Pages

السلام عليكم

Friday, May 2, 2014

FITNAH YANG MENGENAI SEMUA RUMAH

FITNAH YANG MENGENAI SEMUA RUMAH

حدثنا الحميدي حدثنا الوليد بن مسلم حدثنا عبد الله بن العلاء بن زبر قال: سمعت بسر بن عبيد الله أنه سمع أبا إدريس قال: سمعت عوف بن مالك قال: أتيت النبي صلى الله عليه وسلم في غزوة تبوك- وهو في قبة من أدم- فقال: اعدد ستا يدي الساعة: موتي ، ثم فتح بيت المقدس، ثم موتان بأخذ فيكم كقعاص الغنم، ثم استفاضة المال حتى يعطى الرجل مائة دينار فيظل ساخطا، ثم فتنة لا يبقى بيت من العرب إلا دخلته، ثم هدنة تكون بينكم وبين بني الأصفر فيغدرون، فيأتونكم تحت ثمانين غاية تحت كل غاية اثنا عشر ألفا.

)البخاري، كتاب الجزية، باب ما يحذر من الغدر، رقم (2940


Maksudnya:
Daripada Bukhari dengan sanad daripada Auf bin Malik berkata: Aku berjumpa Nabi s.a.w dalam perang Tabuk dan Rasul s.a.w berada di dalam khemah daripada kulit binatang. Nabi s.a.w bersabda: kiralah enam perkara sebelum kiamat.
1. Kematianku
2. Pembukaan Bait al-Maqdis
3. Kematian yang besar yang akan mengambil kamu sama seperti penyakit ulat pada kambing ( iaitu taun yang berlaku kepada penduduk Syam)
4. Harta melimpah sehingga lelaki diberi seratus dinar namun dia tetap marah
5. Fitnah yang akan kena semua rumah orang Arab
6.Perdamaian antara kamu dengan orang-orang Rom lalu mereka akan memungkiri janji dan mereka akan datang dengan 80 bendera dan setiap satu bendera ada 12 ribu bala tentera.


KETERANGAN HADITH:

ستا (Enam). Maksudnya, enam tanda-tanda akan terjadinya Kiamat, atau tampak tanda-tanda yang mendekati terjadinya Kiamat.

ثم موتان (Kemudian kematian). Al-Qazzaz berkata, “ Kata ‘mutaan’ bermakna kematian”. Sementara ulama lain selain daripadanya berkata, “Maknanya adalah kematian yang sangat banyak”. Dalam riwayat Ibnu as-Sakan disebutkan “mautataan” (dua kematian), iaitu dalam bentuk tatsniyah (ganda). Dengan demikian, harus dibaca fathah pada huruf pertama.

كعقاص الغنم (sama seperti penyakit kambing). Uqash adalah penyakit yang menimpa haiwan ternakan di mana air keluar dari hidungnya dan mengakibatkan kematian mendadak. Abu Ubaid berkata, “dari sini diambil kata iq’ash, iaitu kematian”. Inbu Faris berkata, “Uqash adalah penyakit yang menimpa di bahagian dada seakan-akan mematahkan leher”. Dikatakan bahawa tanda kiamat ini telah nampak saat menyebar wabak ta’un anwas di masa pemerintahan umar, dan hal itu terjadi setelah pembebasan Baitul maqdis.

ثم استفاضة المال(kemudian harta melimpah). Tanda kiamat ini nampak pada masa pemerintahan Uthman bin Affan ketika terjadi pembebasan secara besar-besaran, dan fitnah yang disenyalir dimulai dengan terbunuhnya Uthman. Setelah itu bencana dan fitnah terjadi. Sedangkan tanda Kiamat keenam yang disebutkan pada hadith ini belum pernah berlaku.

هدنة(perdamaian). Maksudnya, mengikat perjanjian untuk tidak melakukan peperangan setelah terjadi gerakan peperangan. Adapun yang dimaksudkan dengan bani Ashfar adalah bangsa Romawi.

غاية (Ghaayah). Iaitu, panji. Panji dinamakan ghaayah (tujuan), kerana ia adalah sesuatu yang diikuti, jika berhenti maka pasukan pun akan berhenti.

RUJUKAN
(Ibnu Hajar al-Asqalani. 20009. Fathul Baari Penjelasan Kitab Sahih al-Bukhari. Penterjemah: Amiruddin. Cet. 3. Jil. 16. Hlm 870-875.)


KEZALIMAN ADALAH KEGELAPAN PADA HARI KIAMAT

KEZALIMAN ADALAH KEGELAPAN PADA HARI KIAMAT

حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ الْمَاجِشُونُ، أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ دِينَارٍ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ ـ رضى الله عنهما ـ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ " الظُّلْمُ ظُلُمَاتٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ".

Maksudnya :
Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Yunus, telah menceritakan kepada kami 'Abdul' Aziz Al Majisyun, telah menkhabarkan kepada kami 'Abdullah bin Dinar, dari' Abdullah bin 'Umar r.a, dari Nabi SAW: "Kezaliman akan mendatangkan kegelapan pada hari kiamat".
(H.R. Bukhari )

(Kitab Perbuatan Aniaya, Bab Kezaliman Adalah Kegelapan Pada Hari Kiamat, 2447, Shahih).

KETERANGAN HADITH:

Ibn Al-Jauzi berkata: “Kezaliman itu mengandungi dua kemaksiatan, iaitu mengambil harta orang lain tanpa alasan yang benar, dan menentang Allah dengan mengingkari perintah-Nya. Kemaksiatan kerana kezaliman adalah lebih besar dosanya jika dibandingkan dengan kemaksiatan lain. Ini kerana sekiranya terjadi kepada orang yang lemah, maka mereka tidak mampu untuk membela dirinya. Sesungguhnya kezaliman itu lahir dari kegelapan hati. Sekiranya hati bercahaya dengan cahaya hidayah, nescaya ia akan mengambil pengajaran. Dan apabila seseorang yang bertakwa berjalan dengan cahaya ketakwaannya, maka kezaliman seseorang tidak akan mempengaruhi dirinya.

(Ibnu Hajar Al Asqalani. 2009. Fathul Baari Penjelasan Kitab Shahih Al Bukhari. Penterjemah: Amiruddin. Cetakan Ketiga. Jakarta: Pustaka Azzam. Kitab Al-Mazhalim (Perbuatan Aniaya). Bab 8. Halaman 19-20).


PENGAJARAN HADITH:

Hadith ini melarang untuk bebuat zalim kepada manusia lain kerana kezaliman terhadap manusia adalah lebih besar dosanya berbanding perbuatan zalim yang lain. Ia juga bertujuan untuk mengelakkan berlakunya penindasan kepada orang yang lemah serta tidak berkemampuan untuk membela dirinya. Hadith ini juga membuktikan bahawa orang yang bertakwa tidak akan melalukan perbuatan terkutuk itu kepada saudaranya sendiri. Sesungguhnya hati yang gelap tanpa cahaya ketakwaan akan suka untuk melalukan kejahatan dan kezaliman.


ORANG YANG TIDAK SUKA UNTUK MENINGKATKAN BILANGAN FITNAH DAN KEZALIMAN

ORANG YANG TIDAK SUKA UNTUK MENINGKATKAN BILANGAN FITNAH DAN KEZALIMAN

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يَزِيدَ، حَدَّثَنَا حَيْوَةُ، وَغَيْرُهُ، قَالاَ حَدَّثَنَا أَبُو الأَسْوَدِ،. وَقَالَ اللَّيْثُ عَنْ أَبِي الأَسْوَدِ قَالَ : قُطِعَ عَلَى أَهْلِ الْمَدِينَةِ بَعْثٌ فَاكْتُتِبْتُ فِيهِ فَلَقِيتُ عِكْرِمَةَ فَأَخْبَرْتُهُ فَنَهَانِي أَشَدَّ النَّهْىِ ثُمَّ قَالَ أَخْبَرَنِي ابْنُ عَبَّاسٍ أَنَّ أُنَاسًا مِنَ الْمُسْلِمِينَ كَانُوا مَعَ الْمُشْرِكِينَ يُكَثِّرُونَ سَوَادَ الْمُشْرِكِينَ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَيَأْتِي السَّهْمُ فَيُرْمَى فَيُصِيبُ أَحَدَهُمْ، فَيَقْتُلُهُ أَوْ يَضْرِبُهُ فَيَقْتُلُهُ. فَأَنْزَلَ اللَّهُ تَعَالَى {إِنَّ الَّذِينَ تَوَفَّاهُمُ الْمَلاَئِكَةُ ظَالِمِي أَنْفُسِهِمْ{

Maksudnya:
 Abdullah bin Yazid telah menceritakan kepada kami, Haiwah telah menceritakan kepada kami dan lain-lain, maka berkata Abu al-Aswad telah menceritakan kepada kami, al-Laith telah berkata dari Abi al-Aswad, kemudian Abi al-Aswad berkata: Ketika unit tentera telah ditetapkan untuk penduduk Madinah, aku pun telah mendaftarkan diri di kalangan mereka. Kemudian aku telah bertemu dengan ‘Ikrima dan apabila aku memaklumkan kepadanya akan tentang hal tersebut, dia telah melarang aku dengan keras dan berkata, “Ibnu Abbas telah memberitahu aku bahawa terdapat beberapa orang Islam pernah bersama dengan orang-orang Kafir untuk meningkatkan jumlah orang-orang kafir untuk menentang Rasulullah SAW. Maka anak panah pun dilemparkan dan telah terkena kepada salah seorang dari mereka sehingga membunuhnya atau dia memukul sehingga membunuhnya maka Allah SWT telah menurunkan ayat: “Sesungguhnya orang-orang yang dimatikan oleh para Malaikat dalam keadaan menzalimi diri-diri mereka ”.

KETERANGAN HADITH:

Ibnu Hajar telah mengatakan bahawa bagi orang yang mengambil dari riwayat Ibnu Lahi’ah dengan sanad yang mausul pada perbahasan tafsir surah an-Nisa’ disertai penjelasan hadith. Seterusnya, pendapat lain ada mengatakan pada ayat فَيَأْتِي السَّهْمُ فَيُرْمَى “anak panah datang maka di panahkan kepadanya” membawa maksud yang terbalik dan maksud yang sebenar adalah “maka anak panah itu dilemparkan dan ia datang”.

Kemudian Ibnu Hajar mengatakan mungkin juga huruf “fa” yang kedua adalah sebagai tambahan dan redaksi seperti ini telah disebutkan dalam riwayat Abu Dzar dalam surah an-Nisa’,
فَيَأْتِي السَّهْمُ فَيُرْمَى “Maka anak panah datang dan di panahkan kepadanya”.

Maksud dari ayat
فَيَأْتِي السَّهْمُ فَيُرْمَى “Maka anak panah datang dan di panahkan kepadanya” ialah dia telah dibunuh dengan anak panah dan juga pedang. Riwayat ini menyalahkan mereka yang tinggal dari kalangan mereka yang melakukan maksiat secara suka rela dan menyelamatkan orang Islam dari kebinasaan walaupun mereka mampu untuk menghindarkan diri mereka dari perkara maksiat tanpa ada keuzuran. Hal ini seperti kepada orang-orang yang masuk Islam namun orang Kafir dihalangi untuk melakukan hijrah. Kemudian orang Islam telah keluar bersama dengan orang Kafir tetapi niat mereka tidak untuk memerangi umat Islam namun hanya untuk memperbanyakkan bilangan orang Kafir supaya umat Islam melihat dari sudut itu.

Kemudian Ikrimah telah memberikan pandangan beliau bahawa sesiapa yang telah keluar bersama mereka yang hendak memerangi umat Islam maka dia telah berdosa walaupun dia tidak berperang dan tidak pula meniatkannya. Hal ini seperti yang di tegaskan dalam hadith "
هم القوم لا يشقى بهم جليسهم" membawa maksud (Mereka adalah orang-orang yang tidak akan mencelakai kawan duduk mereka) seperti yang telah dijelaskan pada perbahasan tentang kelembutan hati.

PENGAJARAN HADITH:

1. Sentiasa berpegang teguh dengan akidah supaya dapat mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT.

2. Memupuk sikap sentiasa berani dan berjihad ke jalan Allah SWT demi menegakkan agama Islam iaitu agama yang benar.

3. Tidak bersikap berpura-pura dan sentiasa jujur serta amanah dalam menegakkan agama Allah SWT.

RUJUKAN

Ibnu Hajar al-Asqalani, 2009, Fathul Baari Penjelasan Kitab Shahih Al-Bukhari . Penterjemah : Amiruddin. Cetakan Pertama. Jilid 35. Jakarta : Pustaka Azzam. Kitab al-Fitan. Bab 12. Halaman ( 123-124)


AL-HAUDH

AL-HAUDH

حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَبْدِاللَّهِ حَدَّثَنَا بِشْرُ بْنُ السَّرِيِّ حَدَّثَنَا نَافِعُ بْنُ عُمَرَ عَنِ ابْنِ أَبِي مُلَيْكَةَ قَالَ قَالَتْ أَسْمَاءُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَنَا عَلَى حَوْضِي أَنْتَظِرُ مَنْ يَرِدُ عَلَيَّ فَيُؤْخَذُ بِنَاسٍ مِنْ دُونِي فَأَقُولُ أُمَّتِي فَيُقَالُ لا تَدْرِي مَشَوْا عَلَى الْقَهْقَرَى قَالَ ابْنُ أَبِي مُلَيْكَةَ اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ أَنْ نَرْجِعَ عَلَى أَعْقَابِنَا أَوْ نُفْتَنَ



Maksudnya:

“Ali bin Abdullah telah menceritakan kepada kami, Bishr Bin al-Sari telah menceritakan kepada kami, Nafi’ Bin Umar telah menceritakan kepada kami, dari Ibn Abi Mulaikah, dia berkata, Asma’ berkata, daripada Nabi Muhammad SAW, baginda bersabda, “Aku berada di Haudh yakni telagaku menunggu orang-orang yang datang kepadaku, lalu diambil beberapa orang selain umatku, maka aku berkata, “Umatku.” Maka ada yang mengatakan, “Engkau tidak tahu mereka telah berjalan mundur ke belakang”.

KETERANGAN HADITH:


Secara etimologi, al-Haudh adalah tempat terkumpulnya air dalam jumlah yang banyak, yakni telaga. Adapun makna al-Haudh secara syar’i adalah sebuah telaga di Mahsyar, yang airnya bersumber dari sungai al-Kautsar yang dikurniakan kepada Nabi.


As-Syaikh Hafiz bin Ahmad al-Hakami berkata, “Sungguh, terdapat dalil tentang penyebutan al-Haudh, iaitu tafsiran al-Kautsar dengan makna al-Haudh, keberadaan dan sifat-sifatnya, dari sanad-sanad para sahabat dari Nabi, iaitu hadith-hadith yang masyhur dengan sanad-sanad yang banyak bahkan sampai taraf mutawatir. Ibn Hajar al-Asqalani juga mengatakan riwayat hadith ini dijumpai dalam kitab sahih al-Bukhari melainkan pada bab ini.

Keadaan orang-orang yang akan datang dan minum dari telaga Nabi SAW adalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya iaitu orang yang mengikuti syariat baginda. Adapun orang yang enggan dan sombong untuk mengikuti syariat yang dibawa oleh baginda, nescaya akan diusir dari telaga Nabi SAW.


PENGAJARAN HADITH:


1. Kita mesti berpegang teguh kepada kitab al-Quran dan sunnah Nabi SAW serta istiqamah dengannya, menjauhi semua amalan bidaah dan dosa-dosa besar agar mendapat syafaat Nabi SAW kelak.


2. Sesungguhnya wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.


RUJUKAN

Ibnu Hajar al-Asqalani, 2009, Fathul Baari Penjelasan Kitab Shahih Al-Bukhari. Penterjemah : Amiruddin. Cetakan Pertama. Jilid 35. Jakarta : Pustaka Azzam. Kitab al-Fitan. Bab 1. Halaman 4-8.

KEMUNCULAN FITNAH

KEMUNCULAN FITNAH

حَدَّثَنَا عَيَّاشُ بْنُ الْوَلِيدِ، أَخْبَرَنَا عَبْدُ الأَعْلَى، حَدَّثَنَا مَعْمَرٌ، عَنِ الزُّهْرِيِّ، عَنْ سَعِيدٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ " يَتَقَارَبُ الزَّمَانُ، وَيَنْقُصُ الْعَمَلُ، وَيُلْقَى الشُّحُّ، وَتَظْهَرُ الْفِتَنُ، وَيَكْثُرُ الْهَرْجُ ". قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّمَ هُوَ. قَالَ " الْقَتْلُ الْقَتْلُ ".
وَقَالَ شُعَيْبٌ وَيُونُسُ وَاللَّيْثُ وَابْنُ أَخِي الزُّهْرِيِّ عَنِ الزُّهْرِيِّ، عَنْ حُمَيْدٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم.

(كتاب الفتن, باب ظُهُورِ الْفِتَنِ, 7061, حديث صحيح)


Maksudnya:
A’yashu Bin Walid telah menceritakan kepada kami, Abdul A’la telah mengkhabarkan kepada kami, Ma’mar telah menceritakan kepada kami daripada Al-Zuhri, daripada Said, dari Abu Hurairah, dari Nabi SAW, beliau bersabda, “waktu berdekatan, amalan semakin berkurang, kekikiran semakin dipraktikkan, munculnya fitnah dan banyak terjadi harj.” Mereka yakni para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksudkan dengan harj itu?” beliau bersabda, “pembunuhan pembunuhan.”

Syu’aib, Yunus, Al-Laits dan putra saudara al-Zuhri berkata, “Dari Al-Zuhri, dari Humaid, dari Abu Hurairah, dari Nabi SAW.

(Kitab Fitan, Bab Kemunculan Fitnah, 7061, Shahih al-Bukhari)

KETERANGAN HADITH:

Pada akhir zaman ini, banyak terjadinya fitnah yang mampu merosakkan institusi masyarakat dan negara itu sendiri. Di antara faktor yang menyebabkan berlakunya fitnah adalah seperti:

1. Terlalu taksub atau mengikut dorongan perasaan iri hati dan dengki terhadap orang lain, ditambah lagi dengan kurangnya ilmu dan iman di dalam diri, menyebabkan perasaan ini sukar untuk dibendung.

2. Ingin mendapatkan kepercayaan dan kuasa orang terhadap diri dan dakwaannya.

Dalam hadith di atas, ada menyatakan bahawa di akhir zaman ini akan munculnya fitnah dan banyak terjadinya pembunuhan. Ini kerana perbuatan menabur fitnah sebenarnya lebih kejam dari pembunuhan , kerana kesan kerosakannya adalah lebih teruk. Jika dengan membunuh, mangsanya mungkin seorang, tetapi dengan fitnah mungkin mengakibatkan ramai orang dan kesannya akan berlanjutan sehingga bertahun-tahun.

Disebabkan demikian, umat Islam sewajarnya tidak menerima apa-apa berita itu secara membuta tuli sahaja. Malah ia perlu diselidiki, adakah ia khabar yang benar atau palsu lebih-lebih lagi berita yang menyentuh kehormatan seseorang.

PENGAJARAN HADITH:

1. Dosa membuat fitnah adalah dosa sesama manusia. Dosa ini tidak akan di ampunkan oleh Allah memlainkan orang yang difitnah itu yang memberikan keampunan.

2. Perbuatan fitnah adalah perbuatan mengadu-domba yang mudah mengakibatkan permusuhan diantara dua pihak yang dikaitkan dengan sesuatu fitnah.

3. Kita perlu sentiasa memperbaiki amalan ke arah kebaikan.

RUJUKAN

Ibnu Hajar al-Asqalani, Fathul Baari Bi Sharh Shahih Al-Bukhari. Juzuk 13. Dar Makrifah: Beirut. Kitab 92. Bab 5. Halaman 13-19.


PENGKHABARAN RASUL TENTANG AL-FITAN


حدثنا أبو اليمان أخبرنا شعيب عن الزهري (ح) . وحدثنا إسماعيل حدثني أخي عن سليمان عن محمد بن أبي عتيق عن ابن شهاب عن هند بنت الحارث الفراسية أن أم سلمة زوج النبي صلى الله عليه وسلم قالت: استيقظ رسول الله صلى الله عليه وسلم ليلة فزعا يقول ( سبحان الله ماذا أنزل الله من الخزائن وماذا أنزل من القتن من يوقظ صواحب الحجرات – يريد أزواجه لكي يصلين- رب كاسية في الدنيا عارية في الأخرة ).


Maksudnya:
Daripada Ibn Syihab daripada Hindun binti al-Harith bin al-Firasiyyah, sesungguhnya Ummu Salamah isteri Nabi s.a.w berkata: Rasulullah telah bangun pada waktu malam dengan mengejut dan bersabda: Apa yang Allah turunkan daripada harta-harta dan apa yang Allah turunkan daripada fitnah? Siapakah yang boleh menolong untuk mengejutkan puan-puan ( Isteri-isteri ) empunya bilik supaya mereka solat. Boleh jadi orang yang memakai pakaian di dunia tidak akan berpakaian di akhirat.

(Al-Bukhari. Kitab Ilmu. Bab Ilmu Dan Nasihat Di Malam Hari. No Hadith 6658)


KETERANGAN HADITH:

Maksud Imam Bukhari tentang bab mengajarkan ilmu di malam hari adalah menjelaskan bahawa larangan bercengkerama setelah isyak’ adalah khusus dalam masalah yang tidak ada unsur kebaikannya. سبحان الله ماذا. Kata istifham (pertanyaan) dalam kalimah ini menggambarkan rasa takjub dan pengagungan. أنزل (Diturunkan). Maksudnya, bahawa para malaikat telah turun untuk memberitahukan tentang perkara-perkara yang telah ditetapkan, atau Nabi S.a.w bermimpi telah diturunkan wahyu kepada baginda mengenai bencana dan fitnah yang akan terjadi setelah meninggalnya.صواحبات الحجر. Maksudnya, rumah-rumah para isteri Nabi s.a.w . Dikhususkannya mereka untuk dibangunkan, adalah kerana pada saat itu mereka hadir atau juga hal ini termasuk “Mulailah dari diri anda sendiri kemudian baru keluarga anda”.

PENGAJARAN HADITH:

1) Hendaknya seorang suami membangunkan isterinya di malam hari untuk menunaikan ibadah terlebih lagi tatkala terjadi/muncul tanda-tanda kebesaran Allah.

2) Anjuran untuk bersegera melakukan solat tatkala merasa takut datangnya keburukan, demikian pula kebiasaan Nabi s.a.w kalau sedang merasa tertekan akibat suatu perkara maka beliau segera menunaikan solat.

3) Boleh mengucapkan tasbih (subhanallah) ketika menyaksikan sesuatu yang mengerikan (maksudnya turunnya fitnah).

RUJUKAN

Ibnu Hajar al-Asqalani. 2009. Fathul Baari Penjelasan Kitab Sahih al-Bukhari. Penterjemah: Gazirah Abdi Ummah. Cet. 9. Jil. 1. Jakarta: Pustaka Azzam. Hlm 402-403.


LARANGAN MENGARAHKAN SENJATA KEPADA SESAMA MUSLIM


حَدَّثَنَا مُحَمَّدٌ، أَخْبَرَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ، عَنْ مَعْمَرٍ، عَنْ هَمَّامٍ، سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ " لاَ يُشِيرُ أَحَدُكُمْ عَلَى أَخِيهِ بِالسِّلاَحِ، فَإِنَّهُ لاَ يَدْرِي لَعَلَّ الشَّيْطَانَ يَنْزِعُ فِي يَدِهِ، فَيَقَعُ فِي حُفْرَةٍ مِنَ النَّارِ ". 

Maksudnya:
Muhammad telah menceritakan kepada kami, Abdul al-Razzaq telah mengkhabarkan kepada kami, daripada Ma’mar, daripada Hammam, aku mendengar Abu Huraira daripada Nabi SAW bersabda : “Janganlah seseorang mengarahkan senjatanya kepada saudaranya sesama muslim, kerana dia tidak tahu syaitan akan mempengaruhinya sehingga dia akan membunuh saudaranya itu, lalu dia akan masuk neraka.”

KETERANGAN HADITH:

1. Menurut al-Tin, maksud perkataan yanzi’uhuu adalah mencabutnyaa dari tangan orang itu dan menghalakan kepada saudaranya, atau dia mendorong tangannya agar menimpa saudaranya.

2. Menurut Imam al-Nawawi, sekiranya menggunakan huruf ain, maka maksudnya di sini ialah melemparkannya di tangannya serta menjadikannya tepat pada sasaran.

3. Dalam hadith ini terdapat larangan melakukan sesuatu yang dapat mendorong seseorang kepada perbuatan terlarang meskipun larangan itu belum pasti dilakukan, baik dia bersungguh-sungguh atau pun hanya bergurau.

4. Sebagaimana yang disebut dalam hadith Abu Hurairah yang bermaksud “Para malaikat melaknat salah seorang kamu jika menunjuk ke arah orang yang lain dengan besi tajam meskipun itu adalah saudaranya sebapa dan seibu.”

5. Oleh itu, kita dilarang untuk bermain-main dengan alat yang tajam walaupun tanpa sebarang niat yang jahat kerana dikhuatiri akan terdorong dengan bisikan syaitan.


PENGAJARAN HADITH:

1. Kita ditegah untuk menyakiti sesama muslim yang lain dalam pelbagai aspek sekalipun dan dengan cara apa pun.

2. Pengharaman memerangi orang muslim dan membunuhnya serta ancaman keras tentangnya.

(Ibnu Hajar al-Asqalani, 2009, Fathul Baari Penjelasan Kitab Shahih Al-Bukhari . Penterjemah : Amiruddin. Cetakan Pertama. Jilid 35. Jakarta : Pustaka Azzam. Kitab al-Fitan. Bab 7. Halaman 72-80.)