alhamdulillah.... alhamdulilllah 3x...
Allahuakbar...
Alhamdulillah.. setinggi-tinggi rasa syukur dipanjatkan kepada Allah s.w.t kerana sampai saat dan detik ini masih lagi dapat merasai nikmatMu. Nikmat bernafas, melihat, mendengar dan pelbagai lagi nikmatMu. seperti dalam firman Allah s.w.t dalam surah an-nahl: 78
“ Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.”
bersyukurlah.. masih lagi dapat merasai nikmat mendengar, melihat dan sebagainya. Namun, adakah dimanfaatkan sepenuhnya nikmat yang Allah kurniakan ini?
Alhamdulillah, sehingga saat ini Engkau masih lagi memberiku peluang untuk merasai nikmat yang paling besar iaitu nikmat iman dan nikmat Islam. nikmat yang paling nikmat. rasa 'izzah bersama Islam walau dipandang remeh oleh sesetengah orang..
Dan jika kamu hendak menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkan kepada kamu), nescaya tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. an-nahl: 18
Katakanlah (Wahai Muhammad): “Kalaulah semua air lautan dijadikan dakwat untuk menulis ayat-ayat atau Ilmu Tuhanku, maka akan habis kering lautan itu sebelum habis kalimah-kalimah Tuhanku (ditulis) , walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya “. Bagitu luasnya Ilmu Allah dan bagitu banyanya nikmat yang di berikan kepada manusia dan segala makhluknya yang lain. al-Kahfi: 109
Allahuakbar... tak dapat dihitung nikmatMu ya Robb...
Ampunilah dosa2ku kerana mempersia2kan segala nikmat yang telah Engkau berikan..
alhamdulillah kerana masih memberiku kesempatan untuk mengikuti tamrin yang dijalankan selama 2 hari ini.. semoga segala yang diperolehi sepanjang itu dapat dimanfaatkan..
Saturday, January 8, 2011
Friday, January 7, 2011
i'll TrY..
Posted by
Unknown
do all the good that you can
to all the people that you can
in all the ways that you can
at all the places that you can
at all the time that you can
as long as ever you can.....
perjalanan seribu batu pun perlu dimulakan dengan langkah pertama
kita seharusnya mencari jalan atau membuat laluan baru
jangan takut kalau bergerak perlahan
yang perlu ditakuti ialah berdiri kaku....
Thursday, January 6, 2011
AdUaN aKrAb KePaDa PeNcIpTa
Posted by
Unknown
Wahai Yang Mampu Melihat nyamuk mengembangkan sayapnya,
Pada kegelapan malam yang amat kelam.
Dan Yang Melihat peluh bergantung di lehernya,
Dan sumsum di dalam tulang labah-labah,
Kesejahteraan untukku dengan bertaubat,
Maka terhapus olehnya segala kejahatanku sejak dahulu..
Thursday, December 9, 2010
KeRinDuAn iTu...
Posted by
Unknown
Setitis air mata yang menitis dari kolam mata menyucikan hatiku dan memberiku pemahaman rahsia kehidupan.
Seulas senyum yang terukir di bibir menjadi sebuah tanda kebahagiaanku dalam kewujudan.
Ketika awan berarak menghamparkan langit malam, tiba bunga menguncupkan kelopak dan memeluk kerinduannya. Tatkala pagi menghampiri, ia membuka bibirnya demi menyambut ciuman matahari. Sungguh indah.
Namun yang indah itu tidak selamanya
Segala yang berupa sempurna kan berkurang pada akhirnya
Maka janganlah terperdaya oleh indahnya perhiasan dunia
Maka janganlah terperdaya oleh indahnya perhiasan dunia
Sungguh pahit, semua ini meluluhkan segala hati
****
Setiap fajar pagi dan tirai malam menjelang aku terusik,
Sebab namaMu sentiasa terlantun
NamaMu mengirimkan semangat ke dalam qalbuku..
Sebab namaMu sentiasa terlantun
NamaMu mengirimkan semangat ke dalam qalbuku..
Hatiku tenteram dan damai jika aku diam sendiri ketika bersamaMu. Oh Penawarku, hatiku pulih jika bersama denganMu. Tapi kadang, diriku tercerai dengan adanya fana dunia. Hasratku adalah kembali bertaut denganMu, melabuhkan rindu yang tersangkut di pohonan dunia.
Wahai angin, buatlah tarian ranting-ranting dalam zikir kepadaNya. Lihatlah pepohonan ini! Semuanya gembira bagaikan sekumpulan kebahagiaan. Sebab engkau telah merasakan bagaimana nikmatnya.” Aku bahagia dan tenang melihatnya. Hatiku damai.
Di manapun, segalanya akan sampai pada jawapan “YA” dalam pertanyaan : “Bukankah Aku ini Robbmu ?” Allahuakbar! Semuanya milikMu.
Sujudku hanya padaMu
Tangisku dikelilingi cahaya
Ku berserah diri padaMu
Taubatku yang selama ini dipenjara dosa-dosa hidupku
Kesedihan merapati jiwaku
Keresahan sentiasa melingkupkan diriku
Meronta-ronta tercari-tercari dalam penjara sendiri
Ya Robb, tangisan ini dan keangkuhanku yang memusnahkan segala keimanan diriku
membawaku bertemu sujud kembali kepadaMu
menginsafi selama ini aku amat sedih
Tangisku dikelilingi cahaya
Ku berserah diri padaMu
Taubatku yang selama ini dipenjara dosa-dosa hidupku
Kesedihan merapati jiwaku
Keresahan sentiasa melingkupkan diriku
Meronta-ronta tercari-tercari dalam penjara sendiri
Ya Robb, tangisan ini dan keangkuhanku yang memusnahkan segala keimanan diriku
membawaku bertemu sujud kembali kepadaMu
menginsafi selama ini aku amat sedih
sedangkan aku amat rindu padaMu...
Monday, December 6, 2010
~RaPuH~
Posted by
Unknown
detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan
seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup
meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu
maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta
detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu
Opick- Rapuh
Sunday, December 5, 2010
MeMoRi iTu...
Posted by
Unknown
Aku sangat menyayangi jalan memori
Sebuah kerinduan yang membugar hati
Walau mahu ditukar ganti
Tetap saja aku tidak mahu peduli
Namun aku tidak akan menoleh kembali
Pada jalan yang ditinggal pergi
Ada hitam kelam dan putih suci
Tanda dan bukti aku cuma manusiawi
Aku membungkus segala kenangan silam
Dan jalan memori semalam
Lantas dipatri dalam lubuk hati terdalam
Ia menyerak dalam sukma terpendam
Segala jalan-jalan perjuangan yang kulalui
Akan aku kenangi dengan sesungguhnya pasti
Sebuah jalan yang memberikan makna dan tafsiran indah murni
Pada sebuah kehidupan duniawi
Aku menyisih segalanya teliti
Dan mengemaskan perasaan sendiri
Di dalamnya ada cinta dan restu Ilahi
Buat diguna di hadapan nanti
Lalu aku mengucapkan selamat jalan
Pada jalan memori semalam
Membungkusnya dalam kotak dimensi
Lantas berinjak pergi
Menuju perjuangan jalan abadi
Friday, November 26, 2010
~iNsOmNiA?? > Try to do this~
Posted by
Unknown
Diriwayatkan oleh Al-Tabrani dan Ibn Al-Sunni, daripada Hajjaj bin Imran Al-Sadusiy, daripada Amru bin Al-Husain, daripada Muhammad bin Abdillah, daripada Thaur bin Yazaid, daripada Khalid bin Ma’dan, daripada Abdul Malik bin Marwan bahawa bapanya pernah mengatakan bahawa Zaid bin Thabit pernah mengadu kepada Nabi s.a.w tentang penyakit tidak boleh tidur malam yang menimpanya. Lalu Baginda s.a.w. mengajarnya doa ini:
اللَّهُمَّ غاَرَتِ النُّجُومُ، وَهَدَأَتِ العُيُونُ، وَأَنتَ حَيٌ قَيُّومٌ، ياَ حَيُّ،
ياَ قَيّومُ، أَنِم عَينَيَّ وَأَهدِئ لَيلِي
Maksudnya: ya Allah, telah malap bintang2, dan telah tenang mata-mata manusia, dan Engkau Maha Berkuasa, wahai yang Maha Berkuasa, lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini.
(Riwayat Al-Tabrani dan Ibn Sunni, no.749 tahqiq Ahmad Tahir)
Menurut hadis riwayat Ibn Sunni, Zaid bin Thabit r.a. yang mengalami masalah sukar tidur (insomnia) akhirnya dapat tidur dengan nyenyaknya berkat doa yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. ini.
Doa ini juga boleh dibaca pada pesakit dan air. Caranya ialah meletakkan tangan kanan pada dahi pesakit semasa membaca doa, lalu tiup kedua2 belah matanya. Air yang dibacakan doa ini boleh diminum dan mandi.
(Buku karangan Prof. Dr. Haron Din, doa dan rawatan pesakit)
Menurut Tiki Kustenmacher, terdapat beberapa petua untuk mudah tidur:
1. 1. Berfikiran positif terhadap tidur itu sendiri. Kajian menunjukkan mereka yang tidur pada waktu tengahari dapat mengurangkan kebarangkalian ditimpa sakit jantung sebanyak 30%.
2. 2. Biasakan tidur mengikut jadual.
3. 3.Tidurlah dalam suasana yang tenang dengan kadar kegelapan yang sesuai, suhu yang selesa, supaya tidak terlalu panas.
4 Tidur yang berkualiti lebih baik daripada tidur yang panjang tetapi tidak menghilangkan rasa penat.
5. 4. Dengar kepada sesuatu hingga anda rasa penat.
( cadangan agar mendengar bacaan Al-Quran pada stereo automatic yang akan terhenti mengikut waktu yang ditetapkan)
6. 5. Makan makanan yang tinggi karbohidrat agar dapat tidur yang lebih berkualiti. Kurangkan minum air yang boleh mengganggu keselesaan tidur.
7. 6. Bangun tidur dengan beransur2, tarik dan hembus nafas.
(mengikut kajian Dr. Fadzillah Kamsah, tarik nafas dengan angka 14, tahan dengan bilangan 14 juga dan kemudian hembus dengan kadar 14 untuk mendapat tubuh yang bertenaga)
*Moga Allah permudahkan segala usaha yang dilakukan and everything back to Robb..
Subscribe to:
Posts (Atom)



