Pages

السلام عليكم

Sunday, September 27, 2009

solat istikharah

apakah mimpi manusia biasa boleh dijadikan sandaran atau boleh menjadi isyarat kepada jawapan yang dicari? Benarkah solat sunat istikharah boleh menjadi medium atau pengantara untuk menentukan sesuatu keputusan seperti menentukan jodoh seseorang atau baik buruk takdirnya?
Istikharah sebenarnya berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud meminta pilihan yang baik. Biasanya solat istikharah dilakukan apabila seseorang itu ingin melakukan sesuatu perkara tetapi dia tidak pasti apakah perbuatan atau tindakannya itu membawa kebaikan ataupun tidak kepada dirinya.
Maka untuk itu, dituntut baginya supaya melakukan solat sunat istikharah. Pelaksanaannya sama dengan solat-solat sunat yang lain. Dalam sebuah hadis daripada Jabir bin Abdullah berkata, Rasulullah s.a.w. pernah mengajar kami cara untuk meminta petunjuk Allah Taala dalam beberapa urusan yang penting.
Baginda bersabda, Apabila salah seorang di antara kamu menghendaki pekerjaan, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian ia berdoa: Ya Allah, sesungguhnya aku minta petunjuk yang baik dengan pengetahuan-Mu, dan aku minta diberi kekuatan dengan kekuatan-Mu. Aku minta kemurahan-Mu yang luas, kerana sesungguhnya Engkau yang Maha Kuasa sedang aku tiada berkuasa. Engkau mengetahui sedang aku tidak tahu, dan Engkau Maha Mengetahui yang ghaib.
Sesungguhnya manusia diciptakan oleh Allah Taala dalam keadaan lemah. Kelemahan yang ada pada manusia itu menyebabkan apa jua rancangan dan tindakan yang kita lakukan kadang-kadang sudah diyakini baiknya, tetapi belum tentu baik bagi Allah Taala. Begitu juga apa yang kita rancang dan kita lakukan sudah diyakini kesan buruknya, tetapi belum tentu buruk menurut penilaian Allah. Dalam hal ini kita harus mengakui bahawa daya fikir dan akal manusia sangat terbatas. Untuk itu kita dianjurkan beristikharah.
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Kamu diwajibkan berperang, sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi (pula) kamu suka kepada sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah jualah yang mengetahui, sedang kamu tidak mengetahuinya. (Al-Baqarah: 216)
Sebenarnya amal ibadah yang mengandungi unsur-unsur tilikan dan bergantung kepada mimpi semata-mata bukanlah daripada ajaran Islam. Malah Nabi s.a.w. tidak pernah mengajar umatnya agar mencerap petunjuk Allah menerusi mimpi. Fenomena menilik nasib atau jodoh melalui mimpi di kalangan masyarakat kita, lebih-lebih lagi bagi sesetengah wanita perlu diperbetulkan semula. Amalan ini dikhuatiri boleh menyebabkan berlakunya dosa syirik kepada Allah s.w.t.
Hal ini kerana manusia bukanlah tuhan yang boleh meramal apa yang berlaku. Perbuatan meramal atau menilik mimpi adalah amalan dan budaya jahiliah yang sangat ditegah oleh Islam. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
Wahai orang yang beriman, bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib adalah semata-mata amalan kotor daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (Al-Maidah: 90)
Perlu dijelaskan di sini bahawa tidak semua mimpi manusia itu benar. Mimpi manusia biasa pada kebiasaannya adalah mainan tidur yang berpunca daripada pengaruh iblis dan syaitan yang datang mengganggu.
Kita tidak boleh menyamakan antara mimpi manusia biasa dengan mimpi para nabi dan rasul-rasul. Mimpi bagi nabi dan para rasul adalah wahyu dari Allah Taala. Kisah Nabi Ibrahim a.s. sebagai contoh, telah diperintah oleh Allah untuk menyembelih anaknya, Ismail a.s. yang datang melalui mimpi baginda. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
Maka apabila anak itu sampai (kepada peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi, bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai bapaku, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insya-Allah ayah akan mendapatiku daripada orang-orang yang sabar. (Al-Soffat: 102)
Kesimpulannya mimpi kita itu tidak mengandungi kebenaran mutlak. Kemungkinan kebenaran yang terlihat itu lebih berdasarkan kepada kebetulan sahaja atau unsur-unsur daripada mainan syaitan yang bertujuan untuk menyesatkan manusia. Itulah sebabnya, jangan menyandarkan segala keputusan kepada mimpi. Sebaliknya berfikirlah dengan lebih rasional.
Dalam kes di atas, seandainya pertimbangan akal diletakkan pada tempat yang sewajarnya, maka memadai dengan sedikit soal selidik dan mengkaji latar belakangnya sudah dapat menentukan ciri-ciri pasangan yang menepati kehendak Islam. Maka ketika itu, dia tidak perlu lagi beristikharah dan terus menerus menunggu mimpi. Atau sekiranya beliau berada dalam situasi antara dua pilihan, yang satu berakhlak mulia sedang yang kedua kurang baik agama dan akhlaknya, maka pilihannya ketika itu sewajarnya kepada yang pertama. Kaedah pertimbangan dan penilaian seperti itu tidak perlu melalui solat sunat istikharah.
Mimpi itu bukanlah satu-satunya jalan yang memimpin manusia kepada petunjuk Allah s.w.t. Kadang-kadang petunjuk Allah Taala datang melalui buah-buah iman yang masuk menyerap ke dalam hati sehingga menerbitkan keyakinan dan rasa hati yang kuat melalui keyakinan untuk memilih salah satu di antara beberapa pilihan.
Jika kita mempunyai kecenderungan untuk memilih salah satunya, maka itu merupakan isyarat kuat daripada Allah. Pilihlah dulu terimalah seadanya, kemudian solatlah istikharah dan ketika itu pohonlah kepada Allah Taala moga pilihan kita tersebut tepat dan terbaik yang boleh membawa kebaikan dunia dan akhirat. Hal ini diperjelaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam sebuah doa yang bermaksud:
Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa pekerjaan ini, baik bagi agama dan kehidupanku dan hari kemudianku, maka berikanlah ia kepadaku, dan mudahkanlah ia bagiku, dan berkatilah ia kepadaku. Jika Engkau mengetahui bahawa pekerjaan ini buruk bagiku, buruk bagi agamaku, penghidupanku dan hari kemudianku, maka jauhkanlah aku daripadanya, dan berikanlah bagiku kebaikan di mana pun juga adanya, kemudian jadikanlah aku orang yang redha dengan pemberian itu. - (Riwayat Bukhari)

Saturday, September 26, 2009

Hakikat seorang wanita - akal wanita senipis rambutnya

Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.

Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.

Masih mencari walau ada segalanya.

Apa yang tiada dalam syurga?

Namun adam tetap rindukan hawa.





Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.

Untuk diluruskan oleh lelaki.

Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,

Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.





Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,

Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.

Didiklah mereka dengan panduan darinya.

Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.

Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka

akan semakin derita.

Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.





Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.

Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...

Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.





Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...

Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...

Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..

Ia bukan diskriminasi Allah...sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...





Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...

Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...

Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...

Bahkan akan semakin membengkok...

Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...





Bila wanita menjadi derhaka...pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara....

Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata.! ..

Tapi binalah kepimpinan...

Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...

Jinakkan diri kepada Allah...

Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu...

Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'

Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah

Peranan Lelaki Pelihara Maruah

Islam adalah agama yang amat prihatin terhadap maruah dan kewibawaan wanita. Allah dan Rasul meminta umat Islam supaya memelihara dan melindungi wanita sebaik mungkin. Wanita dianggap sebagai makhluk Allah yang perlu dihormati dan dilindungi.


Berdasarkan kepada perspektif begini, maka Islam meletakkan lelaki sebagai ketua keluarga, masyarakat dan negara. Tugas yang berat begini dipertanggungjawabkan kepada lelaki adalah berdasarkan pada fitrah ciptaan Tuhan. Manusia yang lemah perlu dibantu oleh orang kuat dan berkuasa.



Penyertaan wanita dalam aspek tanggungjawab dan peranan pembangunan ummah dan negara perlu dilihat dalam perspektif kerjasama antara lelaki dan wanita, bukan berlandaskan pada persaingan yang boleh menjurus kepada pertelingkahan gender (jantina) seperti berlaku di Barat.



Peranan dan tanggungjawab yang ingin dilaksanakan oleh setiap individu lelaki dan wanita mesti berlandaskan kepada kebolehan dan keupayaan diri supaya percanggahan dan kelemahan dalam pelaksanaan tugas tidak wujud dalam negara Islam.



Penyertaan wanita dalam melaksanakan tugas atau tanggungjawab masyarakat dan negara amat dihormati dan dialu-alukan oleh Islam jika mereka mampu dan mempunyai kebolehan setanding dengan lelaki.



Kriteria ini amat penting kerana tugas kemasyarakatan dan kenegaraan adalah bergantung sepenuhnya kepada kebijaksanaan, kegigihan, pengorbanan dan kefahaman yang mendalam terhadap tugas dan tanggungjawab.



Kehadiran wanita Islam dalam urusan pemerintahan dan perkhidmatan negara perlu berdasarkan pada peraturan dan disiplin yang diajar oleh Rasulullah s.a.w.



Hukum-hakam berkaitan dengan diri dan juga hal ehwal pentadbiran mesti disemat dalam hati nurani supaya kehadiran mereka dalam urusan kemasyarakatan dan kenegaraan tidak menimbulkan permasalahan yang serius sehingga boleh menjatuhkan maruah dan kewibawaan wanita dalam urusan pentadbiran negara.



Tercemar



Dalam era globalisasi, maruah dan kewibawaan wanita mudah tercemar jika mereka kurang prihatin terhadap konsep hidup Islam yang berlandaskan kepada wahyu. Peristiwa gadis terheret ke lembah dadah dan kejatuhan moral semakin hari kian menular. Peristiwa wanita lacurkan diri dengan tujuan untuk menyara anak-anak yang lapar merupakan salah satu fenomena masyarakat Islam masa kini.



Di negara-negara Islam yang miskin, kegiatan pelacuran dilakukan oleh wanita Islam walaupun perbuatan begini dikutuk dan diharamkan sama sekali oleh Islam. Wujudnya suasana begini adalah akibat daripada kurangnya kesedaran terhadap tanggungjawab hakiki kaum lelaki dalam mengendalikan urusan kekeluargaan dan kemasyarakatan.



Wanita Islam perlu diberi pendidikan tentang hakikat maruah dan kewibawaan diri supaya mereka tahu mengendalikan urusan diri dan kehidupan apabila berada dalam suasana genting.



Lelaki pula perlu dididik supaya menghormati dan belas kasihan kepada wanita seperti dijelaskan oleh Allah dan Rasul. Penghormatan dan belas kasihan kepada wanita bukan berdasarkan kepada hawa nafsu dan kepentingan diri. Ia lebih menjurus kepada pengorbanan dan sumbangan kepada wanita.



Peranan ulama dan cendekiawan Islam dalam pembentukan keperibadian umat Islam dalam era globalisasi adalah amat penting. Kandungan isi-isi ceramah dan tulisan perlu ditumpukan kepada didikan akidah, syariah dan akhlak mengikut perspektif Islam yang lebih luas, bukan berdasarkan kepada perasaan dan pemahaman yang berteraskan kepada adat dan budaya yang bertentangan dengan realiti atau konteks ajaran Islam.



Pandangan yang terlalu liberal sehingga boleh menggugatkan kesucian hukum-hakam perlu ditangkis supaya umat Islam tidak terkeliru dalam melaksanakan kehidupan seharian mereka sebagai umat Islam yang mendapat keredhaan dari Allah.



Dalam suasana dunia ghairah dengan kecanggihan teknologi, keimanan umat Islam kian hari semakin terhakis kerana pengaruh yang boleh mendorong ke arah hawa nafsu lebih kuat daripada pengaruh yang boleh membimbing mereka ke arah kehidupan murni dan suci.



Mangsa utama dalam mengharungi arus ini ialah kaum wanita. Mereka terheret ke kancah dosa dan maksiat akibat ketipisan keimanan dan kurang kesedaran terhadap kepentingan memelihara maruah dan harga diri.



Apabila wanita telah hilang rasa penghormatan terhadap kewibawaan diri maka corak kehidupan dan nasib mereka tidak ada bezanya dengan wanita-wanita di zaman sebelum Islam. Rasulullah s.a.w. berkorban tenaga, masa dan kepentingan diri dengan tujuan untuk menjulang maruah wanita ke puncak kehormatan secara memperlengkapkan wanita dengan undang-undang dan peraturan diri sebagai panduan untuk mengekalkan maruah dan kewibawaan mereka.



Kini kekayaan dan kemewahan dianggap sebagai matlamat hidup utama. Nilai dan harga diri bukan merupakan perkara terpenting dalam kehidupan bagi mencapai kebahagiaan yang hakiki. Apabila hati nurani telah tersemat dengan kemewahan dan keghairahan hidup maka perkara yang terkutuk dan haram dijadikan amalan seharian. Oleh itu keturunan dan nasib anak-anak yang dilahirkan bukan merupakan perkara penting yang perlu difikirkan.



Ulama, guru-guru, ibu bapa dan para pemimpin negara perlu memainkan peranan penting bagi mengembalikan kewibawaan umat Islam. Kejatuhan moral dan kewibawaan akibat terlalu ghairah dengan kemewahan dan pangkat bukan sahaja merosakkan struktur sosial masyarakat Islam, malah ia juga boleh mendorong bangsa lain memandang rendah kepada agama Islam.



- DR. SAODAH ABD. RAHMAN ialah pensyarah Jabatan Usuludin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM

Friday, June 26, 2009

org mu'min yg dengki pdnya

Rintangan perjuangan dlm kehidupan pendakwah

"sesungguhnya Allah s.w.t apabila mengasihi sesuatu kaum, dicubanya mereka itu (dgn pelbagai cubaan), barangsiapa yg rela dgn cubaan itu maka mereka mendapat kerelaanNya (ALLAH), barangsiapa yg benci (marah) maka baginya kemurkaan Allah s.w.t."

Dlm meniti liku dan lurah2 perjalanan ini, kalaulah ssorg da'i tidak berada d bwh lindungan Allah, tidak berhubung terus dgnNya, tidak berpegang pd kitabnya dan tidak mengikuti sunnah nabiNya, maka dia sdg berada di ambang bencana dan musibah yg besar.

Rasulullah s.a.w. tlh meramalkan cabaran dan dugaan2 yg dihadapi oleh para mu'min, da'i dan mujahidin di jln Allah.
sorg mu'min sentiasa di ambang 5 dugaan yg susah:
  1. mu'min yg dengki padanya
  2. munafiq yg benci padanya
  3. kafir yg memeranginya
  4. syaitan yg menyesatkannya
  5. nafsu yg sering bertarung untuk mengalahkannya

[hadith ini tlh ditakhrijkan oleh Abu Bakar Ibnu Lal dr hadith Anas dlm tajuk; "akhlak yg luhur"]

ikutilah sambungannya untuk melihat rintangan2 ini 1 per 1, mengkaji bahayanya dan juga kesannya. supaya kita dapat menenui cara2 untuk melepasakn diri drpnya.

Sunday, June 7, 2009

S!apakah..??

Siapakah orang yang sombong? Orang yang sombong adalah orang yang diberi penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekalian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya? Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita-cerita kebaikan namun merasa tidak ada apa-apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dungu kepala otaknya? Orang yang dungu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat? Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia dalam kemarahan.

Siapakah orang yang lemah? Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil? Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah SallAllahu Alaihi Wasallam.

Siapakah orang yang buta? Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli? Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman Alaihissalaam.

Siapakah orang yang manis senyumannya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara? Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang pandai? Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi.

Siapakah orang yang bodoh? Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Fitnah wanita

Allah telah menentukan bahawa ada perkara tertentu yang menarik perhatian di antara lelaki dan wanita. Dan untuk itu, Allah juga yang mengatur bentuk hubungan yang perlu dilakukan, agar di antara mereka tidak timbul perkara-perkara yang tidak diingini. Walaupun demikian, ramai juga manusia yang melanggar batas-batas tersebut sehingga mereka tertunduk malu kerana keterlanjuran yang mereka lakukan. Lelaki yang tidak mampu mengawal dirinya daripada daya tarik yang ada pada wanita, pasti mudah untuk melakukan perkara-perkara yang menjadi larangan Allah Taala. Apabila membicarakan tentang fitnah wanita, bukan bermakna wanita itu jahat dan sukakan keburukan. Tetapi apa yang dimaksudkan ialah keadaan mereka itu mampu menjadikan lelaki lupa daratan dan apabila usaha pencegahan tidak dilakukan, akan berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini. Ini sudah pasti apabila lelaki yang berkenaan tidak berhati-hati. Bagaikan binatang ternak yang memakan rumput berdekatan dengan padang larangan, adalah mudah bagi binatang itu memasuki kawasan tersebut. Fitnah ini boleh berlaku dalam dua keadaan, iaitu sebelum kedua jenis ini berkahwin dan ketika atau selepas lelaki dan wanita ini bernikah. Sebelum bernikah, Islam menentukan adanya mahram dan yang bukan mahram. Antara lain, adalah untuk memudahkan manusia mengetahui orang yang dibolehkan mereka berhubung atau bergaul secara bebas dan yang tidak boleh berbuat demikian. Perlanggaran pada ketentuan ini akan mengakibatkan perkara mungkar yang berlaku. Kebiasaannya manusia melakukan sesuatu yang tidak baik secara berperingkat-peringkat sesuai dengan bentuk kemungkaran itu. Bermula dari dosa kecil seperti melihat, bercakap-cakap (berdua-duaan), berpegangan dan bersentuhan kulit dan akhirnya melakukan dosa besar. Orang yang berzina sebenarnya tidak ada harganya di sisi Allah, kecualilah dia bertaubat. Mengatasi masalah zina tidak dapat diatasi hanya dengan menyediakan rumah-rumah kebajikan bagi mereka yang telah terlanjur. Apa yang utama ialah memberi kefahaman kepada mereka tentang panduan agama dalam masalah ini dan dalam masalah kehidupan yang lain.Islam dalam masalah ini, memperuntukkan hukuman yang berat kepada penzina, kerana mereka telah bersungguh-sungguh untuk memulakannya. Setelah berkahwin pula, seorang suami kadangkala tidak berupaya memimpin dengan baik dan sempurna. Ketenangan yang sepatut dikecapi semasa bernikah, hanya menjadi impian kosong. Bernikah dengan wanita pilihan hati rupanya tidak seindah namanya. Sebabnya ialah proses dan matlamat perkahwinan tidak menjejaki apa yang telah digariskan oleh Allah. Kecantikan yang menjadi dasar pilihan itu rupanya bagaikan memetik mawar yang berduri yang tidak ada wanginya yang harum. "Hai orang yang beriman, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka. Dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ." (At-Taghaabun : 14) Keadaan ini sebenar bukan suatu yang merendah-rendahkan wanita. Andaikata mereka mendapat pendidikan yang baik serta memahami tuntutan agama dalam perkara-perkara yang dihadapi, mereka justeru menjadi pendorong yang digigih. Sesuai dengan kejadian mereka seumpama daripada tulang rusuk yang bengkuk, kepemimpinan yang baik daripada pihak lelaki akan mampu membawa mereka ke jalan yang lurus. Jika demikian gambaran keadaan fitnah yang dihadapi melalui wanita, tentu lebih hebat keadaannya bilamana wanita itu aktif dalam perkara-perkara sumbang.Kalau dalam masjid dan dalam rumah tangga keadaan boleh menjadi tidak tenteram kerana kurang fahamnya wanita terhadap sesuatu, tentulah lebih mencabar jikalau keadan ini digiatkan bila berada di luar masjid dan rumahtangga. Rasulullah saw pernah memberi pesanan kepada para sahabat baginda yang selalu duduk-duduk ditepi jalan agar menjaga hak-hak jalan, iaitu menjaga pandangan, tidak mengganggu orang yang lalu, menjawab salam serta melakukan pencegahan maksiat. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Said al-Khudry). Ini bermakna, setiap anggota masyarakat akan menerima akibatnya apabila suasana maksiat disuburkan khususnya melalui wanita-wanita jahat. Tercatit dalam sejarah Islam, bahawa ayat 1-2 Surah at-Tahrim turun disebabkan angkara isteri-isteri baginda. Ketika baginda habis meminum madu di rumah isteri baginda Saudah, dia berkata bahawa ada bau yang busuk. Begitu juga ketika baginda selesai meminum madu di rumah Aisyah, dia diberitahu bahawa ada bau yang busuk. Lalu Rasulullah saw kerana untuk menjaga hati isterinya telah berjanji untuk tidak meminum madu lagi. Allah lalu menurunkan firman Nya : "Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah halalkan bagimu, kamu mencari kesenangan hati isteri-isteri kamu?" (at-Tahrim : 1) Perlu ditegaskan bahawa fitnah wanita tidak selalunya datang dari arah wanita itu sendiri. Bahkan selalunya godaan nafsu dalamlah yang menjadi pendorong bagi lelaki untuk mendekati wanita dan melakukan maksiat. Oleh kerana itu, wanita atau isteri bukanlah musuh yang sebenarnya yang perlu dijauhi. Perlakuan yang berlaku adalah antara dua jenis ini adalah gambaran umum tentang bentuk perhubungan yang diwujudkan.Apabila masing-masingnya memberi perhatian yang wajar untuk sama-sama membina kebahagiaan, maka mereka akan mengecapinya dengan sempurna. Abu Hurairah ra berkata bahawa Rasulullah saw bersabda : "Sesempurna iman seseorang ialah yang paling baik budi pekertinya,dan sebaik-baik kamu ialah yang terbaik pergaulannya terhadap isterinya." (Riwayat Tirmizi). Dan dalam sebuah hadis dari Abdullah bin Amru al-Ash, bahawa Rasulullah bersabda : "Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah." (Riwayat Muslim)

diambil dari: iLuvislam.com