri sendiri
Sedegup jantung terleka
Dibuai arus dunia
Selangkah kau menghampiri kehancuran

Sungguh aku cari
Cahaya itu
Untuk menyuluh
Setelah ku dipaling 
 
 

Wednesday, March 10, 2010

BuNgA..


duhai bunga..,
begitu indah dirimu diciptaNya..,
menjadi hiasan..,
juga tarikan sang kumbang...

Bunga mekar di taman larangan
Elok kelopaknya, elok harumannya
Dijaga rapi Sang Penjaga
Dihias tertib tiada tercela

Aku menyaksikan bunga itu kembang
dan aku juga menyaksikan bunga itu layu.

Lantas! Siapa yang harus kupersalahkan?
Bunga itu? Atau kamu sang kumbang?
Atau kamu?

Tika bunga itu mula menjalar indah ke hentian tertinggi,
kau datang merampas langkahnya.

Kau datang menghalang Cintanya.
Ya!
Kamu datang menghalang cintanya
pada Raja Segala Cinta.

Masakan tidak kamu ketahui?
Cintanya itu milik Raja Segala Cinta!
Kamu tahu itu??
Kamu sedar itu??
Bukankah kamu kumbang sakti?
Mengapa begitu tegar untukmu
merampas dan merosak cintanya pada Si Dia?


Kamu datang membawa sejuta janji
Kamu datang membawa sejuta pengharapan
Dia itu bunga, wahai kumbang.
Dia itu bunga.
Disentuh oleh tangan asing, layulah dia
Dibuai cerita angkasa melangit, terbanglah dia.
Jangan kau jadikan dia lemah tiada hati.

Jangan mudah layu..,
Jagalah dirimu wahai bunga..

MeNaNgIsLaH..




Menangislah,
Kerna air mata adalah bicara terindah.


Air mata terindah lahir,
Bilamana terpisah dari kemaksiatan,
Bilamana bertaubat dengan jiwa penyesalan,
Tatkala itu pasti kamu merasakan titisan air hangat dipipimu.

Tanpa dirimu sedari pipi dibasahi,
Butiran mutiara yang sangat indah,
Yang tidak pernah kering dari mata yang kecil,
Walau seberapa banyak ia mengalir.



SUBHANALLAH...

Saat dirimu menghadap Rabbul Izzah,
Mutiara indah yang hadir menemani dirimu tika itu,
Itulah air mata yang paling bernilai,
Ia bisa menjadi perisai untukmu

Bekunya air mata kerna kerasnya hati,
Kerasnya hati kerna banyaknya dosa,
Banyaknya dosa dari lupanya mati,
Lupanya mati kerna terlalu cintakan dunia..

Renungkanlah, hitunglah diri,,

Sunday, March 7, 2010

exam abih doh..., alhamdulillah..


alhamdulillah.. akhirnya imtihan tuk tahun 2, sem 4 ni berakhir juga.. sepanjang final ni, mcm2 ujian yg dihadapi.. Alhamdulillah.. maha hebat susunan Allah.. subhanallah.. terima kasih ya Allah.. moga dikurniakan keputusan yg terbaik untuk kite sume..



skg tgh mghitung hari nk balik... brg dah kemas..tggal ckit je lg..




rncanglah cuti dgn sebaik2nya agr dpt dimanfaatkan sepenuhnye..


letih + penat = moga Allah permudahkan segala urusan

cinta




bagaimana menzahirkan CINTA andai hati bersawang dosa... menutur mudah bagi semua.. mahu tak semestinya mampu.. maafkan aku atas khilafku, aku kerdil dalam kembaraku mencari Rabb Yang Satu...