Pages

السلام عليكم

Friday, January 27, 2012

Kelebihan Jumaat



-         Sabda nabi s.a.w.: “ sebaik-baik hari yang diterbitkan matahari adalah hari Jumaat.”
-         Hari di mana Allah S.W.T penuhkannya dengan kebaikan.
-         Para ulama berkata: “ tiada hari yang lebih baik dari hari Jumaat dalam setahun kecuali hari Arafah, hari raya Aidilfitri, Aidiladha.”
-         Hadith nabi s.a.w. bersabda: “ barangsiapa yang mandi, keluar awal berjalan kaki dan tak menunggang, kemudian menghampiri imam dan mendengar khutbah, maka pada setiap langkahnya, dia dikurniakan ganjaran berpuasa dan bersolat selama setahun.”

Adab bersedia menyambut hari Jumaat:
1-     Mandi. Nabi s.a.w. bersabda: “ mandi Jumaat adalah wajib kepada mereka yang telah baligh.”
2-     Memakai pakaian yang terbaik. Menyimpan pakaian yang terbaik untuk hari Jumaat. Pilihlah warna sunnah.
3-     Berwangi-wangian. Menggunakan atar atau haruman lain.
4-     Memotong kuku, mencukur dan menggunting bulu yang dibolehkan.
5-     Melumurkan badan dengan minyak, losyen atau krim. 

3 comments:

wafazinnirah92 said...

salam ziarah k.uda..=)

Jom, sama2 kita memjaga hari jumaat dgn amalan sunat banyak2.. mg Allah kasihkan kita.. InsyaAllah.. ^^

p/s: jika berkelapangan, jmput ke blog fatin dah lama k.uda x tinggalkan jejak di kotak komntar.^^

uhibbuki fillah..^_^

~permata yang dicari~

Rintihan HambaMu said...

Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).

Unknown said...

wafazinnirah: salam..insyaAllah, mudah2an..
i will dear.. =)

srikandi permata: jazakillah khoir ats prkongsian.. =)