Pages

السلام عليكم

Wednesday, August 8, 2012

TARBIYAH RAMADHAN

KITA AMAT MEMERLUKAN TARBIYAH RAMADHAN

Secara jujur kita mengaku bahawa majoriti kita memiliki hati yang sudah 'sakit' dan semakin kehilangan fungsinya. Kita melalui hidup kita seharian tanpa hati. Jika adapun hati kita kering, keras dan kesat. Perasaan-perasaan 'besar' yang Allah SWT sediakan dalam hati kita untuk diutuskan agar dapat membawa kita untuk menikmati kebahagiaan telah di'rampas'
 dan dibawa untuk menikmati tuntutan syahwah dan menikmati dunia. Perasaan seperti cinta yang dikurniakan sebagai jalan meraih kebahagiaan telah banyak membawa kita kepada penderitaan.

Bagi kita yang masih melakukan aktiviti-aktiviti ubudiyyah, kita sujud tanpa kusyu'. Kita bertasbih tapi kita tidak merasai sedang berdepan dengan Allah. Kita memuji Allah dengan tasbih, tahmid tetapi rasa kagum dan hina di depan Allah tidak ada lagi kalaupun perasaan ini mungkin pernah wujud. Bila mana kita membaca Al-Qur'an hati kita langsung tidak tersentuh kerana kita membacanya tanpa hati. Hanya lidah bergerak-gerak dan suara kita yang dapat kita dengari, tetapi fikiran dan perasaan kita tidak hadir bersama.

Hati kita lumpuh tanpa rasa akibat dosa yang bertompok-tompok setiap hari. Taubat yang kita lakukan juga hanya dengan kata-kata tanpa dimulai dengan penyesalan yang mendalam dan kebencian kepada maksiat yang telah kita lakukan.

Allah SWT Yang Maha Mengetahui dan Maha Penyayang amat mengetahui keadaan hamba-hamba-Nya yang sedang menderita kehilangan fungsi hati dan iman yang semakin melemah. Tiba-tiba bantuan Allah SWT kelihatan sudah dekat. Hati yang kering kontang, gersang kerana terlalu kurang disirami dengan air iman sudah mula merasai tanda-tanda bantuan pemulihan dan penyegaran. Hati yang sangat memerlukan nutrisi iman sudah dapat mengesani 'hidangan' yang akan membawa hati menuju kesihatan.

Ya Allah, hati-hati kami memerlukan tazkiyah yang intensif untuk memulihkannya dan memberikan kehidupan yang sebenar kepada hati-hati kami. Tidak ada yang lebih baik dari proses tazkiyah yang disediakan oleh-Mu di sepanjang Ramadhan. Kami telah diajari bahawa proses tazkiyah, sepertimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah, adalah berpusat kepada shalat yang intensif, puasa di hari yang terik, sajian ayat-ayat Al-Qur'an untuk mengetuk-ngetuk hati dan infaq yang meringankan hati dari kuat terpaut kepada harta.

Dalam Ramadhanlah semua ini Engkau bekalkan dan Engkau berjanji akan mengganjari sesiapa yang bersungguh-sungguh dan ikhlas melalui proses ini dengan ganjaran berlipat ganda. Engkau janjikan pelbagai kebaikan dan kenikmatan. Ya Allah, tidak ada yang lebih baik kurniakan selain dari hidup semula hati-hati kami, meningkatnya iman kami dan semakin eratkan hati kami berpaut kepada-Mu.

Ya Allah, kami sangat-sangat berhajat kepada Ramadhan kerana segala keberkatannya dan proses tarbiyah dan tazkiyah yang Engkau sediakan dalam Ramadhan ini.

Ya Allah, bekalkanlah kami dengan kekuatan untuk terus melalui proses ini setelah berlalunya Ramadhan kerana kami tidak ingin menjadi insan Ramadhani tetapi kami sangat berhajat untuk menjadi insan Rabbani.

Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami dan sucikanlah hati-hati kami.

*dipetik drp KAJIAN TARBAWI 19072012 oleh Pc Rosdi Baharom

Tuesday, August 7, 2012

JOM!! Undang hati bersyukur

Sharing is caring..
Just wanna share apa yg sy dpat, moga2 mmberi manfaat buat kita semua..

Bagaimana mengundang rasa syukur?

Terdapat pelbagai definisi yang dapat menjelaskan erti perkataan 'syukur'. Apakah yang dimaksudkan dengan bersyukur itu?
Mengikut istilah terminologi, bersyukur adalah memperlihatkan pengaruh nikmat Allah yang melekat dalam diri kita iaitu melalui hati, dengan cara beriman, melalui lisan (pujian dan sanjungan) dan melalui anggota tubuh dengan melakukan amal soleh dan ketaatan. Syukur itu bukan setakat mengucapkan ungkapan Alhamdulillah berulang kali bahkan ia lebih daripada itu. Ungkapan atau ucapan itu hanyalah sebahagian kecil sahaja daripada perasaan syukur. Terpulang kepada diri kita untuk memberi takrifan mengenai syukur itu sendiri yang bersesuaian dengan diri kita kerana pada dasarnya ia tetaplah sama. Ia tidak dapat lari daripada maksud menghargai sesuatu nikmat yang diberikan Allah.

Di sini saya kongsikan 3 cara bagi mengundang rasa syukur dalam kehidupan kita iaitu:
1- mengenal nikmat Allah SWT
2- bersedia menerima nikmat Allah
3- menggunakannya bersesuaian dengan kehendak Allah.

Mari kita lihat cara ini 1 per 1!

(1) Mengenal nikmat Allah SWTperlunya kita mengenali nikmat Allah pada diri kita. Jika kita tidak mengenal nikmat Allah, tentulah kesyukuran itu sukar datang ke dalam hati. Dan mulalah kita mengeluh, merasakan Allah tidak pernah mmberikan nikmat kpd kita. NEVER THINK THAT!! Ok!Then, hidup kita akan rase tertekan, selalu murung, kecewa, rasa nk marah dll. Hati2! Effectnya, besar kemungkinan kita akan menjadi cepat tua. Sedarlah!Padahal nikmat Allah itu banyak sekali. Kita saja yang jarang mensyukurinya. Situasinya berbeza bagi orang yg selalu kenal nikmat Allah. Mereka tidak lupa diri. Mereka akn selalu bersyukur dgn apa yg Allah telah berikan kepada mereka. Mereka boleh tersenyum walaupun musibah melanda.Cuba tanya pada diri kita, apa shj yg pernah dirasakan selama ini. Perbetulkan diri kita melalui pertanyaan. Gambarkan persoalan2 ttg kenikmatan yg tlh kita peroleh selama ini. Dengan mengingati nikmat2 Allah, kita akan semakin sedar yg hidup ini perlu disyukuri. ALHAMDULILLAH.. (^_^)

to be cont....

DeJaVu

what is it??
tertanya2 apa tu dejavu? benda kah? peristiwa kah? or anything else. 
tak pernah tahu pun kewujudan perkataan ni. 
xtau la kalau saya selama ni duk bawah tempurung kan.

then, ade 1 cter ni tajuk dejavu di Kinabalu.
saya tengok cter tu, (after cter tu dh tamat la). Dalam cter tu ade la beberapa kali perkataan tu disebut.
but i can't catch up what is mean by dejavu.
jd ia mengganggu saya untuk memahami jalan cerita tu dengan baik. 

till one day, i asked someone maksud dejavu ni.
after that, "ooohh.. tu ke maksudnye.." hihi.. 
dia bgtau dejavu ni adlh peristiwa yg berlaku 2 kali atau pn peristiwa yg hmpir same berlaku pada waktu yg lepas. 
hurm.. peristiwa yg kita rase pernah terjadi atau berlaku dlm kehidupan kita sebelum ni.
siap dgn contoh lg.. so good.. thanks 4 the explanation.. 
saya rase saya pernah melalui dan merasai dejavu ni before. 

i'm not sure, dikatakan dejavu ni adalah bahasa Perancis, yang bermaksud pernah dilihat. hurm..
okkey.. I got new word. 

tambah 1 perkataan baru untuk diri saya.      (^_^)


Sunday, August 5, 2012

lama menyepi

telah lama laman ini dibiarkan sepi, seolah2 tidak berpenghuni..

kesibukan + hal mendatang = gagal untuk mengupdate laman ini walhal yg ingin dikongsikan itu telah siap.
cuma ia tertangguh dan tertangguh lagi..

so, kesempatan cuti yang ada ini I'll update my blog, I'll share something..

belum terlambat rasanya untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam..

Ramadhan kareem..

selamat mengumpul pahala..  moga redha Allah bersama-sama kita semua..