Pages

السلام عليكم

Sunday, April 17, 2011

MaNuSiA bErTaNyA, Al-QuRaN MeNjAwAB


when we want to talk to Allah, 
we pray, and say prayers.
when we want to hear Allah talking to us,
we recite the Quran.





Kenapa diciptakan manusia?
'dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka beribadah kepadaKu'.
(az-Zariyat: 56)  

Kenapa diuji?
'Apakah manusia mengira bahawa mereka akan di biarkan hanya dengan mengatakan, " kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungghunya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang dusta.'                                                                 
(al-Ankabut: 2-3)


Kepada siapa perlu berharap?
'Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya  aku bertawakkal.'
(at-Taubah: 129)


Bolehkah berputus asa?
'...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungghunya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir'.
(Yusuf: 12)

Kenapa tidak dapat apa yang di ingini?
'Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu, Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.'
(al-Baqarah: 216)

Kenapa ujian seberat ini?
'Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.' 
(al-Baqarah: 286)

Kenapa rasa kecewa?
'Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman'.
(Ali-Imran: 139)

Bagimana harus menghadapinya?
'Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)".
(Ali-Imran: 200)

'dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk' 
(al-Baqarah: 45)

Apa yang diperolehi dari semua ini?
'Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.'
(at-Taubah: 111) 



Sayyid Qutb: "Ramai orang boleh tabah ketika menghadapi ujian kesulitan. Tetapi ramai orang yang terlena dan lalai ketika diuji dengan kesenangan. Kerana itu, bersabar dan bersyukur adalah kunci kejayaan bagi seorang mukmin dalam menghadapi kedua-dua ujian itu"

# kepayahan dan kesenangan; kedua-duanya merupakan ujian. Namun, tidak ramai manusia berjaya menghadapi ujian kesenangan (terutamanya) melainkan orang-orang yang beriman dan sentiasa bersyukur serta sabar.

Subhanallah, sesungguhnya segala persoalan dalam hidup kita, di dalam al-Quran telah dinyatakan segala jawapannya cuma memerlukan usaha kita untuk menyelongkar jawapanNya.  Alhamdulillah..

Friday, April 15, 2011

SiApA LaGi KaLaU bUkAn KITA???



risau, bimbang, khuatir, cemas, kacau, apa lagi perkataan yang sesuai digandingkan dengan keadaan umat Islam sekarang terutama di negara ini, Malaysia?? 
Malaysia, walaupun ianya sebuah negara Islam (betul ke negara Islam? andainya betul, dimanakah di letakkan Islam itu?) tapi ia hanyalah Islam pada kulitnya sahaja tidak pada isinya. sistem yang berjalan sekarang tidak mengikut sistem yang disyariatkan dalam Islam. Apa dah jadi??













Hakikatnya, Islam dan politik itu tidak boleh dipisahkan, tetapi tidak semua perkara dalam Islam itu boleh dipolitikkan. Hampir 70%  daripada berita boleh dikatakan membicarakan mengenai politik. Juga hampir semua media massa seperti akhbar, tv, radio dan lain-lain lagi membicarakan mengenainya. Sehinggakan kadang-kadang rasa muak, jemu dengan berita2 yang  boleh dikatakan tak berkesudahan & tak berpenghujung itu. Siapa yang kuasai media sebenarnya? fikir-fikirkan..
Apakah benar semua yang dinyatakan oleh media? 
Dari manakah sumbernya diperolehi?
Semuanya harus diperhatikan dan diteliti..




Rasulullah s.a.w bersabda;


 حَدَّثَنَا شَيْبَانُ بْنُ فَرُّوخَ حَدَّثَنَا أَبُو الْأَشْهَبِ عَنْ الْحَسَنِ قَالَ
عَادَ عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ زِيَادٍ مَعْقِلَ بْنَ يَسَارٍ الْمُزنِيَّ فِي مَرَضِهِ الَّذِي مَاتَ فِيهِ قَالَ مَعْقِلٌ إِنِّي مُحَدِّثُكَ حَدِيثًا سَمِعْتُهُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْ عَلِمْتُ أَنَّ لِي حَيَاةً مَا حَدَّثْتُكَ إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا مِنْ عَبْدٍ يَسْتَرْعِيهِ اللَّهُ رَعِيَّةً يَمُوتُ يَوْمَ يَمُوتُ 
وَهُوَ غَاشٌّ لِرَعِيَّتِهِ إِلَّا حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ

maksudnya: Abu ja’la (ma’qil) bin jasar r.a berkata: saya telah mendengar rasulullah saw bersabda: tiada seorang yang diamanati oleh Allah memimpin rakyat  kemudian ketika ia mati ia masih menipu rakyatnya, melainkan pasti Allah mengharamkan baginya surga.                                        (sahih muslim. J.1. no.203)



pendatang asing

Tanpa kita sedari, melayu menindas melayu atau orang Islam menindas saudara sendiri? zalim kan.
kenapa saya berkata sedemikian, hampir beribu-ribu pendatang asing dari Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Nepal dll di bawa masuk ke dalam negara ini secara haram pada setiap bulan. ramai kan?? kalau setahun jadi berapa ramai ye? no wonder la Melayu tak ade kerja. Hakikatnya bukan Melayu yang malas, memilih kerja sangat tapi tak diberi peluang untuk bekerja. di stesen-stesen minyak, pasaraya-pasaraya, kilang-kilang, siapa yang paling ramai bekerja di situ? semestinya pendatang-pendatang asing. bila melayu mitak kerja di kilang-kilang contohnya, apa jawapan yang diterima, NO! kenapa? sebab dah ada pekerja-pekerja asing.


rumah berkos rendah




rumah berkos tinggi 


begitu lah juga kaitannya dengan tempat tinggal @ kediaman @ tanah. kenapa lah dijual mahal sangat? kenapa tidak dibantu saudara sendiri? kenapa perlu dijual kepada bukan yang selayaknya, itu Tanah Melayu. Kalau keadaan ini tidak diubah, sistem ini tidak diperbetulkan, maka percayalah akan datang kita akan merempat di negara sendiri, dimanakah generasi kita nak tinggal, alangkah sedihnya apabila keadaan ini terjadi. apakah kita sekarang belum sedar keadaan yang berlaku sekarang??



rasuah


lumba haram


dadah

begitulah juga keadaannya dengan jenayah-jenayah yang berlaku di negara ini. andai pihak pengadilan juga menerima rasuah, dimanakah terletaknya keadilan? 
kenapa terjadinya lumba haram, masalah sosial, rasuah, lepak dsb. Lumba haram, jika disekat atau dihalang motosikan berkuasa tinggi di negara ini, mungkin gejala ini dapat dielakkan. kenapa tidak terjadi pada negara-negara lain seperti jepun dan korea meskipun negara ini merupakan pengeluar utama kenderaan. mereka di sana mengamalkan disiplin yang tinggi sehinggakan nak ke mana-mana hanyalah menaiki skuter @ basikal di samping dapat mengurangkan kadar pencemaran udara, dan mereka tidak dibenarkan memandu laju, disebabkan itulah kurangnya kadar kemalangan jalan raya di sana. sampai ke telinga ini cerita mengenai pelancong Jepun yang melancong ke negara ini, pelancong itu berkata, kalau bukan di Malaysia, di mana lagi kita boleh memandu laju-laju, tak ikut undang-undang, undang-undang Malaysia apalah sangat, kalau kena saman, kita bayar je la.. (^ - ^) ?? apa yang anda fikirkan? siapa yang perlu dipersalahkan?
ke mana hilangnya undang-undang @ disiplin di Malaysia, & kenapakah kita menjadi antara orang-orang yang tak berdisiplin. fikir-fikirkan..

jika dilihat jenayah-jenayah yang berlaku sekarang, mereka adalah antara remaja-remaja yang berumur belasan tahun, dan awal 20-an kebanyakannya. jom undur balik... mereka ini adalah anak kecil 20 tahun yang lalu, apakah yang berlaku pada 20 tahun yang lalu sehinggakan mereka jadi seperti ini? justeru itu, kalau nak lihat bagaimanakah umat Islam @ generasi akan datang, lihatlah apa yang kita lakukan sekarang. percayalah, kalau kita tidak mengubahnya jadilah generasi akan datang lebih teruk dari remaja sekarang. siapa yang perlu mengubahnya dan apa pula yang perlu diubah? fikir-fikirkanlah, bukalah minda kita dan gunkanlah sebaiknya.


sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Thauban r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda, mafhumnya; 
"setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir  akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama".

maka para sahabat r.a. pun bertanya, "apakah ketika itu umat Islam sangat lemah dan musuh sangat kuat?"

baginda s.a.w bersabda:
"bahkan masa itu mereka lebih ramai, tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. mereka ibarat buih di lautan"

sahabat bertanya lagi "mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?"

baginda s.a.w menjawab;
"kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-wahn? "

sahabat bertanya lagi "apakah itu al-wahn?"

Rasulullah s.a.w bersabda;
"cintakan dunia dan takutkan kematian"

berdasarkan hadis ini umat islam yang lemah itu adalah kita, umat akhir zaman. tanpa disedari, umat Islam telah dipergunakan oleh musuh-musuh Islam yang meyebarkan ajaran mereka. kerana kejahilan dan cintakan dunia umat Islam kian lalai dan asyik dengan mimpi-mimpi dan janji-jani mereka yang berhasrat menghancurkan Islam. apa yang lebih menyedihkan dan mengundang kemarahan apabila ilmuan Islam telah ditolak dan musuh-musuh Islam tetap terbela, dibela oleh umat Islam sendiri!

sabda Rasulullah s.a.w ini memang jelas, terang lagi bersuluh. kekuatan umat Islam sekarang sangat lemah jika dibandingkan dengan musuh-musuh Islam. lihatlah di Malaysia ini, berapa ramai yang menjadi mat rempit, merokok, menyalah gunakan dadah, pengkhianat negara dsb. sedangkan peratus umat Islam di negara ini adalah paling tinggi. betapa lemah dan nipisnya iman serta ilmu kita sehingga tidak mampu menepis godaan musuh Islam & syaitan laknatullah.

adakah mereka ini yang akan membela Deen Allah s.w.t? 
Ya, umat Islam akhir zaman sekadar buih di lautan, begitu banyak terapung-apung di permukaan lautan, tetapi 
 hancur bila disentuh.

ayuh la kita bangkit wahai saudara-saudaraku!
sesungguhnya bukti-bukti akhir zaman telah jelas diperlihatkan kepada kita, sampai bila kita akan terus leka & lalai dalam permainan musuh-musuh Islam? sampai bila?? ingatlah! jikalau bukan kita (umat Islam) mempertahankan Islam, siapa lagi??

Allah s.w.t telah berfirman;
 “Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia.”
 (ar-Ra'd: 11)


justeru itu, saya menyeru kepada diri sendiri dan saudara-saudara seislam, marilah kita mengubah kedaan ini. siapa lagi yang akan mempertahankan Islam kalau bukan kita sebagai orang Islam. bangkitlah dari lena yang melaghokan!!

wallahua'lam.. segala yang baik itu datangnya dari Allah & segala yg buruk itu adalah dari kelemahan diri saya sendiri..

Wednesday, March 23, 2011

Penjara Hawa

Ya Allah, Ya Rabbi! Selamatkan diriku, ahli keluargaku, keturunanku, sahabat2ku di mana sahaja dari menjadi banduan di penjara hawa dan dirantai oleh syahwah.

Ya Allah,Ya Rabbi! putuskan rantai ini dan merdekakanlah kami kerana tidak ada yang lebih membinasakan diri kami selepas syirik selain dari terpenjara dan terantai oleh hawa dan syahwah.

Amru Khaled telah menulis tentang bila kita sepatutnya merasa hina.  Antaranya:
1. ketika kita menyerah kepada syaitan.  Syaitan telah berjanji untuk menyesatkan kita dan mengheretkan ke dalam kehidupan yang hina dina.  Bila kita menyambut ajakan dan pujukannya maka kitapun melenyapkan kemuliaan diri kita dan melemparkan diri kita kepada kehinaan.
2. ketika kita mengikut hawa nafsu.  Ini berlaku apabila hawa nafsu menguasai dan menghiasi watak kita dalam seluruh urusan kehidupan.  Hawa nafsu akan memimpin kita dalam urusan kita dengan manusia mahupun harta.

Ibnu Taimiyyah telah berkata:
“Orang yang ditawan adalah orang yang membentengi hatinya dari Rabbnya.  Orang yang dipenjara adalah orang yang hawa nafsunya memenjarakan dirinya.  Maka dia menjadi hina kerana dia dipenjara dan ditawan (oleh hawa nafsunya)”

moga2 Allah pelihara kita semua dari terperangkap di dalam penjara hawa nafsu.. 

Thursday, March 17, 2011

Mutiara Hadith tentang DEMAM



Hari ini baru ku tahu ada hadith yang menyatakan cara mengubati demam. Walaupun telah mengetahui cara perubatan ini tapi tidak mengetahui ia terkandung dalam hadith. Ia masih diamalkan oleh sesetengah orang pada zaman ini walhal terdapat pelbagai perubatan canggih pada zaman serba teknologi.


  حَدَّثَنَا مَالِكُ بْنُ إِسْمَاعِيلَ حَدَّثَنَا زُهَيْرٌ حَدَّثَنَا هِشَامٌ عَنْ عُرْوَةَ عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا

عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْحُمَّى مِنْ فَيْحِ جَهَنَّمَ فَأَبْرِدُوهَا بِالْمَاءِ


yang bermaksud:
Malik bin Isma’il menceritakan kepada kami, (ia berkata) Zuhair menceritakan kepada kami, (ia berkata) Hisyam menceritakan kepada kami (yang diterima) daripada Urwah (yang berasal) dari ‘Aisyah r.a. (yang diterima) dari Nabi s.a.w. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Demam panas adalah dari serpihan api neraka Jahannam, maka dinginkanlah dengan air.”                                                                      
(sahih al-Bukhari, no. 3023) 


Secara perubatan,  demam atau panas dalam disebabkan oleh adanya bakteria, atau virus  pada bahagian tubuh. Ia berkaitan dengan  keadaan tubuh seseorang sehingga ada perbezaan suhu di luar dan di dalam tubuh manusia. Perubahan cuaca juga sangat mempengaruhi kesihatan, seperti perubahan musim kemarau ke musim hujan atau dari musim hujan ke musim kemarau. 

Dalam dunia  perubatan, salah satu cara untuk mengurangi rasa panas badan adalah dengan meletakkan air @ ais di bahagian dahi @ kepala. Sehingga suhu tubuh yang belebihan boleh berkurang dan kembali pada keadaan yang normal.

Nabi s.a.w. menyampaikan hadis tersebut bertujuan untuk memberi peringatan kepada orang yang sedang demam agar mengambil pelajaran dari sakit yang dialaminya. Orang yang demam akan merasakan panas seluruh tubuhnya sehingga dengan demam tadi manusia ingat bahawa kelak akan ada yang lebih panas yang melebihi panas yang di rasakan pada waktu demamnya. Ia memberi peringatan kepada manusia agar selalu ingat kepada Allah s.w.t.

Hadith ini juga bertujuan untuk memberi info tentang sumber panas, bukan penyebab panas. 
- Dr. Nizar Ali, Hadis Versus Sains, Memahami Hadis-Hadis Musykil, hlm. 21 

Selain itu, hadith ini memberitahu tentang perubatan pada zaman Rasulullah s.a.w. dalam menghilangkan demam.  Rasulullah s.a.w. menganjurkan untuk menggunakan air. Hal ini menunjukkan cara perubatan begini masih relevan dengan zaman masa kini. Walaupun pada masa sekarang orang ramai mengambil ubat untuk mengubatinya. Tetapi jika di lihat dari aspek impaknya terhadap kesihatan tubuh, maka perubatan seperti yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. ini tidak mengandungi kesan sampingan yang mengakibatkan timbulnya penyakit baru, yang datangnya dari ubat yang mengandungi bahan kimia.

Hadith lain berkaitan dengan deman atau penyakit, antaranya ialah;

“Sakit demam itu menjauhkan setiap orang mukmin dari api neraka”. 
(HR. Al-Bazzar, dishohihkan Syeikh Albani dalam kitab Silsilah al Hadiits ash Shohihah no. 1821).

“Janganlah kamu mencaci-maki penyakit demam, kerana sesungguhnya (dengan penyakit itu) Allah akan menghapuskan dosa-dosa anak Adam sebagaimana tungku api menghilangkan kotoran-kotoran besi”. 
(HR. Muslim no. 2575).

“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”.
(HR. Bukhari no. 5660 dan Muslim no. 2571).

“Tidaklah seseorang muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, kegundah-gulanan hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan sebagian dari kesalahan-kesalahannya”. 
(HR. Bukhari no. 5641).

“Tidaklah menimpa seorang mukmin rasa sakit yang terus menerus, kepayahan, penyakit, dan juga kesedihan, bahkan sampai kesusahan yang menyusahkannya, melainkan akan dihapuskan dengan dosa-dosanya”. 
(HR. Muslim no. 2573).

“Tidaklah seorang muslim tertusuk duri atau yang lebih dari itu, melainkan ditetapkan baginya dengan sebab itu satu derajat dan dihapuskan pula satu kesalahan darinya”. 
(HR. Muslim no. 2572).


Walaupun demikan, seorang mukmin mestilah berikhtiar untuk mengubatinya. Ini adalah kerana Rasulullah s.a.w. bersabda: 
“Allah tidak menurunkan penyakit melainkan pasti menurunkan ubatnya”.
 (HR. Bukhari no. 5678).



Tapi haruslah di teliti cara perubatan @ ikhtiar yng digunakan dan janganlah sesekali menggunakan sesuatu yang haram atau bertentangan dengan apa yang telah ditetapkan dalam Islam.
 


Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya Allah menciptakan penyakit dan ubatnya, maka berubatlah dan janganlah berubat dengan yang haram”. 
(HR. Ad Daulabi dalam al-Kuna, dihasankan oleh Syeikh Albani dalam kitab Silsilah al Hadith ash- Shohihah no. 1633).

“Sesungguhnya Allah tidak menjadikan kesembuhan kalian pada apa-apa yang haram”.
(HR. Abu Ya’la dan Ibnu Hibban no. 1397. Dihasankan oleh Syeikh Albani dalam kitab Mawaaridizh Zham-aan no. 1172).

Disebalik derita atau sakit pasti terdapat hikmah disebaliknya. Antaranya ia dapat menyedarkan manusia yang sedang lalai dengan nikmat sihat yang diperolehinya yang mungkin jarang sekali disyukuri nikmat yang diperolehinya itu. Ini  kerana jika Allah menguji seseorang hambaNya barulah ia merasa dirinya kerdil, lemah, serba kekurangan, hina dan teringat akan dosa-dosa yang telah dilakukannya sehinggalah ia kembali kepada Allah S.W.T. dan memohon ampunan dariNya. 

Sesungguhnya, sakit atau musibah merupakan pintu kesedaran seorang hamba bahawa ia memerlukan  Allah S.W.T. Tidak sedetik pun ia tidak memerlukanNya dan perlu selalu bergantung kepadaNya. Marilah sama-sama istighfar di atas apa yang telah dilakukan sepanjang nyawa dikandung badan. Moga-moga setiap amalan yang kita dilakukan diterima olah Allah S.W.T. 

Sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala yang mengasihani..

wallahua'lam... 


Tuesday, February 1, 2011

DIA tahu...

Siapa tahu di  sebalik senyumnya,terselit seribu duka. Siapa tahu dalam riang tawanya,tersembunyi tangis perit di sudut hatinya. Siapa tahu dalam gelak tawanya,betapa dia mengharapkan senyuman yang diukirkan itu adalah senyuman yang asli, tiada yang palsu mahupun dibuat-buat. Dalam keriangan yang dipamerkan itu, terselit satu ketabahan yang tiada jawapannya, sampai bila segala persoalan dan aliran air mata terus membelenggu hidupnya…

dia…sentiasa mengharapkan jalan hidup yang dilalui ini adalah jalan yang benar, tidak sia-sia mahupun jalan yang salah. Dia,sentiasa menahan hatinya dari melakukan perkara yang boleh memburukkan lagi keadaan hidupnya. Dia,selalu bertanya,dia yang salah atau sebalikya. Dia, sering merasakan bahawa dia lemah, kerdil dan terlalu sensitif. Namun, dia juga sering bertanya, ataukah semua ini adalah untuk menambahkan lagi keimanannya, atau untuk menjelaskan bahawa dia adalah pesalah yang hanya menunggu saat untuk disakiti….

Monday, January 24, 2011

StReSs Ke?? MaCaM MaNe?

Berikut adalah gambar yang mungkin menguji apakah anda sedang stress atau tidak. Penjelasan di forum vivanews.com menyebutkan ini adalah Fenomena Hypnotism.
Hypnosis merupakan sebuah metode yang telah diakui di USA sejak tahun 1958, yaitu metode klinis untuk mengatasi berbagai permasalahan emosional. Dewasa ini beberapa Universitas di USA telah membuka program Diploma maupun Doctoral dibidang Hypnosis. Inilah yang membedakan bahwa Hypnosis di Negara maju telah menjadi sebuah materi pembelajaran yang disusun berdasarkan hasil-hasil riset klinis, serta telah disempurnakan seiring dengan perkembangan zaman.
Oleh karena itu, fenomena Hypnotism sebenarnya sama sekali tidak berhubungan dengan Magic ataupun Mistik, tetapi fenomena tersebut diteliti sebagai suatu kondisi seseorang dimana perhatiannya lebih terfokus dan pikiran bawah sadarnya (Sub-Concious Mind) bekerja lebih maksimal.
Berikut beberapa gambar yang bisa membuat pandangan kita terhipnotis dan seolah-olah berubah padahal gambar ini merupakan gambar statis atau diam.
Kemudian gambar di bawah ini. Bila anda melihat gambarnya berputar, katanya anda sedang stress. Padahal gambar tersebut juga diam atau statis.


 Kalau KAMU nak cuba mana-mana yang sesuai dengan jiwa kamu cuba saja lah ya.
TRY!!
  1. Cuba-cubalah TENANGKAN HATI dulu, jangan difikirkan masalah yang membuatkan stress tu. Dengan lafaz BISMILLAH... tarik nafas dalam-dalam, tahan selama 30-60 saat, hembus kuat-kuat, ulang tiga kali... Ini untuk mengembalikan oksigen ke otak.
  2. Paling mujarab ialah dengan berzikir. Ini memang TIDAK BOLEH DINAFIKAN sebab ALLAH S.W.T telah berfirman di dalam AL-QURAN melalui surah Ar Ra'd ayat 28 yang bermaksud: "(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat ALLAH. Ingatlah, hanya dengan mengingati ALLAH, hati menjadi tenteram".  Oleh itu berzikirlah dan banyakkan menyebut nama-nama ALLAH serta memuji kebesaran-NYA dengan penuh khusyu', tawaddu' dan berserah sepenuhnya kepada ALLAH S.W.T.
  3. TIDUR untuk 20-30 minit. Tapi tak mudah nak tidur kalau tengah stress. Yang penting cuba dulu. TAPI INGAT, jangan TIDUR LEBIH-LEBIH, nanti bertambah LESU. 
  4. Carilah kawan atau bahan yang boleh membuatkan ketawa. KETAWA PENGHIBUR DUKA.
  5. Dengar al-Quran atau muzik pun boleh mengurangkan stress. 
  6. MANDI! mandi juga boleh mengurangkan stress sambil mendengar bunyi air mengalir di telinga. Ini namanya terapi air. 
  7. BERURUT juga dapat mengurangkan stress. Kerana bila stress, salu-salur darah dan otot menjadi tegang jadi ia melenturkan kembali urat-urat.
  8. Last sekali, LUAHKAN! stress sebenarnya perlu dikeluarkan dari badan kita. Ia perlu diatasi atau dibuang. Jangan pendam atau simpan sendiri. Sekiranya tidak dibuang, stress akan menyebabkan DEPRESSION yang lebih susah untuk dirawat.
Jadi luahkan stress walau dengan apa cara sekalipun. Ni pulak cara nak LUAHKAN stress:
  1. Kalau dengan MENANGIS boleh menghilangkan stress, MENANGISLAH. Cari bahu seseorang untuk menangis. Paling elok ialah insan yang paling rapat dengan kita, yang kita rasa selesa untuk berkongsi masalah. 
  2. Ambil sehelai kertas.. kalau besar masalah tu ambil 'Manila Kad' pun takpe. Tulis apa benda yang buat KaMu stress tu, nak lukis dengan gambar-gambar 'MUSUH' tu pun takpe... Ceritakan dari A-Z kenapa stress sangat dengan 'dia' dan apa KaMu nak buat dengan dia. Maksudnya cara KaMu nak settle dengan 'dia' lah. Tapi berpandukan iman lah ya. Insha -ALLAH dapat ilham nanti. 
  3. Berjumpalah dengan PAKAR... Pakar MOTIVASI ke, USTAZ ke, KAUNSELOR sekolah dulu-dulu ke dll.
  4. Apapun paling penting, kembali lah pada YANG MAHA MENDENGAR... sesungguhnya, DIA YANG MAHA PENGASIH amatlah dekat dengan kita. Bersabar dan berdoalah. Luahkan segalanya kepada PENCIPTA. Ingatlah bahawa DIA MAHA MENGETAHUI. Segala yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. Mungkin kita tak rasa sekarang, tapi apa yang ALLAH beri adalah yang terbaik untuk kita, mungkin tidak di dunia, tapi di akhirat. Yakin dan percaya pada Kasih Sayang ALLAH.
  5. SABAR menghadapi ujian. Memang mudah mengucap sabar kan. Tapi tu lah hakikatnya, dengan cara-cara yang disenaraikan di atas, pilihlah yang mana satu sesuai. Amalkan membaca surah AL-INSYIRAH. Yakin lah di akhir tiap kesusahan itu ada kesenangannya. ALLAH berfirman dalam surat Al-Baqarah ayat 153 yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat itu sebagai penolongmu, sesungguhnya ALLAH beserta orang-orang yang sabar."

reference: Taman2Syurga




Saturday, January 8, 2011

KeSeMpAtaN iTu

alhamdulillah.... alhamdulilllah 3x...
Allahuakbar...


Alhamdulillah.. setinggi-tinggi rasa syukur dipanjatkan kepada Allah s.w.t kerana sampai saat dan detik ini masih lagi dapat merasai nikmatMu. Nikmat bernafas, melihat, mendengar dan pelbagai lagi nikmatMu. seperti dalam firman Allah s.w.t dalam surah an-nahl: 78


“ Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.”


bersyukurlah.. masih lagi dapat merasai nikmat mendengar, melihat dan sebagainya. Namun, adakah dimanfaatkan sepenuhnya nikmat yang Allah kurniakan ini? 


Alhamdulillah, sehingga saat ini Engkau masih lagi memberiku peluang untuk merasai nikmat yang paling besar iaitu nikmat iman dan nikmat Islam. nikmat yang paling nikmat. rasa 'izzah bersama Islam walau dipandang remeh oleh sesetengah orang..


Dan jika kamu hendak menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkan kepada kamu), nescaya tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu.  Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. an-nahl: 18


Katakanlah (Wahai Muhammad): “Kalaulah semua air lautan dijadikan dakwat untuk menulis ayat-ayat atau Ilmu  Tuhanku, maka akan habis kering lautan itu sebelum habis kalimah-kalimah Tuhanku (ditulis) , walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya “.  Bagitu luasnya Ilmu Allah dan bagitu banyanya nikmat yang di berikan kepada manusia dan segala makhluknya yang lain. al-Kahfi: 109


Allahuakbar... tak dapat dihitung nikmatMu ya Robb...
Ampunilah dosa2ku kerana mempersia2kan segala nikmat yang telah Engkau berikan..




alhamdulillah kerana masih memberiku kesempatan untuk mengikuti tamrin yang dijalankan selama 2 hari ini.. semoga segala yang diperolehi sepanjang itu dapat dimanfaatkan..